Assalamualaikum...
Bulan ni memang ada banyak sambutanlah dalam family kecik mama ni, 9hb besday Adrien, 25hb besday Abg Adam dan hari 27hb..genaplah 10 tahun usia pernikahan mama dan en.azmi. Alhamdulillah dalam tak sedar je dah 10 tahunkan 😍😍 rasa macam baru semalam je bernikah eh eh nampak sangat menipunya tu..tapi ye lah rasa macam baru je lagi, Alhamdulillah 10 tahun ni dapat ditempuhi juga.
Tak tahu apa nak ditulis dah ni, baru 10 tahun mama oiii dah tak tahu nak tulis apa ke? hehehe entah idea tak mari lak nak menulis hari ni sel-sel otak tak berhubung kesan dari penuaankah ini, memang kadang2 idea takde untuk menulis tapi nak menulis juga. Apapun semoga Allah memberkati hubungan ini, berkekalan dan berbahagia hingga ke dalam syurga.Dalam setiap perhubungan kunci utama adalah iman dan sabar.
Bersempena ulangtahun ini mama nak kongsilah sedikit dari apa yang mama dapat dalam kuliah yang dihadiri
5 perkara mesti guna duit suami
1. Makan minum isteri sekurang2nya rm3000 setahun bersamaan rm250 sebulan. Duit belanja dapur
2. Peralatan mandian
3. Ubat-ubatan
4. Pakaian baru - 2 persalinan setahun dan ini termasuklah pakaian dalam, telekung, kasut dan lain2
5. Rumah yang selesa - untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah baginya untuk membuka auratnya (tiada yang bukan mahram) termasuk bil berkaitan rumah.
Suami kalau nak rezeki tu luas sayangilah isteri, jaga perasaan isteri kerana isterilah punca rezeki suami makin bertambah. Jangan kedekut dengan isteri..pasangan yang bahagia selalunya suami tak kededut dengan isteri.
Isteri pulak sentiasalah doakan yang baik2 untuk suami, isteri yang berkat itu bilamana suami memandangnya akan bertambah kasih sayangnya. Moga kita punya suami yang berkat, anak2 yang berkat dan kita juga adalah isteri yang berkat buat suami.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Ya, memang tanggungjawab suami begitu...
ReplyDeleteTahniah...semoga bahagia kekal ke akhir usia..
ReplyDeleteHappy anniversarry
ReplyDeleteSemoga kekal bhagia selamanya
Salam perkenalan...Happy anniversarry, semoga bahagia selamanya..
ReplyDeleteHappy anniversary kak lah & abg mi..
ReplyDeleteSemoga berbahagia dan diberkati Allah sentiasa..
Perkongsian yg baik.. Terima kasih..
Happy anniversary sis
ReplyDeleteMoga berkekalan dan bahagia sentiasa ye
Happy 10th Anniversary. Semoga berbahagia!
ReplyDeleteTak lupa juga selamat tahun baharu 2019.
Semoga dimurahkan rezeki & tercapai azam 2019 :)
Happy 10th anniversary mama.. Semoga dimurahkan rezeki dan kekal jodohnya hingga ke Jannah.. Aamiin..
ReplyDeletemoga berkekalan hingga ke jannah :)
ReplyDeletekonsep aida mudah jer, AA.
brg asas rumah, diri & anak2 akan guna kad kredit dia.
so confirm dia tukang byr tiap akhir bulan on time.
kehendak aida, aida akan beli sendiri.
kalau kena byr pe pe penting, bahagian aida, aida akan transfer ke akaun bank dia.
then dia byr. seolah2 aida da serahkan pd dia.