Assalamualaikum...
sudah lama anak-anak inginkan benda ini, dari hari lahir mereka lagi bulan disember hari tu, tapi biasalah, nak membelinya kena ada cukup kewangan dan perlu dahulukan apa yang penting.mujur anak-anak ini jenis memahami juga.
Semalam dapatlah apa yang diingini tu, tersenyum lebar adrien melihat mama bawa sekotak besar barang, barang tu en.azmi yang beli bukan mama, tapi diposkan ke ofis mama...hehehe. Bila tengok isi di dalam gembiralah adrien dan adelya, abang adam belum pulang dari sekolah.jadinya mereka berdua sahaja yang mencuba.
Tak sabar betul nak mencuba, teruslah minta mama dan papa pakaikan, en.azmi cakap pada adrien "belajar sampai pandai,kalau tidak papa pulangkan balik" adoiilah papa pun, namun adrien memang bersemangat rupanya, petang semalam adrien mencuba sedaya upaya, akhirnya boleh adrien berdiri dan mengimbang badannya.
Seronok anak-anak membuka bungkusan, inilah yang mereka mahukan sejak hari lahir mereka tahun lepas,yang murah je mampu dibeli, oklah asalkan boleh digunapakai.
Adrien sangat gembira, berusaha untuk mengimbangi badan dan akhirnya berjaya. Seronok mama tengok anak-anak gembira.
Adelya pun bersemangat juga nak berroller blade,walaupun sebenarnya papa beli 2 pasang je untuk abang adam dan adrien,tapi adelya dah cakap pink tu dia punya, nampaknya papa kena beli sepasang lagilah untuk abang adam.
Berlatih sungguh-sungguh ye anak-anak mama sampai pandai main roller blade tu hihihi
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
SALAM JUMAAT YAN...ANAK2 NI KALAU MRK MINAT DGN SESUATU CPT JER MRK BELAJAR...
ReplyDeletesalam jumaat PI, betul tu semangat anak-anak ni
DeleteBoleh pulak rollerblade tu matching dgn baju masing-masing
ReplyDeleteCute aje kakak tengok.
kebetulan sama pulak kalernye kak zakie
Deletealhamdulillah... kalau utk anak2 insyallah msti ada rezeki utk dpt kan...
ReplyDeletebgs jgk diaorg paham... tak lah hari tu nk hari tu jgk dapat...
lps nih seronok lah bila masing2 dh pandai main kan
itu lah dana...mujur anak2 faham, nak membeli pun kena tunggu ada bajet juga hehehe
DeleteAlhamdulillah..kegembiraan anak2 inspirasi ibu ayah...selamat berrollerblade ya sayang2 semua...
ReplyDeleteitulah..alhamdulillah syukur dapat lihat kegembiraan anak2
DeleteCepat pandai si abang tu mengimbang badan menggunakan rollerblade tu..
ReplyDeleteGoog job abang .. tumb up..
Anuti bagi 5 bintang :)
itulah bersemangat abang adrien tu, berjaya juga akhirnya
Deleteapa yang lebih menggembirakan kita apabila dapat memberikan kebahagiaan kpd anak2.
ReplyDeletebetul tu hanah..inilah saat yang membahagiakan
DeleteAjar dari kecik bagus ni
ReplyDeleteWow. Best nyer.
ReplyDeleteanak2 dara aida x dibelikan lg.
suh diorang pandai dulu :-)
anak2 ni asalkan dpt apa yg depa suka..asal dpt walaupun lambat kan..ajar sikit sifat sabar.hehe..
ReplyDeleterajin2 berlatih..moga cepat pandai ye anak2.hehe
Roller blade ni mmg jadi kegilaan budak budak termasuklah mak satu masa dulu. Tapi zaman mak roller dia mcm tayar kereta.
ReplyDeleteTak ingat pulak camne mak boleh ada
Budak lelaki, mmg sekejap jerlah dapat imbang badan
amboiii iye2 je dua beradik nie...
ReplyDeleteberapa yer?