Friday 12 February 2016

Permainan baru

Assalamualaikum...

Balik dari kerja semalam,tengok ada bungkusan..lama mama tak dapat bungkusan dari sini, ingatkan bila anak-anak dah besar tak dapat lagi dah. Ini mama jadi ahli masa lepas lahir abang adam dululah, tak sangka dapat lagi gift dari enfagrow.


Tangram puzzle, menarik juga dapat bersama flash card sekali,jadi anak-anak bolehlah bermain susun-susun mengikut gambar yang disediakan,terdapat 10 gambar kesemuanya.


Budak yang semangat terlebih bila dapat permainan baru. Bangun tidur terus nak bermain, kebetulan pula mama bercuti hari ini, mereka pun tidak ke taska lah, cuma anang adam sahaja bersekolah agama pagi ini.

Mama bercuti kecemasan hari ini kerana anak dara seorang itu demam pula, semalam mama tinggalkan juga di taska tapi hari ini tak sampai hati pula nak meninggalkannya. Malam tadi tak boleh tidur asyik meragam sahaja. Pukul 7 baru lelap tidur, memang tak sampai hati nak kejut,mama buat keputusan EL sahajalah. Inipun masih tidur lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

14 comments:

  1. Yelah... sebaiknya cutilah AA dpt full attention. Kesian kalau dihantar bawah jagaan org walaupun baik dan ok tak sama mama sendiri.

    ReplyDelete
  2. Anak demam, kalau kerja pun mesti tak leh fokus sebab teringatkan anak kan..

    ReplyDelete
  3. SALAM JUMAAT YA..MOGA ANAK DARA KECIL SEGERA SEMBUH DEMAMNYA...

    ReplyDelete
  4. waaaaa aiyan pun ada dpt aritu... ada jgk msk dlm blog psl menan nih...
    mcm2 bentuk tgk aiyan buat...

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada permainan yg boleh menjana idea kreatif...dan mainan ni jugak boleh ajar kita berfikir dari sudut yang berbeza...menariknya!

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sihat AA.
    Mama pun tk cukup tidur bila.Anak x sihat

    ReplyDelete
  7. happy weeknd Azra
    best nya dpt bungkusan hadiah
    anak2 memang suka ni Tangram puzzle

    ReplyDelete
  8. Rezeki tu namanya....Permainan yg menjana minda jugak....
    Budak budak biasalah....demam, pas tu mak dia kena EL...teringat masa mak kerja dulu

    ReplyDelete
  9. nk tak nak mmg kena el kan..
    kepuasan dpr jag sendirii puas hti bila aank x sihat..
    semoga dipermudahkan..

    best nya dpt gift mcm ni..
    sy skrg tgh survey susu untk rania

    ReplyDelete
  10. sgt menarik..n bgus untuk ank bfikir ni

    ReplyDelete
  11. Sonok dorg dpt menan baru. Bila ank demam mmg xmampu rasa nk kerja kan. Kira pun cuti tahun lepas habis awal pasal dok el anak xsihat la. Klu x el x smpi hati nk biar ank dkt pengasuh. Xtentu arah rasa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...