Thursday 13 September 2018

Dah boleh harap

Assalamualaikum...

Cerita pasal anak2 ni sekarang ni bukan anak2 perempuan je perlu diajar buat kerja rumah, anak lelaki pun perlu diajar buat kerja rumah, bukan apa kalau dah kita ada anak2 lelaki je siapa lagi nak tolong buat kerja kalau tak anak lelaki kan, ada kawan mama tuanak dia semua lelaki, sekarang ni yang sulung tu dah boleh tolong buat kerja rumah, memasak pun pandai seronok betul tengok, bila tinggal dekat rumah dengan adik2 dah tak risau mak dia sebab anak sulung dah boleh buat kerja dapur. Alhamdulillah rezeki kawan mama tu dapat jodoh awal jadinya anak2 dia pun dah besar lah sekarang.

Anak2 bujang mama pun walaupun takdelah bujang mana lagi, tapi mama sikit2 lah ajar juga buat kerja rumah, paling tidak pun abg adam lepas makan mesti basuh pinggan yang diguna, walaupun kadang2 ada malasnya tu kan tapi mama ajarlah jugak slow2 bukan apa, tak selamanya kita ada dengan merekakan, jadinya kena ajar jugalah buat kerja rumah sikit2 supaya bila mama takde nanti takdelah mereka tak pandai buat satu benda pun.


Adrien kadang2 datang rajinnya tu memang tak perlu disuruh laju je dia basuh pinggan, ambik penyapu sapu sampah. Abg adam memang tiap2 kali lepas makan kena basuh pinggan sendiri, takpe basuh je macammana pun mama tak kisah, kalau salah mama tunjukkanlah kan, tapi setakat ni ok je sebab mama tak guna pinggan kaca pun, guna pinggan plastik je takdelah risau pinggan pecah ke apakan. tapi kalau kaca pun nak pecah mama tak kisah pun dah nak pecah nak buat macammanakan.


Kadang bila rasa penat sangat tu, pinggan bertimbun dalam sinki, mama minta je anak2 tolong basuhkan hehehe, jadi dua2 anak bujang pun seronoklah membasuh abg adam sabun adrien cuci, gembira je dua beradik membasuh,lepas tu basuh tu siap report kat mamalah budak sorang tu kan siapa lagi kalau tak adrien, dia kan suka mereport. "Best mama basuh pinggan abang sabunkan yen cucikan,nanti kitorang tolong mama lagi ye" ok..lega mama dengar, tapi macam biasalah kan kalau tiba mood tak ok tu taknak jugaklah kan. takpelah mama kena sabar banyak2 dalam didik anak2 nih, walaupun kadang2 hilang jugak sabar nih.

Dulu2 cover jugak kalau kat kampung tu kalau nak marah anak2, takutlah tok dengan wan kata apa pulakkan tapi sekarang, mama lantakkan je nak marah mama marah je kalau dah melampau sangat, ye lah anak2 mama ni faham2 je lah kadang2 tu tak makan saman, nak bertekak ikut suka hati je kan walaupun dah dipesan macam2 tapi itulah anak2 ni pun ujiankan, ujian untuk mama, inshaAllah.. jangan putus berdoa pada Allah..

Allahumma faqqihu/ha fiddin, waalimhu/ha takwil, wahabibhu/ha ilannas (hu untuk anak lelaki, ha untuk anak perempuan)
Baca doa ni pada ubun anak2..mama buat setiap pagi sebelum anak2 pergi sekolah dan semasa anak2 nak tidur

Ya Allah berilah kefahaman padanya dalam urusan agamanya dan ajarkannya takwil(tafsir al-quran), dan semoga org memandangnya dengan kasih sayang. Berdoalah tanpa jemu, sebab klu kita doa hari ni belum tentu Allah kabulkan mungkin Allah kabulkan di tahun2 mendatangkan. Allah nak tengok kesungguhan mama dalam memohon pada-Nya kan.


Masukkan jugaklah cerita anak dara sorang ni, adelya pun rajin juga menolong klu dia basuh pinggan alamatnya  basahlah lantai dapur pada hal basuh sebijik pinggan je pun.. Hari tu marah sebab tak dapat ikut papa dengan abg2 pegi masjid solat jumaat teeus dia cakap "baik yaya jadi kakak lelaki je bole ikut papa solat jumaat" ehhh mcm2 dia ye, mana ada kakak lelaki nak oiii

Wassalam

10 comments:

  1. Ha'ah. Anak2 lelaki pun kena rajin basuh pinggan sendiri. Saya pun akan bebel kalau dia masak tp tinggal mcm tu je dlm sink. (Anak bujang saya suka masak).

    ReplyDelete
  2. Kakak lelaki ya...Allahu..
    Alhamdulillah bila anak-anak ringan tulang nak membantu dan mudah memberi bantuan bila diminta...

    ReplyDelete
  3. Akk pun ajar ank lelaki buat kerja mama, basuh pinggan, jemur baju, streka baju sendiri, basuh kasut sendiri, buang sampah, setakat ni Alhamdulillah, tapi adalah juga liatnya, kena bebel dulu, biasalah kan.

    Bagus abg adam dan abg yen rajin tolong mama kan, camtulah dah jadi abg2 kan, nak harap kan adik masih blm boleh lagi kan, habis basah satu dapur yea, hehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kak... boleh tahan anak bujang akak tu, dr kecik dh di ajar insyallh sampai besar biarla ringan tulang nolong2 keje kt dpr yek kak...
    cuma si comel tu... nk jd lelaki yek hehehhe... nnti nyesal jd laki mana blh pakai baju gaun dia yg lawo2 ru

    ReplyDelete
  5. Mintak tolong dari kecil, dah besar biasala dia orng menolong kita

    ReplyDelete
  6. Bagus cara ilah mengajar anak2 buat kerja eumah sejak kecil.
    Anak akak dah tinggal Iman sorang je di rumah ni,memang pada dia je akak mintak tolong masak ,basuh ,pinggan dan kemas rumah...Alhamdulillah dah boleh buat.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dah biasa dari kecik menolong esok besar pun boleh tolong isteri :)

    ReplyDelete
  8. terbaik!
    anak aida kebetulan anak-anak dara, wajibla kan terutama hal-hal dapur gini, AA.
    itu yg sepatutnya, baik anak lelaki atau pompuan.
    lelaki akan jadi suami. dia patut diterapkan keje rumah sebegini dari awal.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..
    Senang la mama da blh harap 2 org bujang tu..
    Betul tu, anak2 lelaki juga perlu diajar dan dididik tentang kerja2 dan perihal org pempuan ni. Nnt da besar, dia da biasa buat kerja rumah, xde la terasa kekok dan janggal. Kalau duduk sendiri bujang2 xde la rumah jd semak kan. Dah pandai urus diri.
    Rasanya masyarakat skg pun dah berilmu. Jika dulu, bila lelaki sidai kain, dikatanya kene queen control. Skg ni rasanya xde da kot mak cik bwg gitu. Haha..

    Hihi.. Yaya..yaya..
    Ada2 je akalnya..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. rajin Adrien menolong mama..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...