Thursday 4 February 2016

Cerita anak-anak

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari tak update blog, jari jemari mama dah gatal-gatal nak menaip tapi agak sibuk sedikit,hari ni luangkan sedikit masa sebelum bertemu uai sekejap lagi...hehehe UAI fatang ofis...ustaz mung tunggu aku datang.

Minggu ni penuh dengan gelagat anak-anak sajalah, mama dah share kat fb tapi tetap nak share kat sini.


Abang adam balik sekolah bagitahu ada hadiah untuk mama, lukisan atas tu lah hadiahnya, wah sepasu pokok bunga, cantik sangat. Mama tanya " apa yang garis-garis berwarna biru diatas tu?" Abang adam jawab, itu hujan...kalau hujan turun pokok cepat besar.

Dihari yang lain mama iron baju, mereka bertiga seronok bermain dibilik sambil bergelak ketawa, tiba-tiba abang adam bagitahu mama "mama...abang tak nak baby ni(merujuk pada adelya) abang nak baby lain. Kemudian adrien pun menyampuk..

"Aah...Yen pun taknak baby ni garang macam harimau" sambil menunjuk kesan cubitan adelya ditangannya...aduhaiii si bidadari nan seorang ni garang betul dengan abang-abang pantang tersilap sikit abis dicubitnya...tapi macammana mahu ditukar? Tak bolehlah, baby itu bukan mama beli di pasar anak-anak oii..hihihi


Sibuk sangat adelya dengan babynya,siap pakaikan pampers lagi, bila abang nak tolong pegang apalagi...teruslah dimarahnya,dah banyak kali mama bagitahu, adelya kena sayang.. Kena kawan baik-baik dengan abang tapi itulah,kadang-kadang memang tak boleh silaplah.

Masih lagi teringat akan baby imran,sampai menyanyi-nyanyi nama baby imran, semalam tak pasal-pasal adelya cakap "mama yang nak baby imran" "aah yen pun nak baby imran, yen taknak baby ya" huhuhu...mana boleh yeyen, yaya tu kan adik yeyen, lagipun cik ijah takkan nak baginya baby imran tu hehehe...

Macam-macam kerenah anak-anak,ada-ada saja gelagat mereka setiap hari, ada yang mencuit hati dan ada yang membarakan hati mama...hahaha adoiii macam-macam

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. Abang-abang kalau tak nak baby yg ada kat rumah situ meh sini bagi kat auntie sini. Tak cukup dua tangan ni bilik auntie satu khas buat adelya:)

    ReplyDelete
  2. hehehehe comei patung tu pakai pampes

    ReplyDelete
  3. adelya n abang2nya dh sibuk nk adik baru tu yan heh..heh..

    ReplyDelete
  4. ya nape garang sangat..huhu.

    agak2 nya kalau cik yan real nampak gelagat kamu bertiga..pasti geram n tak kering gusi..

    ReplyDelete
  5. Wah pandai Adam melukus yer...Siap ada bunga yg dah nak tumbang hihi...Kuat betul imaginasi dia Azra...
    Hihi...gitulah gelagat anak anak kan, kejap gaduh, kejap baik..

    ReplyDelete
  6. pandai adam
    adelya adelya.m tergelak ciksu nengok hikhiks..

    ReplyDelete
  7. Pandai abg adam lukis. Time gaduh xmo la. Cuba time baik. Jauh2. Terus jadi rindu satu sama lain hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...