Tuesday, 12 July 2016

Syawal kami

Assalamualaikum...

Tahun ni turn raya di kampung en.azmi, walaupun kampung dekat-dekat tetap ada giliran juga ye, barulah adil dan saksama gitu, berada dirumah peninggalan itu bersama adik-beradik perasaannya berbeza dan sukar digambarkan.




Nak bergambar satu keluarga pun susah, dapat bergambar berempat saja, abang adam entah apa kena merajuk tak mahu bergambar, tapi akhirnya ada juga gambar berlima nanti.

Raya pertama...selepas anak-anak balik dari ikut bertahlil,kami gerak ke kampung mama, di kampung mama takde buat apapun, makan dan makan sajalah, nak beraya ke rumah jiran-jiran dah tak sempat sebab mama nak ke rumah kawan pula, maklumlah lama tak jumpa dengan kawan jadinya berayalah dengan kawan. sayangnya dirumah kawan yang seorang ini terlupa pula nak bergambar.



Kemudian gerak ke lancang beraya ke rumah seorang lagi kawan, adelya dan adrien sudah tertidur dalam kereta,mama ajak juga en.azmi pergi sebab kalau tunggu malam mungkin dah tak pergi nanti sebab dah penat, lagipun malas sudah nak bertukar baju yang lain nanti. jadinya terus saja kami beraya, seorang kawan lagi telefon hendak juga berjumpa jadi kami tunggu saja di rumah kawan yang ini,namanya Omar. seronoklah dapat makan dan berbual.

Raya kedua....Berhari raya bersama keluarga en.azmi. Mak mertua hendak ke rumah saudaranya pula, kami mengikut saja, inilah masanya nak berjumpa dengan saudarakan. semuanya pun di pahang tapi perjalanannya jauh juga, bermacam kampung yang dilalui.



Bergambar sambil menunggu semua ahli rombongan tiba...abah mertua tak mahu berjalan jika anak menantu tak cukup lengkap, Adik ipar mama yang berdua tu raya di rumah mertua dulu tahun ini, jadi raya kedua tu mereka balik ke kampung, kami berjalan raya bersama-sama.



Berempat juga..kali ini adrien pula tiada sebabnya adrien didalam kereta..menidurkan diri hehehe, bergambar berlatarbelakangkan kebun getah.



Antara yang menarik perhatian sepanjang perjalanan, kg.pulau pasir mandi,sanggup pula tu en.azmi berenti untuk mama snap picca..hehehe. Rumah tu pula abg adam suruh mama snap,katanya rumah tu cantik. Kami berkunjung ke 3 buah rumah saudara mak mertua, rumah pun dekat-dekat saja.

Kemudian ke paya luas rumah saudara abah mertua yang digelar rambo..bila cakap pada adelya dia kata rambo tu ayam atok..cerita upin ipin lah tu, ayam tok dalang namanya rambo. Dekat sini memanglah akan disediakan makanan berat.


Pakat serbu makan nasi sebab ada disediakan patin tempoyak..mama tengok je sebab tak makan patin..hehehe, lepas semua dah ambil mama baru mencelah, makan ayam masak lemak bercampur rebung, makan sekadarnya saja, dirumah sebelum ini ada makan nasi minyak, semua mama makan sikit je, bukan apa..kawal makan di hari perayaan..eceh kikiki, sebenarnya mama tak mahu makan ikut suka hati nanti sakit perut susah pula, nak berjalan sakit perut memang tak selesalah pula kan..

Di sini kami berkunjung dua buah rumah, rumah yang biasa dikunjungi setiap tahun, lepas balik beraya mama dan en.azmi terus tuju ke kampung mama sebab nak ambil periuk dan tupperware mak mertua yang mama guna isi rendang sebelum ni, kemudia balik semula ke kampung en.azmi. sibuk pula mama mengemas kain baju. esok kami akan ke negeri lain pula.

Ceritanya akan bersambunglah.

Wassalam

12 comments:

  1. Wah.. banyak tempat beraya, seronokla korang ye.. samalah kami, payah betul nak bergambar empat orang, lagi- lagi si naim asyik ada hal atau mood tak elok je masa ornah sibuk nak bergambar. Jadi byk gambar bertiga ajela..

    Seronokla korang kampung dekat suami isteri, dpt juga balik ziarah saudara mara pada hari yg sama. Takla terasa sedih mcm yg kawin org jauh ni.. haha.. redo ajela.. rezeki masing2..

    Kak, org perak pun sama tau.. masa mak mentua bw kami pergi beraya jat kg sedara mara dia, masa tghari kami pun dihidangkan dengan lauk masak tempoyak.. huhu.. sy tak gemar sgt tp tgk semua org makan berebut, agaknya sebab ramai yg ada semua jadi sedap. Nikmat beraya kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. meriahnya raya...

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini.

    Selamat Hari Raya tuan blog dan famili. =)

    ReplyDelete
  4. Amboii, beraya sakan tu, seronok bila dpt jumpa kaum family kan, berkumpul, makan2, gelak2, tya2, eratkan silaturrahim.
    Seronok ada keluarga besar ni time2 raya mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Waaa~ meriahnyaaa kak AA ... Best kan beraya jumpa sanak saudara ... Selamat hari raya kak AA , mohon maaf jika nadia ada salah silap ye . =)

    ReplyDelete
  6. sakan juga Ilah beraya ye. ke sana ke mari. biasalah kan kalau beraya mengikut orang tua, mesti kena pergi ke rumah sedara mara mereka juga.

    amboi, ada makan2 nasik lagi tu. bestlah, takyah pikir nak makan nasik di mana kan. kalau asyik makan hidangan raya ni kadang2 sebu juga perut.

    sama macam akak, kalau bergambar tak pernah cukup ahli.

    ReplyDelete
  7. saya kalau bab bergambar ..family cukup korum jugak..hehe

    ReplyDelete
  8. Sama la kami pun.. bergambar tak pernahnya cukup ahli, especially si bujang bongsu tu.. alih2 ghaib beraya dgn makcik2 dia.

    ReplyDelete
  9. Salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    cantik sgt kain floral camtu...

    ReplyDelete
  10. Amboi Azra mmg vougelah mak Raya ni ye....tengok kain dress tu...siu...siu....ke tepi pergh! Hihi.....

    Dekat rumah mertua senang le nak ke sana kesini. Tak gaduh!

    ReplyDelete
  11. seronok berjalan waktu raya ni...macam-mcam boleh kita tengok , berkongsi cerita pengalaman dan sbgainya

    ReplyDelete
  12. Wah, seronok habis ni,AA! Beraya sakan dah ni pada saya. Kami hari raya pertama macam biasalah jadi penunggu rumah. Raya kedua baru start beraya rumah mak saudara dan sepupu sepapat. Itu pun takdalah banyak mana rumah dapat pergi kes saling tunggu menunggu semua bersedia nak geraklah ni.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...