Friday 26 February 2016

The teapot deli

Assalamualaikum...

Jumaat rehat yang agak panjang, luangkan sedikit masa makan bersama adik-adik ofis. Kali ini makan di tempat yang dekat sahaja, berjalan kaki saja kami tuju ke situ.

Tempat ini terletak di SACC mall, di tingkat 2 jika tak silap mama, sewaktu kami sampai tiada tempat kosong. Tak apalah beratur sahaja menunggu kekosongan.


Wajah-wajah ceria menunggu makanan tiba. Inipun tak cukup korum lagi, masih ada 2,3 orang adik yang tidak turut serta.

Semua menu nampak menyelerakan, ada menu yang ada pada hari-hari tertentu sahaja. Mari tengok apa yang menjadi pilihan kami.



Menu yang dipilih roasted chicken, chicken pie wif fries, chicken leek, victoria sandwich cake, nasi tomato (kalau tak silap hanya ada pada hari jumaat) dan chicken sandwich. Alhamdulillah semuanya sedap sangat, mashed potato yang dihidang bersama roasted chicken itu sangat sedap. Harganya berpatutan, standard saja dengan kedai lain yang pernah mama pergi, boleh diulang pergi bersama suami dan anak-anak nanti.

Selepas makan sempat lagi membeli sehelai shawl, setelah itu bergegas pulang ke ofis, walaupun waktu masih awal, tapi masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

Nah sekarang, masih menunggu en.azmi tiba, jam sudah 6.15pm mama masih tercegat dibawah bangunan ini menunggu dijemput suami, selesai pula satu entri...

Sekadar berkongsi tempat makan yang mama rasakan sedap, mana tahu dapat beri idea pada kawan-kawan untuk jalan-jalan cari makan nanti.


Allahummasolli a`la sayyidina Muhammad
Waala a`li sayyidina Muhammad

5 comments:

  1. seronoknya keluar mkn ramai2 smbil shopping kan yan...

    ReplyDelete
  2. Memang sedap2 tu nampaknya.
    Pix shawl yg baru dibeli mana?. Mesti lawo kan?

    ReplyDelete
  3. Hamboiii2...menyempat je kan sambar shawl..tu kalo lama skit bole dpt blous tu.hahhahaa btw sihat ke akak? Thanks bg link baru blog akak..dpt juga skodeng sini :)

    ReplyDelete
  4. aida pernah skali gi sacc mall tu tau yan.
    jarang sekali dah gi shah alam.

    ReplyDelete
  5. Gambar bawah tu kiri kanan twin ke Azra? Muka sama.
    Lama dah tak gader gader dgn kengkawan cenggini alahai rindunya. Jenuh mencari Azra ni mana satu ek?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...