Saturday, 2 July 2016

Jadi juga akhirnya

Assalamualaikum...

Pasti ramai yang dah pulang ke kampung hari ini kan,semoga semuanya selamat dalam perjalanan. Mama masih belum balik kampung. Jadinya hari ini kemas bajulah kerja mama agar tiada yang tertinggal dan semuanya mencukupi sebab bercuti lama dan nak ke dua tempat berbeza pulak tu.

Hari ini juga barulah berkesempatan menyiapkan projek yang telah mama rangka, eceh macamkan projek besar sajakan. Mama nak beli tudung untuk adelya yang berkenan mahal pula harganya, sekali terjumpa kain yang sama dengan shawl mama terus mama beli semeter rm10,hajatnya nak buat sendiri tudung adelya.

Hari ini baru dapat buat, semeter kain tu dapatlah 2 helai shawl, apalagi bila dah siap gatallah tangan share dengan ibrahim dotters,mommy tengok cantik teruslah nak satu untuk daeisha, so mama pun gigihlah siapkan sehelai lagi,pada mulanya nak buat lepas raya tapi rasa terajin lebih pulak,jahit teruslah sementara semangat masih ada.


Inilah rupa instant shawl double loop adelya, nak buat yang instant terus sarung tu mama belum tengok lagi cara jahitannya macammana,lepas ni bolehlah mama cuba, lepas tu terjumpa pula butang kaler-kaler yang mama beli dulu-dulu terus je jahit dihujung shawl tu bagi tak nampak kosong sangat,kira oklah tu..adelya pun suka nampaknya, siap nak pakai sendiri,tiru mama la tu sebijik buat gaya mama pakai shawl..hehehe.

Sajalah mama test menjahit, alkisahnya ramadhan kali ini mama dapat mesin jahit dari en.azmi, bukan mesin jahit yang besar tu ye, yang mini saja..katanya buat jahit-jahit baju yang koyak selama ni mama jahit tangan je,ada mesin mini ni oklah sikit, itulah mama test jahit shawl tu,nanti boleh test jahit dress adelya pulak. Semangat pula mama,en.azmi kata bagi mahir dulu,nanti baru boleh beli yang besar.


Inilah rupa mesin jahit mama tu,kira oklah dapat jahit sikit-sikit, buat jahit tudung-tudung mama ok la ni. Jahitan mama pun belum kemas, jadi kena asah skill lagi ni sebab dah lama tinggal, tetiba rasa seronok pula menjahit,terus idea mencurah-curah nak menjahit macam-macam tak padan dengan mesin je idea yang keluar nih, inshaAllah ada rezeki dapatlah mesin besar pulak nanti.

Oklah lega dah semua settle..mengemas rumah,membasuh baju dan packing baju dalam beg,esok pagi nak gerak balik kampung dah moga dipermudahkan urusan perjalanan kami nanti,harap-harap jalan pun tak sesak.

Wassalam

15 comments:

  1. Assalam mama yan, wah seyes cantik, bestnya pandai jagit dan suka jahit, boleh buat uit juga sbnarnya.

    ReplyDelete
  2. comeynya..blh buat bisnes nnti..

    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin

    Love,
    Lya Afrina ;-)

    ReplyDelete
  3. bestnya pandai mjahit

    selamat gari raya kak dr saya
    ampun maaf dipinta andai pernah terguriskan hati dan perasaan akak secara x sengaja sepanjang berblog.

    hati hati di jalan raya.. berapahri bercuti?

    ReplyDelete
  4. Hihi.. Dlu ldy bljr jahit gune mesin jht ni lah.. Lps tu siap jual byk2 lagi.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Bestkan pandai menjahit...nini dri dlu lg nak menjahit sampai skang x pandai pandai...hahaha

    ReplyDelete

  6. Bestkan pandai menjahit...nini dri dlu lg nak menjahit sampai skang x pandai pandai...hahaha

    ReplyDelete
  7. baru semalam sis melayan my kakak jahit shawl yang ada utk jadikan instant selepas tgk instant shawl yg dibeli beberapa minggu lepas ... senang je rupanya buat instant shawl kan azra ...

    ReplyDelete
  8. Waaa~ bestnya kak AA pandai menjahit . Cantik tudung tue . =)

    Di kesempatan nie , Nia ingin susun sepuluh jari ampun maaf jika ada terkasar bahasa , terkomen kasar ke , terguris hati kak AA ke . Minta maaf ye . Salam Syawal . Salam 0-0 . Insyaallah kita bertemu lagi diruangan blog nie selepas raya ye kak . =)

    ReplyDelete
  9. wah bagusnya pandai jahit,jimat belanja..i beli tudung anak tahun ni paling banyak dari tudung sendiri...kalau pandai jahit cam sis kan best...huhu

    ReplyDelete
  10. Berbakat juga mama aryan ni ya... dan tengok, comelnya Adelya menggayakan tudung hasil kerjatangan mamanya.

    ReplyDelete
  11. pandai juga menjahit. selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  12. Berbaloi jahit sendiri ye Yan..
    RM10 dapat 2 helai kan..

    Selamat bercuti ye yan..
    Hati2 dijalan raya..
    Semoga selamat sampai ke destinasi..

    Selamat hari raya buat yan sekeluarga..

    ReplyDelete
  13. amboi, anyam ketupat boleh, jahit pun boleh
    mama serba boleh ni..

    ok lah tu, senang takyah susah mencari tudung utk anak comel
    buat ajer kan. sbb tudung budak kecik susah nak mencari yg sesuai

    ReplyDelete
  14. ok x guna mesin jahit tu?
    aida mcm nak beli kat lazada.
    tapi mcm x brani nak beli...

    ReplyDelete
  15. Alahai, terrorlah dia boleh jahit tudung anak! Saya ni jahit butang baju pun fail tau tak!

    Eh, mesin jahit mini ni saya adalah! Rasanya dah dua, tiga tahun saya simpan dalam almari! Boleh jahit tudung ya mesin ni? Alahai, kalau saya tahu, lama dah saya bawa keluar belajar menjahit tau! Hahaha!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...