Assalamualaikum...
Cuti 4 hari kemanakah kita? ni mama nak cerita cuti 4 hari mama hari hahaha..bertabahlah baca sebab berjela panjangnya, sampai naik pening nak baca hahaha, cuti 4 hari mama dan keluarga balik kampung ada kenduri kawin adik ipar (maklang, adik en.azmi). Jumaat tu mama tak cuti pun ambik half day je sebab baju tak packing lagi, anak2 macam biasalah pergi sekolah dulu, lepas anak2 balik sekolah siap2 tunggu maghrib, lepas maghrib terus gerak balik kampung. Mama siap berkain batiklah tapi takdelah berbaju kedah sebab malam tu malam berinai, kot2lah sempat berinai, tak sempat takpekan. Balik tu 2 kereta mama drive 1 kereta en.azmi 1 kereta. sebab nak hantar kereta kat kampung untuk pakjang guna. Lama dah tak drive sendiri balik kampung sejak kawinlah memang tak pernah drive sendiri balik kampung sebab en.azmi tak bagi mama drive, ehhh mama seronoklah tak payah drive sebab boleh membuta kikiki
Dekat pukul 12 sampai kampung, masa sampai tu tengok adik2 ipar dan sepupu dekat pelamin nak bergambar, semuanya lepas berinai, kata adik ipar orang inai tu baru je balik, takpe mama tak kisah pun pasal inai tu, takde rezeki nak berinai malam tu, apa yang penting kami selamat sampai kampung. dengan beg tak keluarkan dari bonet mama dah join dorang bergambar dekat pelamin hahaha semangat sangatkan tetengah malam bergambar. lepas bergambar masuk rumah dan jenguk dapur ambik pinggan makan nasik kuikuikui laporr wehhh. lepas isi perut jenguk bilik pengantin sepupu en.azmi sedang siapkan hantaran, mama pun apalagi menyibuklah kan buat2 apa yang patut dah la balik lambat takkan nak terus membuta jadi buat2lah sibuk sikitkan, dalam dok tolong2 tu tak sedar jam dah 2 pagi. mata tak larat buka dah moh lerr tidoo kome wehhh.
|
Dah kretip sangatlah kononnya ni hahaha..asalkan ado namo eh ni |
5.30 pagi jam berbunyi, mata berat tapi memikirkan kalau sambung tidur ni mau sampai ke pagi tak sedar teruslah bangun mandi buat apa-apa yang perlu pastu jenguk ke dapurlah buat apa yang patut. Entah apa yang disibukkan pun hari tu mama taktahu lah sedar2 dah nak pukul 4, maklang nikah lepas asar dekat surau, dalam sibuk2 bersiap hujan turun dengan lebatnya, alhamdulillah hujan rahmat, en.azmi dan anak2 bujang dia tinggal tak ikut ke surau, mama dan anak dara je join ke surau mama menyelit je dekat kereta adik ipar sebab en.azmi tak pergikan kita selit je la dekat kereta mana2 hehehe. en.azmi tinggal sebab uruskan hal2 dekat rumah balik tu en.azmi cakap jenuh haii layan makcik2 yang dok potong bawang tu kikiki. Alhamdulillah sampai surau hujan renyai2 dah. Pihak lelaki sampai, pak imam pun sampai jadinya kita tunggulah sampai akad nikah. Alhamdulillah dengan sekali lafaz maklang sah bergelar isteri kepada syed azuwau @ wawa jambu kata adrien 😂😂
|
dua sepupu ni tak berenggang semua nak buat sama-sama |
Malam tu sibuk nak masak pulak untuk kenduri esok, bukanlah mama yang masak mama cuma menyibuk je lah kan, tukang masaknya paklong(abg en.azmi) dan makcik en.azmi. Mula tu makcik nak buat kuih koleh kacang. mama tolonglah godek2 apa yang patut sambil tu tanya2 lah resepi macammana nak buat kuih tu, inshaAllah lepas nih bolehlah mama amik order koleh kacang 😂😂, makcik ajar step by step mama yang kacau lah kan cuma bila kuih tu dah agak kental pakcik ambik alih sebab buat banyak jenuh nak kacau tu kang sado lak lengan mama nih. Siap koleh kacang, bersihkan ikan bilis lak dengan biras mama, wan salah beli ikan bilis ingat yang dah siap bersih rupanya belum jadi kita bersihkanlah kan, paklong nak masak sambal bilis petai. Makcik masak kari daging. Dalam pada tu dok bincang2 umbut kelapa sawit tu tak jadi buat sayur lemak tukar menu buat kerabu umbut kelapa. sekali lagi menghiris umbut pula, lepas tu makcik tengok ubi kentang besar2 pulak, makcik kata patut potong kecik, mama pun capai kentang potong empat. Mata dah rabak tengok jam dah 2 pagi, tak larat nak celik dah mama cakap dekat makcik nak tido, yang lain2 sambung masak ayam masak merah, tak tahulah pukul berapa dorang tidur en.azmi kata pukul 4 baru siap masak, ye lah agaknya tu sebab mama pun tak sedar dah waktu tu.
Dapat lelap sekejap pun ok dah pukul 2lebih tido pukul 6pagi dah bangun, dah tua2 ni anak2 pun dah besar takde alasan lagi dah mama nak bermalas2 bangun lambatkan. lepas solat semua terus ke dapur sambung balik kerja semalam memotong umbut kelapa yang belum habis. kemudian ada jiran2 wan yang datang tolong, mama pun buat kerja lain potong timun dan bersihkan salad untuk dijadikan ulam. Habis kerja tu menyibukkan diri dekat paklong pula untuk buat menu pengantin pulak, mama tolong cucuk2 telur puyuh je lepas tu mengerjakan buah tembikai pulak, buat je lah apa yang patut kan, buah tembikai mama buat ala-ala bakul giteeew, itu jela hasil kerastangan mama ni, tak mampu dah nak buat lebih kretip, apa yang ada je la kan. pastu tolonglah sibuk2 buat apa yang patut, susun makanan dekat meja pengantin. amik itu ini busy mengalahkan mak pengantin pulak gayanyakan.
|
hasil kretiviti mama jugak kononnya hahahha..tu kuih koleh kacang, semua makcik ajar sampai cara potong pun makcik dan suruh ,mama buatkan. air 2 gelas tu untuk pengantin, airnya sik imah yang buat mama letak hiasan je, itu berbunga2 tu bakul tembikailah kononnya kuikuikui |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar,bila tetamu dah kurang barulah terasa perut nih berbunyi2 minta diisi, belum makan lagi oiii laporrr, makcik ajak makan teruslah join makcik dan sepupu en.azmi makan,sedap wehh kari daging makcik, bilis petai campur tempoyak paklong masak pun mabelles, itu je yang mama makan bertambah2 sebab lapar sangat. en.azmi pulak entah kemana, masa orang cari ajak bergambar ramai2 pun takde takpelah somi mama tu memang macam tu kan susah nak diajak bergambar kononnya nak ler gambar berdua dekat pelamin tapi non hadooo, last2 join sepupu en.azmi je bergambar itupun sebab dorang ajak kalau tak takdelah gambar mama ni haaa, tapi ada la kot 1 gambar mama dekat pelamin tu fotografer ambik, masa tu tetiba je dia tala kamera dekat mama teruslah mama sengih je, dengan selipar jepun je mama bergambar. harap2 selipar tu tak nampaklah tapi tak tahulah gambar tu ada tak nanti kan kita tunggu siaplah tengok.
|
mama dan sepupu en.azmi bersama dengan pengantin perempuan (maklang) |
|
aimy dan adelya..ada2 je la keje anak dara berdua ni kan |
habis makan dan borak2 terus ke dapur, tengok sinki penuh pinggan air dalam sinki pun dah melimpah sikit lagi je nak banjir gamaknya tu hehehe, serabut wehh mata mama tengok sepah2 macam tu daripada tunggu en.azmi bebel suruh basuh baik mama basuh dulu yang mana ada sambil tu biras mama tolong juga, kami kemas yang dalam rumah je, dekat luar periuk kuali besen yang besar2 semua letak diluar, yang tu tak larat rasanya mama nak settlekan, paklong kata takpe yang tu nanti dia uruskan, settle uruskan pinggan, tolong pula kemas sampah dekat khemah..fuhhh tak sangka rajin pulak mama kali nih 😂😂 tak reti penat tu buat kerja, mana nak cari menantu macam nih kahkahkah (muntah hijau baca) masa ni je la rajin pun hari2 biasa duduk bersila makan je hihihi.. siap kerja di khemah barulah mandi tukar baju, kemain dengan baju kembang setaman basuh pinggan kutip sampahkan.
Lurus2 pinggang pun dah settle jenguk ke luar rumah tengok wan dok basuh periuk kat luar, aiii segan pulakkan kita pun kutiplah pinggan2 kecik yang belum dibasuh, bawa basuh dekat sinki pastu kemas2 apa yang patut, dalam dok tolong2 tu hujan turun, wan berenti basuh periuk, wan cakap taknak membasuh dalam hujan, acu pun ganti wan basuh pinggan dekat luar mama pun taknak main hujan sebab baru lepas selsema lagipun kan. sudahnya acu, acik imah dan paklong yang basuh periuk yang besar2 tu dalam hujan sambil2 tu ambik peluang nak main hujan, kemain gumbira dorang main hujan, ehhh ikutkan hati nak join jugak mama tapi idok lerr mengenangkan sejuknya air hujan tu.
Isnin pagi mengemas lagilahkan, dalam pada tu dengar paklong dok cakap nak ke kuantan, mama dalam hati ni ehh nak ke kuantan pulak ke? nak buat apa? tanya en.azmi betul ke nak ke kuantan? en.azmi cakap tak tahu, takpelah kita tengok jelah macammana nanti, lepas zohor tu semua orang dok siap2 mama pun apalagi iron je lah baju kalau betul nak keluar oklah kan tak jadi keluar baju tu kita pakai nak balik esok. rupanya memang betul nak ke kontan, pengantin baru nak belanja makan, amboii jauh sangat nak belanja tu tapi takpe kita follow je kan bukan selalu pun dapat berkumpul macam tu, duit minyak, duit tol pun tok yang bagi 😂😂 hahahah, kereta pun rembat kereta acu je. dalam perjalanan tu singgah beli pau sebab lapar sangat. perut simpan sebab nak makan banyak kejap lagi.
Makan di Super Top kuantan, lauk apa masakan apa adik2 ipar yang pilih, mama dok belakang2 je sebab tak tahu pun nak makan apa, kita makan je apa yang dipilih. Pakcu sekeluarga pun join juga, maklumlah pakcu memang duduk kuantan. Duduk sekejap je makanan sampai wah pantasss betul, ini kali ke 2 mama makan disini kali pertama dulu rasa macam biasa2 je makanannya, ketam telur masin dia pun macam tak best ketam kecik, kali ni best ketam besar isi banyak hehehe..masa makanan sampai azan maghrib berkumandang, ustaz kata kalau makanan dah terhidang afdhol makan dulu hahaha itu untuk mamalah yang kalau solat dulu kang tak kusyuk pulak ingat ketam, jadi mama makan dululah serba sikit pastu pergilah solat. semua makanan best sup ayam, sotong goreng tepung (ini sedap sebab tak macam cekodok okehh, mama tensen betul kalau sotong goreng tepung stail cekodok, tepung lebih sotong cenonet jenuh kunyah tepung hujung2 baru jumpa sotong), ketam telur masin sedap, kailan ikan masin sedap, ikan aji ke apa ntah tu mama rasa sikit je, siakap stim banyak lagilah menu tapi tak sempat mama nak snap pic.
|
ketam telur masin (masa order paklong kata ketam telur rebus hehehe) sup ayam, sotong goreng tepung, ikan aji masak dengan sambal potai |
Balik dari makan singgah esplanade kuantan pulak, saja lepak2 wan dengan tok tak jalan jauh pun, kami je yang jalan jauh sikit tengok2 ada sewa basikal dan basikal yang macam beca tu, jenuh gakla menunggu turn, mula2 naik basikal dengan anak2 lepas tu bawa beca tu pulak, seronok jugaklah berkayuh di tepi sungai tu malam2 kan, pecah peluh mama ni haaa, bakar balik kalori yang mama makan tadi kan. tergelak2 memasing naik basikal, paklong dengan acik imah siap minta budak jaga tu pump kan angin basikal sebab muatan berat katanya sampai tayar pun kurang angin, seronok jugaklah sewaan rm10 untuk 20minit tapi rasa macam lama je kitorang naik, yang paling best sebab paklang yang bayor hehehe, dah puashati semua, moh lerrr kita balik, sampai rumah pukul 12 jugaklah
|
jom mengayuh beskal malam2 |
Selasa..dah nak balik rumah dah, plan nak gerak pagi tapi buat itu ini lepas zohor gak gerak, alhamdulillah highway takdelah sesak sangat walaupun kereta banyak tapi masih bergerak pukul 5ptg kami sampai rumah. itulah cerita cuti 4 hari kami, alhamdulillah syukur Allah mudahkan segala perjalanan kami dan perjalanan kenduri maklang. lepas ni kita tunggu kenduri yang seterusnya, acu ada lagi, tapi bila tu tak tahulah kan, sebelah mama pulak tak tahulah bilanya lagi masih tak nampak banyang pun kot2 ada yang nak naik pelamin tapi setakat ni belum ada bunyi lagi, takpe kita tunggu je jodoh siapa sampai dulu kan.
|
paklang dan maklang... Semoga Allah memberkati dan mencurahkan barokah ke atas kamu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan dan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke dalam syurga Allah. |
Wassalam.
Tahniah buat mempelai.
ReplyDeleteSemoga bahagia berpanjangan
Kemas gubahan coklat tu.
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak menggubah.. tah apa jadi agaknya kalau saya yg buat.
Menantu mithali ni mama :)
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat adik iparnya & pasangan. Moga bahagia selalu hendaknya. Aamiin.
Tahniah ilah...bertambah ahli keluarga.Semoga pengantin berbahagia till jannah.
ReplyDeleteSeronok ramai ahli keluarga kann.
Rasa mcm semput membacanya.. Hahahaha..
ReplyDeleteTerasa kepenatan dan kesibukkan mama tu.. Kihkihkih..
Ira pn xde gambar berdua atas pelamin kali ni.. Penat menunggu pelamin kosong..😅😅
Cantik mak lang.. 😘😘
Dua round jugalah nak habiskan citra mama yan kali ni. Hehe. Apapun tahniah2x kerana menjadi menantu mithali kali ni dgn baju kembang setaman dan selipar jepun kan, apapun tentu seronok buat kerja atau rewang ramai2x, penat pun tak terasa, dapat pula makan pengantin belanja, kayuh basikal semua, oh meriah sesangat kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai dgn baiknya, berbaloi2x cuti 4 hari.
Tahniah! Dapat ahli keluarga baru.
ReplyDeleteBestnya dia...dapat sotong goreng tepung yg real! saya ni asik dpt yg cekodok tu, geram betul!