Wednesday 24 February 2016

Rawatan Iridology

Assalamualaikum...

Sapa tahu rawatan iridology?meh la mama nak cerita, beberapa hari lepas mama ada buat rawatan iridoly ni, berikutan ada rasa sedikit tidak selesa di sesuatu bahagian, bahagian mana tu tak yah la mama ceritakan..hehehe

Rawatan iridology ni adalah mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata.Caranya dokte akan mengambil gambar mata kita kiri dan kanan, kemudian akan disimpan dalam komputer, lepas tu dokte tengoklah mata kita tu macam mana, apa sakit yang kita ada melalui mata kita tu. Apa sakit mama? tiada apa yang hendak dirisaukan pun..hehehe

Sebenarnya mama tidaklah nak bercerita apa yang dokte cakapkan pasal mama tu, mama nak cerita apa yang dokte kongsikan dengan mama je, badan manusia normal memerlukan alkali 7.4, jadi kita perlulah makan atau minum sumber yang membekalkan alkali.Sekarang ni famous air kangen tu, kalau sesiapa ada duit lebih bolehlah beli mesin air kangen tu, Harganya boleh tahan, kata dokte air kangen tu memang bagus. Mama ada guna yang beauty water dan asidic sembur dimuka yang gatal, alhamdulillah berkesanlah untuk mama, hilanglah gatal-gatal tu

Diet harian, badan memerlukan 20% sumber dari protein dan karbohidrat, manakala 80% lagi adalah dari sayur-sayuran dan buah-buahan, tapi kadang kita ni terbalik, ambil karbohidrat berlebihan, nasi banyak sayurnya sedikit, tapi bagi yang makan sayur banyak tu, alhamdulillah...bagus dan teruskan. Nampaknya mama pun kena mula amalkan makan secara sihatlah, lebihkan buah dan sayuran.

Dalaman kita...buangkan semua aura negatif, biar yang tinggal hanya aura positif, macammana nak positif? fikirkan semua benda yang baik-baik saja, bila datang ujian, anggap itu hadiah dari Allah, Allah uji tanda Dia sayang, teruskan berfikir yang positif, jangan biarkan satu pun benda negatif hinggap dalam fikiran kita.

Bagaimana nak menepis benda-benda negatif dari masuk ke dalam kita? kukuhkan benteng diri dengan iman dan takwa. yakni kukuhkan hubungan kita dengan Allah, kukuhkan hubungan kita dengan orang sekeliling, banyakkan membantu orang lain,banyakkan bersedekah, yang penting buat semua tu dengan ikhlas, barulah aura negatif tu tidak dapat masuk, bila benteng pertahanan kita kukuh.

Bila berdoa, walaupun didalam hati pastikan ada kesan secara visual...tepat dan jelas, bagaimana caranya? bila berdoa kita nak pergi Makkah, bayangkan terus gambarannya yang kita ni berada di depan kaabah Jika mahu kereta? berdoalah apa kereta yang kita mahu, kalau bmw..berapa series, apa no.platnya, kalau nak berjaya...berdoalah dan bayangkan kita berjaya, kalau nak bahagia suami isteri bayangkan kita hidup bahagia dengan suami, jangan pula, berdoa nak bahagia, tapi kita berfikiran negatif, bayangkan suami bermain kayu tiga..itu tak boleh, bayangan visual tu mestilah selari dengan apa yang kita minta...itu sebagai contohlah, mesti kawan-kawan banyak lagi yang hendak dimintakan.

Minta saja apa yang kita mahu, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan redha, bila minta tu jangan minta sikit-sikit, minta banyak-banyak, minta dengan bersungguh-sungguh..inshaAllah pasti Allah beri dan apa yang Allah beri pasti bersesuaian dengan apa yang kita perlukan.

Sekadar itu yang dapat mama kongsikan setakat ini, moga-moga dapat memberikan manfaat bersama.

Doakan yang baik-baik..bila kita doakan yang baik-baik, pasti yang datang pun yang baik-baik sahaja inshaAllah...tapi jika yang datang itu yang tidak baik anggaplah itu satu ujian, apapun terima semuanya dengan sabar dan redha, berbaik sangka dengan apa yang Allah berikan pada kita.

image dari pakcik gugel



Allahummasollia a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. mata di tubuh yg xsihat juga layu xbersinar...

    ReplyDelete
  2. Part berdoa tu akak tertarik sebab akak selalu bayangkan anak2 dah berjaya ....moga ia jadi realiti.
    Baru akak tau mata pun boleh ketahui penyakit.

    ReplyDelete
  3. baru tahu pasal iridology.melalui mata ye..tp apa yg dikongsikan ni memang bagus..kehendak n doa kena selari dengan visual..faham disitu

    ReplyDelete
  4. Tenang ja penyampaian AA, saya pernah amal doa selari dengan angan-angan masa nakkan anak perempuan,doa spesifik dalam sujud terakhir inshaAllah jugakkan AA. Pernah disapa untuk tengok urat jari di mall sekarang tengok mata pula ye. Good info :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.
    aida x tau pasal ni.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar pasal rawatan tu Azra....Itulah masalah kita ni, yg patut sikit, dibanyakkan terbalik dari apa yg disarankan haha....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...