Sunday 7 February 2016

Balik kampung juga kita

Assalamualaikum....

Cerialah dapat pulang ke kampung

Menempuh perjalanan hampir 5jam bukan sesuatu yang mudah bila bersama anak-anak, mujur mama tak drive sendiri,mulanya mama nak drive sendiri saja bersama anak-anak kerana en.azmi tidak mahu pulang ke kampung. Mendengar mama mahu drive sendiri, adik offer diri untuk jemput memandangkan mereka (maktam & makngah)hanya berdua.

Meminta izin en.azmi terlebih dahulu, katanya baliklah kalau nak balik, ya mama memang nak balik memandangkan adik-beradik semua balik,lama dah tak berjumpa walaupun duduk bukan jauh sangat tapi kekangan masa untuk berjumpa jadi bila balik kampung dapatlah berkumpul dan membersihkan rumah pusaka arwah mak dan ayah.

Sedang mama mengemas baju,en.azmi ubah keputusan dia mahu mengikut pulang, ok cancel balik dengan maktam. Pukul 3ptg gerak balik sampai tol gombak kereta tidak bergerak, terus saja masuk ikut jalan lama rupanya perlahan juga,  oh ada jalan rosak patut lambat,lepas itu perjalanan kembali lancar.

Jalan lama yang berliku-liku itu,adam dan adrien tidur, adelya pula permulaan perjalanan sudah tidur,kini terjaga...apalagi muntahlah habis tudung dan baju mama,baju adelya juga. Selepas keluarkan isi perut adelya kembali tidur,lenguh bahu dan leher mama..layan sajalahkan, keluar dari bentong masuk highway,jalan masih sangkut tak bergerak-gerak, rupanya ada kemalangan.

Selamat tiba dikampung jam 8pm, perjalanan yang cukup lama,jika hari biasa dalam 2jam lebih sahaja,tak apalah sekali sekala kan. Makngah dan adik-adik sudah siap bungkus makanan di pasar malam mempaga, ye lah dirumah cuma ada pakjang yang bujang memang tiada makananlah jawabnya.

Malam ini tidur dikampung mama, petang esok ke kampung en.azmi pula, yelah peluang tidur dikampung sendiri bukannya selalu,dalam setahun boleh dikira berapa kali saja mama tidur disini,jadi hari ini balik ke sini dulu, biar anak-anak tahu mama mereka juga punya kampung walaupun tok dan tok wan sudah tiada,mulanya pelik juga anak-anak sebab balik ke sini kan,lepas beberapa ketika baru ok, bermain bersama sepupu mereka.

Kecik juga hati mama ni...manakan tidak bila anak-anak kata "tak mahu balik kampung mama" ye lah tak salahkan anak-anak pun sebab mereka jarang ke sini,hari-hari biasa balik pun jika dari kampung en.azmi, bila mama hendak ke kampung mama mereka tidak mahu mengikut,puas memaksa mereka tidak mahu, kali ini kita terus saja ke kampung mama dulu, jadi terpaksalah mereka mengikut...hehehe sebenarnya kampung mama dan en.azmi cuma 15minit perjalanan saja.

Oklah anak-anak pun sudah bangun,berhenti dulu membebel dipagi hari, menjenguk halaman rumah yang dah lama ditinggalkan, raya yang lepas je mama balik...huhuhu sedihnya, jika arwah mak dan ayah masih ada tentu keadaannya berbezakan,tapi itulah kuasa Allah, Dia lebih mengetahui segalanya,walaupun mereka tiada,hubungan kami adik-beradik tetap rapat.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

14 comments:

  1. Comel mama dan anakanak :),oh anak-anak kurang mahu ke kampung mama mungkin tiada sesiapa kut ye, alhamdulillah dapat bercuti sekali sekala ke kampung rasa nyaman kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah comel mama pun...hihihi

      Aah kurang balik ke kampung sebab tok dgn tok wan dah tiada, betul tu sesekali dapat balik kampung nyaman rasanya

      Delete
    2. Takde lah comel mama pun...hihihi

      Aah kurang balik ke kampung sebab tok dgn tok wan dah tiada, betul tu sesekali dapat balik kampung nyaman rasanya

      Delete
  2. lama juga ambil masa utk balik kampung ya tapi dh sampai dgn selamat oklah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PI lebih lama dari biasa, tapi dah selamat sampai alhamdulillah

      Delete
  3. alhamdulillah semua selamat balik kampung...seronoknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang seronok dapat balik kampung sofie

      Delete
  4. Bestnya balik kampung.
    Moga ceria semuanya.

    ReplyDelete
  5. Org yg kampung dekat pun sampai 5 jam ya.. kami yg jauh kampungnya ni mmg biasalah kalau time gini lebih lama masanya.. bagus sangat tu kak.. mak ayah dh xde pun tetap selalu balik kg, tempat kelahiran kita.. bg anak2 pun tahu asal usul diorang

    ReplyDelete
  6. adik beradik saya juga berkumpul kali ini . kami adakan kenduri arwah bonda yg ke 100 hari ... rumah tinggalan arwah sentiasa terjaga sebab abang selalu je stay situ , sorang kakak lak umahnya hanya di belakang ...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dpt balik dan berkumpul beramai2, kan !
    alahai dekatnya kampung akak suami isteri.. mudah la nk ke sana ke mari. hikhiks..

    ReplyDelete
  8. Walau mak ayah dah takde. Tp situ tmpt kita membesar kan kak. Sekali sekala teringin jugak nk tido dekat situ dgn adik beradik mcm masa mak ayah ada dulu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...