Tuesday 23 February 2016

Tak rasa bersalah, malah bersyukur

Assalamualaikum...

Perkahwinan itu satu perkongsian jadi semuanya perlu dikongsi, mengurus rumahtangga dan anak-anak. Sejak awal berkahwin lagi suami mama rajin menolong buat kerja rumah, rasa bersalah? memang takde perasaan itu, malah mama rasa bersyukur bila en.azmi membantu.

Mama dibesarkan dalam keluarga yang mana arwah ayah dan arwah emak saling membantu dalam menguruskan rumahtangga, arwah ayah tidaklah hanya menunggu makanan terhidang, air basuh tangan disediakan, pinggan sehabis makan ada yang tolong angkat bawa ke sinki.

Tidak...arwah ayah orangnya akan tolong membasuh pinggan jika pinggan penuh di sinki, arwah ayah orangnya akan menyapu sampah jika dilantai penuh sampah, sekeliling rumah juga arwah ayah yang sapu, bukan nak kata arwah emak tak buat kerja-kerja tu ye, tapi mereka saling bekerjasama, jika emak sibuk melayan kerenah anak-anak, ayahlah yang tolong mengemas apa yang patut.

Masa arwah emak berpantang pun arwah ayahlah yang menyediakan juadah untuk kami dan untuk emak yang berpantang. jadi situasi di mana suami membantu isteri dengan kerja-kerja rumah itu adalah perkara biasa bagi mama, kerana mama dah tengok keadaan itu sejak mama kecil lagi.

Memang sepatutnya begitu, suami membantu isteri sebab isteri juga membantu suami dalam mencari rezeki.Kalaupun isteri itu surirumah, suami perlu juga membantu kerana sebagai surirumah lebih memenatkan, kerja tak pernah habis.dari buka mata hinggalah nak tutup mata semula, tidur ye,

Isteri juga perlukan masa untuk diri sendiri.Tak banyak..sedikit sahaja masa yang diperlukan, kadang en.suami bawa anak-anak ronda-ronda dan bermain di taman,mama dirumah adalah sedikit masa untuk diri sendiri, menikmati secawan lemon panas ditemani sebuah buku, tak lama...setengah jam pun sudah memadai,asalkan dapat bersendirian seketika...sebelum memulakan kembali rutin yang biasa.




apa yang penting kerjasama dalam apa jua keadaan...hidup ini bukan hanya ada aku, tetapi ada kita, dia dan mereka...bahagilah masa sebaiknya, untuk kita dan mereka...inshaAllah segalanya pasti akan sempurna...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam


12 comments:

  1. betul tu kak..dalam perkahwinan tak boleh berkira..kena saling bantu membantu..barulah aman..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah suami kakak seperti arwah ayah yan sentiasa membantu walaupun kakak surirumah .Dan kakak berharap jika dapat menantu lelaki kelak akan begitu juga ,bekerjasama dlm apa jua demi kesejahteraan rumahtangga.

    ReplyDelete
  3. setuju. bila ayah bawa anak-anak ke playground hatta setengah jam sahaja pun dah rasa nikmat ada masa sendiri. :)

    ReplyDelete
  4. Kerjasama dan saling bertolak ansur itu lah yg diajar oleh nabi kita sendiri kan yan..
    jika praktik maka aman damailah rumahtangga..

    ReplyDelete
  5. Rasa kakak pasangan sekarang lebih arif sebab kurus perkahwinan dah jadi satu kemestian dan biasanya sudah dijelaskan. Kalau tak dipraktikkan juga memang rugilah mereka.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah suami membantu, syukurkan, moga anak-anak ikut jejak yang baik-baik. Penulisan AA tenang ja disenangi ramai ni :))

    ReplyDelete
  7. Seeloknya mmg cenggitu kan Azra, tp kalau dah dpt yg tak menolong nak buat macamana, redho ajelah...
    Tulah ada suami mmg minat kerja kerja dapur ni, tp ada suami yg mmg tak suka,
    so beruntunglah awak dpt suami yg rajin Azra

    ReplyDelete
  8. betul tuh... mmg itu lah sepatutnya peranan sorang suami...
    bkn tau goyang kaki je

    ReplyDelete
  9. bahagianya terasa bila membaca entri akak. semoga bahagia hingga syurga untuk akak sekeluarga...
    keluargaku syurgaku menjadi realiti..alhamdulillah...itulah impian semua orang...^_^

    ReplyDelete
  10. untung mama dpt en azmi..memang betul suami kena saling membantu..tp tulah tak semua camtu..mana yg dpt suka membantu tu memang untunglah kiranya

    ReplyDelete
  11. salign abntu membantu .. itu yang paling penting

    ReplyDelete
  12. kalau saling faham, in shaa Allah ok.
    bcos kita perlukan satu sama lain, kan?
    then dgn anak2 ramai, pasti memerlukan bantuan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...