Friday 5 February 2016

UAI ajak selfie

Assalamualaikum...

Semalam ada majlis bersama UAI dekat ofis mama ni, dianjurkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Setiap jabatan di bangunan ini menghantar wakil untuk majlis tersebut,jadi mama tidak lepaskan peluang untuk turut serta. Majlis diadakan di tingkat LG saja.

Sebelum UAI tiba pukul 2.30, terlebih dahulu diadakan solat zuhur berjemaah dan bacaan yassin beramai-ramai, ruangan LG dilaluan sebelah sini ditutup dan dibentangkan tikar,kami bersimpuh dan bersila mendengar ceramah, sebenarnya bukanlah ceramah kerana sepertimana biasa UAI ni akan menjawab persoalan yang diajukan.

Disini mama kongsikan sedikit ilmu yang mama dapat semalam,agak sukar juga nak fokus, bilamana ketawa memenuhi ruang dengan jawapan lucu yang diberikan.

1. Bolehkan ibubapa menggunakan duit hari raya yang anak-anak dapat untuk perbelanjaan keluarga?

Jawapannya : tak boleh...jika kita ambil tanpa izin, duit itu hak anak kita kena minta izin untuk ambil dan mesti dipulangkan kembali, ibaratnya kita pinjamlah duit tu. Kita pinjam juga kena tengok untuk tujuan apa,kalau untuk bayar bil elektrik dibolehkan,sebab untuk kesenangan anak juga,kalau takde elektrik kipas tak boleh buka, nanti anak panas jadi bolehlah pinjam, tapi kita kena minta dengan anak contohnya "adam..ayah pinjam dulu duit adam nanti ayah ganti balik ye" - guna nama anak kitalah senang...hehehe

2. Berdosakah seorang isteri jika membuat suaminya terasa hati dan tidak bertegur sapa selama lebih 3 hari?

Jawapan : Jika suami berkecil hati, tidak berdosa kerana soal hati ini kita tidak dapat kontrol, mudah terasa tapi berdosa jika kita tidak bertegur sapa dengan suami bukan saja 3 hari, tapi seminit pun dah berdosa, 3 hari tu putuskan sillaturrahim, tapi kalau dengan suami tak kira 3 hari, seminit ,2 minit pun dah berdosa. Tapi lain pula kalau merajuk, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk...haa itu berdosa bukan orang yang buat kita merajuk tu berdosa tapi kita yang merajuk ni yang berdosa.hal kecik pun pun nak merajuk nak tarik muka.

3. Berdosakah jika seorang isteri meminta suami tidak pulang ke kampung kerana isterinya merajuk dengan mentua?

Jawapan : Berdosa...kerana ibu mertua itu ibarat ibu sendiri, menantu kenalah pandai mengambil hati, tapi tak salahkan menantu jugak, mentua pun perlulah juga menghormati menantu, kerana menantu itu baru masuk dalam keluarga kita, jadi dia todak tahu lagi cara keluarga kita, berbeza dengan anak sendiri, anak sendiri hidup dengan kita dari kecil, jadi dia tahu kehendak ibunya bagaimana.

Suami pula sebolehnya kena sediakan tempat tinggal yang selesa buat isterinya, tdak sebumbung dengan mertua dan ipar duai, kerana isteri juga perlu merasa bebas dan selesa untuk tidak menutup aurat ketika berada di dalam rumah, jika tinggal sebumbung pergerakan dan pergaulan akan terbatas.
Namun walaupun sakit hati dengan ipar duai,suami tetap perlu membawa isteri berjumpa mereka sekali sekala.

4.Benarkah merokok tidak cium bau syurga?

Jawapan : ya betul, memang tidak akan cium bau syurga sebab dia cium bau asap rokok dia saja.. hehehe, betulkah orang merokok tidak akan masuk syurga? ustaz kata takde jumpa lagi dimana-mana yang mengatakan jika merokok tak masuk syurga, tapi yang disebut jika minum arak, memang ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram, tapi kata ustaz jika dengan menghisap rokok itu menyebabkan dia bersemangat untuk bekerja, maka teruskanlah, kerana ada orang tu berhenti merokok bila jumpa dokto, dokto tengok dia letih lesu sebab sebelum tu dokto suruh dia berhenti merokok..tapi dia jadi tak sihat, maka dokto suruh dia merokok semula, tengok-tengok bila merokok dia sihat dan bersemangat untuk bekerja,  jadi teruskanlah,
tapi mana yang boleh berhenti tu berhentilah...memang bagus kalau tak merokok kan, tapi kalau dah tak boleh sampai letih lesu dan bersolat pun lembik je,..haaa merokok lah...nak telan dengan puntung rokok tu pun telanlah hahaha

5. Main snooker kita collect duit, siapa menang dia dapat duit tu adakah itu dikira berjudi kerana berjudi dikira tiada usaha, tapi main snooker ni dikira berusahalah sebab nak memasukkan bola ke dalam lubang tu memerlukan usaha.

Jawapan : Tak boleh...itu dikira berjudi, kerana judi ini menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak yang lain, sebab collect duit, bila menang kita ambil duit tu..kita untung, kawan yang lain rugi sebab hilang duit. Macam juga buat satu pertandingan futsal, duit pendaftaran tidak boleh dibuat hadiah, duit pendaftaran dibuat untuk membeli baju atau makanan, itu boleh, duit hadiah pula hendaklah disponsor oleh mana-mana badan lain, jika guna duit pendaftaran itu dikira menguntungkan satu-satu pihak sahaja.



Banyak lagi soalannya..ada 28 soalan tapi mama tulis yang mama ingat sajalah hehehe...masa dah habis sesi tu, mama tolonglah snapkan pic kawan mama dengan ustaz, kawan tu lelaki la, sekali masa ustaz lalu ditangga, ustaz cakap "haa...yang muslimat nak selfie mari la, kebetulan mama kat situ, terus je la snap pic, tapi kawan mama kata " lorhh...tak nampak pulok" ustaz kata,ambil dari bawah.. hahaha..nampak sangat kami tak pandai nak selfie...



disebabkan mama tak pandai nak berselfie, ambil gambar dari bawah pula tu , terus nampak muka dan hidung kembang setaman, jadi untuk mengelakkan kawan-kawan merasa mual bila tengok muka kembang mama tu, jadi mama tutup sajalah muka mama tu...wakaka, ok lah tu, ada juga gambarnya kan..kikiki, oklah...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

14 comments:

  1. SEMOGA BEROLEH ILMU DARI PENJELASAN UAI N DIAMALKAN SEBAIKNYA...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik AA, selfie dengan yang atas dan yang di bawah, sukar kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak sukar nak selfie begitu..hehehe muka jadi kembang dibuatnya

      Delete
  3. Alahhhhh jeles ai tau Azra, mana aci ni. Suka jugak ngan UAI ni. Kelakar dan bersahaja....

    Nasiblah UAI pun paham muslimat punya perasaan hihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jgn jeles nom, kita pun x sengaja tu dpt selfie

      Delete
  4. Hahaha comel je mama. Saya pernah sekali je dengar real life huhu sedih X(

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongs
    tambah ilmu di mlam hri
    asalkan ada..

    ReplyDelete
  6. tq for sharing..

    no 4 tu.. hehe mmg la bau rokok j y bau...

    y no 5 tu, bru tahu ttg tu..rupanya byk pkara kt perlu berhati-hati.. kt igt selama ni dibolehkan..rupanya x boleh dlm islam..

    begitu jugak no. 1 tu...

    spoting bohh kite ho..

    ReplyDelete
  7. Banyak info dapat kan kak. Tq sharing kak. Tp mesti ramai sungguh org masa tu kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...