Thursday 12 May 2016

bookcafe, perpustakaan mini

Assalamualaikum...

Mama nih memang suka membaca, dulu-dulu rajin sangat membeli novel, bila dah kawin pun rajin juga membeli, sampaikan en.azmi pun tahulah minat isteri dia ni, tahu pulak tu penulis novel kesukaan mama, pernahlah pergi kedai buku, siap en.azmi tahulah novel terbaru penulis tersebut... Bila tak tahu nak pilih yang mana, disuruhnya mama beli dua-dua novel tersebut.

Sekarang pun masih minat membaca cuma bahan bacaan pun berubah jugalah ke arah lain, masih juga minat dengan novel tapi tetap beli novel hasil penulis yang sama. malas beli novel yang ada dipasaran sekarang, kebanyakan jalan ceritanya sama..kawin paksa kemudian suka, lelaki pula orang ada-ada...hehehe mungkin ada juga yang lari dari jalan cerita sebegini tapi mama malas pula nak membeli..

Tengok drama tv pun ok sebab adaptasi dari novel juga sekarang ni kan, tapi taklah sempat mama nak tengok kesemuanya..yang memang mama dan en.azmi layan pun 2 cerita saja love you mr.arrogant dan tuan anas mikael...haa yang ni memang mama layan sebab mama rasa seronok menengoknya, pelakon pun zara zya, yang mama rasa lakonannya memang best.

Eh...mama melalut sampai drama tv pulak, sebenarnya nak cerita pasal buku, minat membaca mama tu memang tak pernah habis, sampaikan sekarang cuba tanamkan minat yang sama pada anak-anak. Hasil perkongsian sahabat di Fb, mama pun tak lepaskan peluang untuk membeli buku untuk anak-anak..






Inilah hasilnya buku-buku yang berjaya mama rembat, maklumlah ada sale pulak tu, geram je nak rembat banyak-banyak, tapi memikirkan pasal bajet, mama slowkan jari-jari dari terlebih klik..hehehe dapat jugalah mama rembat 10 buah buku, inshaAllah ada rezeki nak beli lagi nanti.

Seronok dengar adelya membaca, membaca ikut gambar yang terdapat pada buku, "jangan takut bawah katil takde hantu, bawah katil ada lipas" hahaha sebab dalam gambar tunjuk lipas, mainan dan kucing."jangan takut bilik air takde hantu, bilik air ada berus gigi" "jangan takut dekat dapur takde hantu, dekat dapur ada makanan" haaa..gitulah gaya adelya membaca, yang bagusnya dihujungnya tertulis, kita perlu takut pada Allah bukan pada hantu, kerana Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Hasrat hati mama ni, nanti kalau berpindah ke rumah sendiri mama nak buatlah perpustakaan mini di rumah, ada masa terluang ajak anak-anak membaca, tanamkan minat membaca anak-anak dari kecilkan..InshaAllah andai diizinkan jadilah perpustakaan mini tu nanti. Sekarang ni buat bedtime story dengan anak-anak, sebelum tidur bacakan buku, dah lama pun mama buat sebenarnya, anak-anak pun suka.Moga berterusanlah usaha mama ni hendaknya.

Kalau sesiapa nak tengok-tengok buku bolehlah ke laman web bookcafe nih, serius memang best banyak pilihan ada agama, parenting, anak-anak, novel dan banyak lagilah. Tapi sekarang sale dah tamat pun, walaupun dah tamat tapi harga bukunya masih berpatutan...hehehe macam promote lak mama ye, sesuatu yang bagus harus dikongsikan. mama memang suka sebab mama sukakan buku.

Oklah terima kasih sudi singgah dan baca, sampai berjumpa lagi.

Wassalam.

28 comments:

  1. pandainya adelya..
    sama lah kakk saya pon tak sabar kalau blk ddk rumahh sndirii nk buat mini library gak.. hihihi
    rmh skrg bkn x blh buat lebih lebih, kang jenuh nk mengangkut perabot. huhuhu.
    blh dikatakan semua drama skrg adaptasi dripd novel, kan. ad juga yg saya layan.ade juga yg tak.

    tp sy kurang dh baca novel. ,zamaan sklah je suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ciksu, teringin nak ada mini library tp sbb rumah sewa jadi tekdelah letak buku dekat rak je, tapi sayang buku2 berhabuk pula jadinya.

      novel sekarang akak tak berapa layan juga, macam jalan ceritanya sama saja..heheh

      Delete
  2. Bestkan baca buku, masuk ke alam sendiri bila movie diadaptasi ni mesti tertanya-tanya kenapa tak sama dalam buku hehe. Pandai adelya membaca berlandas gambar saja, mesti geram kalau aunty ada sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BP, kadang tak sama dengan novel.

      memang geram juga bila dengar adelya membaca dan bercerita tu, nak tergelak pun ada

      Delete
  3. dari anak2 kecik lah kita kena tanamkan sikap suka membaca ni
    nanti dia org akan sendiri jd minat membaca kan ilah

    akak pun nak pegi tgk website tu lah, kot2 ada yg berkenan
    thankyou share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang nak cuba tanamkan minat membaca anak2 jadi belikan buku yang sesuai untuk anak2, bacaan bergambar yang tidak berat.

      pergilah kak tengok banyak buku best2 tu

      Delete
  4. SUKA TENGOK ANAK YAN SUKA MEMBACA MEWARISI HOBI YAN...ELOK ADA KOLEKSI BUKU2 UTK ANAK2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, harap2 minat membaca mereka ni berterusan

      Delete
  5. Bagus sangat ajar anak-anak membaca. Ayat pertama yang Allah turunkan pun adalah "Bacalah" .. saya pun akan terapkan nilai-nilai ini kepada anak-anak saya. thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak terapkan minat membaca anak2 ni awal lia, bagus untuk mereka jugakan

      Delete
  6. Kalau dari kecik dah didedahkan dgn buku memang akan jadi ulat buku. Kakak nampak pada anak-anak kakak baca buku cerita/novel aduhai memang lekat tapi bila bab buku belajar tu AA sekejap aje dah menguap. Silap pada kakaklah juga sebab dulu dari baby lagi kakak dah hadapkan dgn buku cerita.

    Sampai sekarang anak-anak kakak memang suka novel. Pengsan kalau tengok dlm bilik novel memang berlapis-lapis susunannya dah tak ada tempat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begitulah kak, moga anak2 ni akan minat mebaca.

      bab tidur masa baca buku sekolah tu samalah kak dengan saya ni hahah, anak2 pun mcm tu nampaknya buku cerita rajin nak baca, buku sekolah memang culas sikit nampaknya tu

      Delete
  7. sama minat kita, skrg ni suka karya Ramlee Awang Murshid & Andrea Hirata. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit hihi..membaca boleh hilang stress dibuatnya

      Delete
  8. simple je buku citanya tp bgs utk bdk2 kan kak...

    nnti nk jenguk jgk lah web tuh...
    dana pun suke membaca, tp dana tk minat lak layan novel yg jd drama skrg nih... yg tajuk ngarut2 tuh mmg tak minat hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple je dana, tp berjaya menarik minat anak2 akak ni.

      akak pun sama dana, mengarut je cerita hehehe

      Delete
  9. Akak dgn anak2 perempuan suka je baca novel sejak dulu.Masalah nya anak2 lelaki bukan main payah baca novel walaupun novel sekolah ,biasanya baca sinopsis je.
    Baguslah anak2 ilah suka membaca terutama budak kecik comel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 saya ni harap2 sukalah membaca kak.

      si kecik tu memang semangat kak, pagi2 mama nak pergi keje pun suruh mama baca buku dulu

      Delete
  10. bagusnya kecik2 dah minat membaca.. anak2 saya masih fasa koyakkan buku/kertas lagi.. belikan buku habis lunyai dia kerjakan huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak terapkan minat anak2 pada buku ni imm, moga mereka akan terus berminat untuk membaca hendaknya

      Delete
  11. Bagus asuh anak-anak sejk kecil lagi dengan buku.

    ReplyDelete
  12. for me klu dah baca novel tu sy xkan tgk dah drama tuh....xsuka aih...kita bayang hero dy giler smart tp bila belakon..alahh kacau mood ler...hihi

    btw, bagus klu galak anak2 mmbaca sjk dari awal..

    ReplyDelete
  13. Mak ni kurang suka baca novel Azra tulah pasal mls kalau ke kedai buku, sebab buang masa. Pegi pun sebab anak nak cari buku latihanlah selalunya....

    Weyh mak pun suka dua cite atas tu....sebabnya minat 2 watak utamanya

    ReplyDelete
  14. emak borek anak rintik..baguslah menanam minat menbaca anak2 tahniah

    ReplyDelete
  15. aida da klik dah yan link bookcafe tu.
    ada byk baca entry pasal bookcafe ni.
    lom sempat nak klik.
    keje lately byk giler! blogwalking pun x sempat.

    ReplyDelete
  16. Siqah suka baca novel juga! Seronok baca novel, walaupun kadang-kadang jalan cerita lebih kurang, tapi setiap novel lain input yang kita dapat..

    Siqah pun suka tengok Tuan Anas Mikael. Semestinya sebab pelakon. Hihihi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...