Assalamualaikum...salam jumaat semua
Alhamdulillah rezeki anak-anak,minggu ni setiap hari dapat tempahan aiskrim anak soleh mama tu. Cikgu sekolah tempah untuk jualan minggu sains, mulanya tempah 50, lepas tu tambah 100,kemudian tambah lagi 150 batang sehari, pelajar kata sedap, alhamdulillah lega rasanya bila mereka kata sedap,takut jika yang dijual tak sedapkan.
Minggu depan ada lagi sedikit tempahan, syukur dengan rezeki Allah bagi dihujung sya'ban ini. Moga selepas ini akan ada lagi tempahan. Cikgu ini pun cakap selepas raya mungkin nak tempah lagi..syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi ni.
Tempahan untuk hari ini, idea anak soleh adam aryan membuahkan hasil nampaknya, kalau sambutan bagus kena beli peti aiskrimlah nanti,pasaran pun kena diperluaskan lagi, tudiaa mama pun dah panjang cita-cita tu hihi, inshaAllah jika ada rezeki pasti Allah bukakan jalan kan.
Perisa baru yang mama tambah..aiskrim cremo..pasti anak-anak sukakan. Moga rezeki ini berpanjangan inshaAllah dan moga abg adam berjaya dengan idea perniagaannya ini yang mama berikan nama 'Aiskrim Anak Soleh'. Doakan abang adam ye.
Terima kasih sudi singgah dan baca.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Wahhhhh .....mmg kena cari esbok aiskrim tu Azra.... Kalau dah penuh gitu mana tempat nak letak ayam pulak tu hihi...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anak kan sis..yang penting rajin... memang laris ais krim mcm ni skrg... mudah2an berterusan tempahan nti...:)
ReplyDeletealhamdulillah kak... pandai anak2 akak niaga...
ReplyDeletepandai mak nyer bt sekerim tuh...
Alhamdulillah...rezeki anak2 kan Ilah.Akak selalu ingat pesanan seseorang bahawa anak2 ada rezeki masing2.Rezeki anak2 Ilah pada perniagaan nya kan.
ReplyDeleteWAH SEMAKIN BERJAYA BISNIS ADAM N YAN...TAHNIAH.
ReplyDeletetahniah Yan..rezeki anak solleh.dulu2 masa muda2 acik pun raji buat..tapi zaman dulu ta mcam sekarang cuma perisa asam boi..kacang merah kacang hijau durian dengan cempedak je
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSekarang memang laku aiskrim cam ni.. Semoga perniagaan 'Aiskrim Anak Soleh' semakin berkembang.. InsyaAllah.. :-)
Salam kenal..
waa..rezeki tu..alhamdulillah
ReplyDeleteSedapnya aiskrim. Macam-macam ada.
ReplyDeleteWah.. nampak makin berjaya adam sebagai usahawan aiskrim.. thniah.. nampaknya nama adam dah makin terkenal ni..
ReplyDeleteAlhamdullilah. Rezeki akak dan sekeluarga. Dah ada gaya Adam suka berniaga dan cuba sesuatu yang baru. Keep it up! :)
ReplyDeleteWah, makin maju bisnes Abang Adam ni nampaknya! Mamanya yang dah berpandangan jauh ni. Tapi baguslahkan, bagi support pada anak-anak.
ReplyDeletewhoaaaaa... bagus. kecik2 da train carik duet sndr.
ReplyDeletenaseb baby kite baru 6 bulan, kalau tak, dah train jugak dah. hahahahahhahaha
guro2