Assalamualaikum...
Selepas kenyang makan boat noodles kami tuju ke setia city mall nak lepak kat padang je, anak-anak siap bawa roller blade. Mama tak pernah lagi ke sana tengok gambar yang adik ipar share best je, so moh le ke sana.
Memang ramailah orang dekat padang tu,macam-macam aktiviti boleh dibuat, adik ipar beli buih sabun untuk anak-anak, lepas tu adrien dan sepupunya aimy main roller blade, mujur tak berebut abg dan adrien sebab roller blade tu ada 2 je,yang pink memang dorang taknak. kakak aimy dari dalam kereta lagi cakap,nak pinjam adelya punya sebab kakak tak bawa kakak punya dia kata, kakak punya ayah azizul hadiahkan..hihihi ramah kakak bercerita, adelya pun ramah juga.
Kikiki...budak merajuk duduk dengan papa,tengok abang-abang seronok main, mama dan en.azmi bawa adelya jalan-jalan,kami sewa motor ronda-ronda kawasan situ, kadar sewa rm25 setengah jam, oklah puas ronda.
Semua berpasangan, mama ngan en.azmi bawa adelya sekali. Ada 1 lagi basikal bakul pink comey sangat, boleh naik 4 orang yang ni bole naik bertiga je, tu pun mujur adelya kecik lagi, kalau dah besar mama ngan papa je la naik berdua, barulah romantik kuikuikui. Gambar atas tu kebetulan, kami nak ke satu kawasan pastu adik yang jaga situ cakap jalan tu tak boleh masuk, dah alang-alang dia ada,terus suruh snap pic kami hahaha...tq adik,baik sangat awak menolong kami, best juga ronda-ronda,bawa slow-slow je motor tu. Lepas tu mama penat duduk,panggil abang adam dengan adrien pula naik dengan papa dorang tu.
Main belon..cantik belonnya jadi besar-besar gitu,yang nih mama tak tahu berapa harganya untuk 2 bekas tu,rajin mak-mak sedara layan anak-anak buah mama tengok dari jauh je la.
Sebelum balik sempat lagi tu,adik-adik ipar sediakan kek untuk hari ibu, buat mak, biras dan mama..tq adik-adik, siap suruh suap-suap kek lagi tu hehehe...time ni azan maghrib berkumandang,laju-laju dah kami, anak-anak masih sempat berroller blade tu. Kemudian tinggalkan padang, singgah solat di tol mana entah sebelum meneruskan perjalanan yang musteri...hahaha
Terima kasih sudi singgah dan baca
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
meriah juga di kawasan tu ye.. waa siap ada motor lagi itu.. hebat..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye
When There Many diference Between Us? site...
Seronok nya jalan2 ramai2 gitu...satu kepuasan kan .
ReplyDeleteKenapa adelya merajuk?,kasut roller blade kakak pakai ya.
seronoknya kak... mcm2 aktiviti ada...
ReplyDeletepaling best sesi suap2 kek tuh.... hehehhe
pg ramai2 lg meriah kan kakk
Moment indah yg bukan mudah direalisasikan kalau tak sama-sama sepakat AA
ReplyDeleteItulah dikatakan ukhuwah keluarga ni kena sama-sama baru indah jadinya.
aiii dah tukar colour/template.. atie tertinggal ni..
ReplyDeletebab naik basikal berdua tu..pergh romantik kak.. haha
jalan ramai2 mmg meriah ... seronok :)
seronok juga setia city mall kan sbb kawasan dia luas
ReplyDeleteCantik kek tu... ada edible image. Mesti Mak suka kan diraikan.. di tgh2 padang, main suap2.
ReplyDeleteseronoknyee
ReplyDeleteLama dah saya tak ke SCM ni. Yang menarik tengok ikan-ikan yang banyak dalam kolam tu. Seronok beri makan ikan!
ReplyDeleteMacam best je garden area setia city mall .... Pernah g setia city mall tapi tak pernah singgah area garden nya ... Memang slalu meriah ke garden SCM , AA ? =)
ReplyDeletePernah sekali gi mall sini....nampaklah jugak padang tu dari food court.
ReplyDeleteDulu mcm tak de org...nampak sgt lama dah tak dtg kan...
Untung mil dapat anak menantu yang mesra mcm tu....
Tak pernah ke sini lagi. Meriahnya kluar beramai2 macam nih.
ReplyDelete