Thursday, 22 August 2019

Stats Run 2019

Assalamualaikum...

Dengan semangat yang begitu gigih seawal 5pagi mama dan kawan mama dah gerak ke stesen LRT Putra Heights untuk menyertai world stats run nih. En.azmi pula bagi semangat suruh berlari, dia juga lah yang gigih bangun hantar isteri dia pagi-pagi pergi tunggu kawan kat depan gate. Elok sampai dekat stesen putra height sebelum subuh, jadi kami solat subuh dulu sebelum naik tren ke masjid jamek. kami join 5km fun run je dan flag off pukul 7 tak sempat pun tak pe kami lari je la nanti. Perjalanan dari putra heights ke masjid jamek sejam jugaklah. Tapi dalam perjalanan sebelum sampai tu ramai pula penumpang yang naik pakai baju yang sama dengan kami.

Nak sampai stesen baru kalut pakai bib, turun je stesen masjid jamek terus memulakan larian..hahaha jumpa boss dia cakap lari terusss...kami pun terus lari je la sebab dah flag off pun kan, ingatkan kamilah yang last sekali rupanya bila toleh belakang ramai lagi dekat belakang kami. kikiki...seronok jugak tapi takdelah berlari sepenuhnya ada juga berjalan tapi jalan laju-laju la 5km weh nak berlari teruss putus nyawa mama hahaha..kita lari rilek-rilek dah la nama pun fun run kan.. ada pula pit stop untuk minum air wahhh rasa macam runner hebat je dah ni kahkahkah.

Dah lama tak ronda KL mama ni sejak kawin memang tak pernah jejak KL, bujang2 dulu KL ni tempat ronda jugaklah, hari tu dapatlah lepak dataran, berlari sambil tengok KL tower,KLCC, chow kit, memang bestlahkan. terserempak geng busker tengah menyanyi sambil lari tu boleh pulak layan menyanyi pulak lagu lama wehhh... "u know it's true everything i do..i do it for you"gitu mama ko layan lagu jiwang hahaha.dalam 8 lebih dah habis larian, masa nak finishing tu gigihlah berlari, ada pulak fotografer ambik gambar, tengok-tengok member post gambar dekat group, gambar masuk dalam FB Malaysia Runner tetiba rasa glemer wakaka..


Alhamdulillah..berjaya juga mama habiskan larian. Dapat juga medal kikiki tak sangka dah masuk 40an ni baru nak join benda2 macam ni, takpelah pengalaman baru kan. Stats run ni diadakan bersempena dengan ISI-WSC Kongress dan Malaysia tuan rumahnya, jadi kita kena la support aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan sendiri,walaupun hanya pergi berlari . Ramai juga yang sertai larian ni 6500 runners dari 46 negara. dalam pada tu mama ni niat nak dapat cabutan bertuah sebab dapat motor hahaha, tapi takde rezeki,takpelah dapat rezeki berlari. memang memerlukan motor sekarang, tapi alhamdulillah juga sebab dikelilingi orang yang baik2,dapatlah guna motor yang dipinjamkan sementara nak beli yang lain...inshaAllah ada rezeki nanti dapatlah motor.


Sementara menunggu habis program kita snap pic dululahkan. Nak nampak kurus marilah bergambar dengan menyengetkan kaki hahaha..amacammm nampak kuruskahh. Disamping gigih naik tren untuk berlari,kami juga gigih beratur untuk mendapatkan minuman milo, panjanggg beratur tapi mama tetap beratur sampai nak ambil milo, adik tu suruh ambik 2 cawan,satu tak cukup katanya dah disuruh mama tak lepas peluanglah kan..ehhh bukan mama je dapat 2 semua orang pun adik tu suruh ambik 2 cawan. lepas tu lepak-lepak sambil jumpa kawan-kawan lama ex DOSM Selangor, ye lah yang datang ni pun stats dari seluruh negara kan, seronoklah jumpa kawan2 lama.

Pukul 10.30am dah gerak balik,naik tren lagi ke putra heights. Alhamdulillahn dapat pengalaman yang baru tahun depan kalau ada lagi dan umur pun panjang bolehlah join lagi program yang jabatan anjurkan, tahun ni macam meriah dan besar sikit sebab ISI World Statistics Congress, itu nanti mama cerita dilain entri, sibuk sikit sekarang ni, entri ni pun berhari-hari tulis hari ni baru dapat publish.

Wassalam

7 comments:

  1. Tahniah dapat menghabiskan larian

    ReplyDelete
  2. Kurus la Mama & kawan-kawan.
    Best dapat medal lagi.
    Kalau kak laili ni lagi banyak jalan daripada lari heheheh

    ReplyDelete
  3. tahniah, dapat habiskan larian + dapat medal..jauh jg tu 5km..

    ReplyDelete
  4. Tahniah!! 👍👍
    Sesekali berlari dgn kawan2 mcm ni, seronok kan. Cantik medal tu utk dijadikan kenangan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah weh. Terbaik ni.. Saya tak sanggup ni, ada tengah tahun haritu pengetua seru anak2 bawah dia join larian mcm ni, ramai yg join, saya surrender awl, bgtau puan sy xlarat.. Gelak dia.. Katanya sy lg tua pun joi.. Huhu...

    ReplyDelete
  6. bestnya. saya takde rezeki lagi nak join fun run macam ni. Hopefully 1 hari nanti dapatlah join

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Rezeki

Assalamualaikum... Rezeki itu bukan hanya dari segi wang ringgit..kesihatan yg baik,dikelilingi orang² yang baik juga rezeki. Alhamdulilla...