Wednesday 4 May 2016

rezeki

Assalamualaikum...



Jika nak dihitungkan terlalu banyak rezeki yang kita dapat dari Allah kan, cuma tinggal kita saja untuk berfikir dan menerimanya.

Jangan bandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain, kerana jalan hidup kita dan mereka juga tidak sama. Jangan bila melihat orang mewah sedikit kita mengata mereka menunjuk, pada hal kita tak tahu apa yang telah mereka lalui. Mungkin sebelum itu mereka pernah makan nasi berlaukkan garam sahaja...Ambil secara positif setiap apa yang orang kongsi. maklum sekarang zaman fb,ig dan segala macam lagilah. semua benda senang nak viral.

Bila orang update status kebahagiaan mereka suami isteri,kesetiaan suami ramai pula yang komen, "ala...baru kawin bolehlah cakap macam tu, tunggulah nanti dah beranak pinak" macam-macam lagilah komen negatif yang dilemparkan, kenapa? tak bolehkah kita doakan yang baik-baik sahaja, ambil positif apa yang orang tulis, lainlah kalau dia sebut nama kita..kalau takde mungkin kita patut diam sahaja. Kalau kita tak suka status dia, jangan baca dan jangan follow..hehehe Anggap saja itu rezeki mereka, rezeki kita lain pula.

Zaman serba canggih ni ramai yang dah hilang rasa kemanusiaan agaknya, bukankah lebih elok kita diam, jika kita tidak dapat nak mengeluarkan kata-kata yang elok, peringatan untuk mama juga nih, kadang-kadang mudah saja berfikir yang negatif. Alhamdulillah rezeki mama dapat kawan-kawan yang baik sama ada di alam nyata atau didunia maya, selalu memberikan kata-kata positif.

Ok..sekian bebelan mama di pagi hari...

Wassalam

15 comments:

  1. Subhanallah... tak terhitung dek angka kalau nak kata rezeki yg kita ada AA..
    Tapi itulah betul kata AA usah bandingkan dgn org lain pulak kan.

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. yg penting kite jgn lupe ucap "alhamdulillah" ..

    ReplyDelete
  3. Betul tu terlalu banyak rezeki yang kita perolehi ,bukan saja wang ringgit.Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, dapat bernafas lagi hari ini pun sudah rezeki

    ReplyDelete
  5. Betul tu sis. Setuju sangat. Yang penting kita buat kerja kita sudah. Dekat kan lebih kpd Allah. Rezeki niy luas kan. Syukur Alhamdulillah. ♥

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..sempat baca & jumpa entry ni pun rezeki..=)..
    very2 good sharing..thumbs up!!

    ReplyDelete
  7. setuju sangat, rezeki dari Allah juga, kita kena berusaha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Konsep rezeki tu sendiri sebenarnya luas..
    Perkongsian yang bagus..

    ReplyDelete
  9. Mama yan, akk singgah je yea, tgh bizi ni

    ReplyDelete
  10. Ada Allah swt ada segalanya...boleh blog pun rezeki Alhamdulillah dapat baca entri begini pun rezeki syukur.

    ReplyDelete
  11. Betul Azra ....ada kalanya terdetik jeles jugak tgk kemewahan org lain tp yg mcm Azra ckp....pisitif dan bersangka baik ajelah....Percayalah, ada hikmah disebaliknya. Perjalanan hidup dia tak sama dgn kita, ajal dia pun tak sama dgn kita, so berlapang dadalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kita nampak dia mewah.
      masalah dia? susah dia?
      hanya Allah yg tahu kan...
      kita kena berlapang dada... terima seadanya.

      Delete
  12. Good sharing kak :)

    Lain orang lain rezeki yang diperolehi. Kalau tengok rezeki dia lebih, hitung dan ingat rezeki kita pula. Agar lebih bersyukur dengan apa adanya..

    ReplyDelete
  13. betul kak. rezeki masing2 lepas dorang lalui segala ujian dan dugaan dari Allah. tapi tula kadang kita share untuk berkongsi rasa gembira tapi orang lain salah tafsir pulaknya

    ReplyDelete
  14. dpt bernafas ni pun rezeki.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...