Friday, 7 December 2018

Koleksi baru πŸ“– πŸ“–

Assalamualaikum...

Salam jumaat sayyidul ayyam.. Moga kita sentiasa berada didalam rahmat dan redha Allah swt. Hari terakhir kerja minggu nih, minggu depan mama cuti seminggu, menghabiskan cuti disamping nakmenjaga 2 hero yang bersunat minggu depan, anak2 tak sabar nak besunat mama pulak yang berdebar nih hehehe.Oklah pasal bersunat tu mama cerita minggu depanlah kan..ohoiii mestilah ceritakan kenangan buat anak2.

Sebenarnya mama ni dah lama betul tak membeli buku, jalan2 juga MHP dekat SACC mall tu baru-baru nih, tapi rasa macam takde pulak buku yang dicari, buku2 yang ada pun macam tak menraik minat mama, eh bukanlah takde bukan yang best cuma hati ni berat pada nak beli buku yang mama nak tu lah kan. Baru2 ni mama lawat BOOK CAFE,(sekarang bookcafe ada diskaun,ada yang rm2 dan rm3 untuk buku2 yang terpilih,bolehlah terjah) macam2 buku ada terus rasa rambang bijik mata tengok tak tahu nak pilih yang mana sebab banyak yang menarik hati mama nih, tapi kena bawak bersabar ye mama, buku yang mama nak tu ada jadi memang sambarlah kan. Selain buku mama, belikan juga buku untuk 2 hero mama tu sebagai bahan bacaan masa bersunat nanti.


Hasil dari rambang mata,seiring dengan faktor usiaπŸ‘΅ bahan bacaan pun berubahlah jugak hehehe ikutkan nak beli banyak lagi tapi tahan dulu la napsu tu kan, bulan depan la beli pulak kalau ada rezeki lebih. Buku yang mama nak beli sangat tu yang "wanita cantik masuk syurga" tu hehehe...entahlah kenapa tertarik sangat dengan tajuk dan cover buku tu rasa macam tak sabar je mama nak baca. tapi mama tak baca lagilah yang mama baca dulu itu "Bismillah yang hilang" terkesan dihati mama, betullah seperti yang tertulis dalam buku tu, moga dapat perbaiki diri lagi inshaAllah.


Ini buku untuk 2 hero mama tu, Misi budak tahfiz tu mama tengok dekat blog sha tengok tajuk je rasa macam best, jadi masa mama dok tengok website bookcafe tu terjumpa buku ni, hmmm apalagi terus belilahkan. Buku tu untuk abang adam, yang adiwira tu untuk adrien lah, dapat je buku tu terus dia tengok belakang ada lagi buku2 adiwira yang lain teruslah dia pun tunjuk nanti mama beli yang ni pulak, hamboihh 1 pun tak habis baca lagi dah minta belikan yang lain pulak dia tua. hmm...tak sempat pun nak tunggu minggu depan mama bawa balik je terus anak2 baca, takpelah ada rezeki mama beli lagi, saja nak pupukkan minat membaca pada anak2 sebab mama dorang ni suka membaca, mula2 ni kita bagi bacaan ringan dululah nanti baru bagi bacaan yang berat2 sikit.

"Jangan kita berasa TAKBUR kerana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sebaliknya tanamlah rasa SYUKUR kerana Allah mengizinkan kita untuk memberi manfaat kepada insan lain". #BISMILLAHYANGHILANG

Wassalam

9 comments:

  1. Rajin mama membaca ek, akk malas weh, buku menimbun kat umah ni..tapi tak baca2, kot nnt next year jemu dok2 saje kt umh bolehla mula membaca juga.

    Elokla bercuti sambil luangkan masa dgn anak2, kualiti time gitew kan, sambil buat macam2 aktiviti berfaedah kan.

    ReplyDelete
  2. sronok tgk bdk bdk suka membaca...

    ReplyDelete
  3. dah jarang beli novel...sbb takde tempat nak simpan. selalu beli online je kat google apps

    ReplyDelete
  4. Kali terakhir akak beli buku Diagnosis fobia.. Nasib baik habis baca hehe

    ReplyDelete
  5. wah banyak juga tu membeli, sha tengah tunggu 12.12 kot kot karangkraf buat sales lagi hehehe btw follow sini

    ReplyDelete
  6. Bnyk jgk tu menambah koleksi baru..
    Terima kasih berkongsi hasil pembacaan..
    Rajin2 la share ye..

    ReplyDelete
  7. Kalau tgk buku2 Tu mmg nampak best. Yerba a baca buku boleh release tension

    ReplyDelete
  8. Tertarik pula Sha dengan petikan buku Bismillah yang hilang tu.. selamat membaca Mama..

    ReplyDelete
  9. thn ni, matlamat diri sendiri, nak membaca buku.
    aida ni tak gemar baca novel.
    more to buku2 general knowledge.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...