Saturday, 27 July 2019

Banci percubaan : Banci Penduduk & Perumahan 2020

Assalamualaikum...

24 julai 2019... Bermulalah Banci percubaan untuk Banci Penduduk & Perumahan 2020. Tujuan banci percubaan ini dijalankan untuk menguji mode yang akan kami gunakan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2020. Terdapat beberapa mode yang akan digunakan e-census,CAPI,CATI,PAPI,DOPU...gituuu singkatannya je yg mama guna e-census tentulah menggunakan website, CAPI tu sistem yang dibangunkan dan setiap pembanci perlu ada henfon android, PAPI menggunakan borang soal selidik,DOPU drop of pick up,CATI pula soaljawab melalui telefon.

Hari pertama kerja di lapangan, diTK (tempat kediaman) pertama kami disambut oleh 2 ekor angsa,mama tak boleh ni memang antara musuh yang digeruni sebab pernah dikejar angsa ni waktu kecik² dulu memang lari tak cukup tanahlah dibuatnya. Mujurlah pergi ramai² jadi ada yang berani, kita tumpang je la keberanian mereka, kalau tak mau mama lari pecut kalah usain bolt. Group mama perlu menggunakan mode CAPI. kata untuk uji sistem kan prosesnya agak lambat sesi temuramah mengambil masa 1 jam hmmm memang lama tu sebab kami perlu lawat 8TK sehari.

Selesai di TK pertama,langit bertukar mendung. Sedang menemuramah di rumah kedua hujan turun dengan lebatnya. Terus makcik tu ajak masuk rumah. Rumah tersebut merupakan TK baru dalam peta BP kami. Rumah dari pusat zakat kata makcik tu,tak apalah makcik rezeki tu,tapi tak banyaklah maklumat yang kami dapat perlu ulang lagi tu sebab anaknya pergi bekerja. Setelah hujan reda perjalanan diteruskan. Masuk kawasan kampung macam ni hati tercuit sedikit. Moga² dengan bancian yang bakal dilakukan pihak tertentu dapatlah buat sesuatukan.

Lepas ni bila datang lagi kesini perlu sediakan sesuatu untuk diberikan pada anak² yang mama jumpa. Bila kita pernah lalui apa yang kita nampak, kita merasakan perlu untuk lakukan sesuatu, tak dapat bagi banyak bagi sedikit,melihat mereka senyum itu  sangat membahagiakan.


Rumah pertama yang kami pergi,kreatif betul pakcik tu kerusi,buaian semua dia buat sendiri, itu ada pangkin kecik berbumbung siap kincir angin lagi semua dia buat sendiri,tengoklah langit mendung waktu ni. Bila angin bertiup kencang kincir angin tu pun ligat berputar. Menarik betul,kreatif sangat.

Semoga banci percubaan ini berjalan lancar dan dapat disiapkan seperti yang telah ditetapkan, banci ini bermula 24 julai dan berakhir 7 ogos. Dah lama mama tak buat kerja dilapangan nih,sesekali seronok juga. Mama cuma turun sesekali je tengok prmbanci buat kerja sebab kerja dipejabat juga perlu diselesaikan. Mari laksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin.

Wassalam

6 comments:

  1. bila turun di lapangan, banyak yg dpt dilihat, kehidupan masyarakat...cantik kincir angin, kreatif pakcik tu..

    ReplyDelete
  2. Dengan membanci ni, baru la tahu taraf kehidupan rakyat yg sebenar kan?
    Semoga dipermudahkan urusan banci.
    Pak cik kreatif tu tau ke kak lah amik gmbr tu? Hihi.. 🤭🤭
    Cantik la.. Mesti seronok duduk petang2.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya Mama kerja di lapangan 👍👍👍
    Semoga dipermudahkan aamiinnn....

    ReplyDelete
  4. kak, kita geng takut angsa lah kak... dulu dana kcik2 pnh kene kejar pastu kene pulas peha ngn paruh dia tuh... sampai ke tua ni takut ngn angsa hehehhe...
    mcm seronok jgk yek kerja2 membanci ni kak... cuma kdg org kampung jd tkut sbb ramai pencuri or perampok guna alasan nk membanci lps tu dia rompak umah nya

    ReplyDelete
  5. 1jam tu utk satu rumah ya? Lama jugak tu.

    Nampaknya, banyak perkara dapat dilihat dan ambil iktibar bila buat kerja dilapangan kan. Semoga dipermudahkan Allah urusan kerja mama. :)

    ReplyDelete
  6. Uish lamanya.. Aritu ada orang datang buat banci tapi kejap je.. huhuhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...