Tuesday 9 February 2016

Kita tak pernah sendiri

Assalamualaikum...

Jangan pernah merasa kamu sendiri
Meskipun orang sekeliling tak pernah mendengar suaramu
Jangan pernah merasa kecewa
Jika orang sekeliling tak pernah merasai kewujudanmu

Ingatlah...
Allah sentiasa ada untuk mendengar suaramu
Berdoalah...mintalah apa yang kau inginkan
Ingatlah...
Allah tahu akan kewujudanmu
Kerana Dialah yang menciptakanmu

Jangan pernah merasakan diri keseorangan
Kerana Allah sangat dekat padamu
Jangan jemu meminta padaNya...

Mintalah pada Allah dengan jalan sabar,solat doa dan tawakal
Dia pasti akan beri apa yang terbaik buatmu

Jika merasakan ujian sebesar kapal
Ingatlah...rahmat Allah seluas lautan




Ingatlah...
Dengan mengingati Allah,
Hati akan menjadi tenang

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. Allah mendengar walau suara hati kita...

    ReplyDelete
  2. Walau dimana pun kita berada Allah sentiasa bersama kita
    Tak rugi sentiasa mendekatkan diri padaNya

    ReplyDelete
  3. itulah yg selalu saya ingatkan pada diri yang masih bujang dikala umur yang dah terlebih dewasa ... heheheee

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg sngt baik Azra, Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita dan selalu bersama hamba nya

    ReplyDelete
  5. Good sharing AA, inshaAllah diberi oleh Nya yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. batul tu.. bila dilanda kesedihan/kesusahan..
    sujud padaNya...

    ReplyDelete
  7. Moga Allah makbulkan segala doa akak. Dan gantikan kesedihan akak dgn kegembiraan yang melimpah ruah aminnnn :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...