Thursday 1 August 2019

Jogging

Assalamualaikum....

Aktiviti setiap hujung minggu sekarang ni berjogging,anak² pun suka, en.azmi pula memang ikut je dia tak kisah pun. 5.30ptg ke taman yang terletak di Rimbayu yang baru buka tu, rumah² kat situ memang mampu tengok je lah, rumah mama yang di pinggir Rimbayu tu dapat tumpang taman untuk berjogging pun jadilah.


Lepas berjogging baru anak² dibenarkan main di taman. Dapatlah mama pusing 3 pusingan itupun takdelah sepenuhnya berlari, campurlah dengan berjalan juga. Kira oklah kan sambil berjogging sambil cuci mata tengok rumah cantik² kat situ. Kawasan tasik pun cantik ada juga disediakan tempat duduk untuk berehat².

Setakat ni setiap hujung minggu memang berjogginglah anak² pun bersemangat pagi² dah tanya "petang kita joging ke?". Mama ok je,papa pun ok je kadang siap tanya "nak pergi joging ke?" Ehh mestilah kan. Dah masuk usia warga emas ni baru nak merajinkan diri pulakkan.takpe la ye dak saja nak mencergaskan diri.

Anak bertiga bukan main seronoklah kadang jumpa kawan² dekat situ, mama pun kadang terjumpa jiran dan berlari sama². Gigih sangat mama nak berlari,  lepas raya haji nanti kena join stats run dekat dataran merdeka,tak tahulah macammana nanti kita tunggu je la mama berlari ke tidak.

Wassalam

9 comments:

  1. Aktiviti riadah yang dapat menyihatkan badan dan melapangkan minda.

    ReplyDelete
  2. wahh seronok betul dapat berjogging dengan family ni. agak agak berapa km tu jogging?

    marilah singgah ke blog saya kalau ada kelapangan

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak joging...tak berapa rajin

    ReplyDelete
  4. best kak, mak pak jogging anak2 main kt situ... kita pun sambil2 beriadah kan...

    ReplyDelete
  5. ooo..join stats run..kena training nih..
    jogging di tepi tasik mmg sangat best, bila penat tengok tasik..rasa damai je..

    ReplyDelete
  6. Haha mcm citer tmn akk je, bila masuk projek perumahan setia ecohill barulah dpt tumpang taman, tempat riadah, ada tasik, ada hutan utk explore..pendek kata kalau ckp kt org taman akk kt sebelah setia ecohill barulah org kata ooo..kat situ..
    Btw selamat berjogging ye mama.

    ReplyDelete
  7. Aktiviti yg sihat. Seronok dpt buat tiap minggu. Bagus tu,training dulu. Nk join larian kene la exercise jgk kan. Nnt terkejut badan, tetiba je berlari.

    ReplyDelete
  8. Sha tak larat lagi nak jogging..
    setakat jalan kaki pusing kuarters dan senamrobik di rumah je..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...