Friday 19 February 2016

dapat juga apa yang dihajati

Assalamualaikum...

sudah lama anak-anak inginkan benda ini, dari hari lahir mereka lagi bulan disember hari tu, tapi biasalah, nak membelinya kena ada cukup kewangan dan perlu dahulukan apa yang penting.mujur anak-anak ini jenis memahami juga.

Semalam dapatlah apa yang diingini tu, tersenyum lebar adrien melihat mama bawa sekotak besar barang, barang tu en.azmi yang beli bukan mama, tapi diposkan ke ofis mama...hehehe. Bila tengok isi di dalam gembiralah adrien dan adelya, abang adam belum pulang dari sekolah.jadinya mereka berdua sahaja yang mencuba.

Tak sabar betul nak mencuba, teruslah minta mama dan papa pakaikan, en.azmi cakap pada adrien "belajar sampai pandai,kalau tidak papa pulangkan balik" adoiilah papa pun, namun adrien memang bersemangat rupanya, petang semalam adrien mencuba sedaya upaya, akhirnya boleh adrien berdiri dan mengimbang badannya.


Seronok anak-anak membuka bungkusan, inilah yang mereka mahukan sejak hari lahir mereka tahun lepas,yang murah je mampu dibeli, oklah asalkan boleh digunapakai.


Adrien sangat gembira, berusaha untuk mengimbangi badan dan akhirnya berjaya. Seronok mama tengok anak-anak gembira.


Adelya pun bersemangat juga nak berroller blade,walaupun sebenarnya papa beli 2 pasang je untuk abang adam dan adrien,tapi adelya dah cakap pink tu dia punya, nampaknya papa kena beli sepasang lagilah untuk abang adam.

Berlatih sungguh-sungguh ye anak-anak mama sampai pandai main roller blade tu hihihi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

17 comments:

  1. SALAM JUMAAT YAN...ANAK2 NI KALAU MRK MINAT DGN SESUATU CPT JER MRK BELAJAR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat PI, betul tu semangat anak-anak ni

      Delete
  2. Boleh pulak rollerblade tu matching dgn baju masing-masing
    Cute aje kakak tengok.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... kalau utk anak2 insyallah msti ada rezeki utk dpt kan...

    bgs jgk diaorg paham... tak lah hari tu nk hari tu jgk dapat...
    lps nih seronok lah bila masing2 dh pandai main kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah dana...mujur anak2 faham, nak membeli pun kena tunggu ada bajet juga hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah..kegembiraan anak2 inspirasi ibu ayah...selamat berrollerblade ya sayang2 semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..alhamdulillah syukur dapat lihat kegembiraan anak2

      Delete
  5. Cepat pandai si abang tu mengimbang badan menggunakan rollerblade tu..
    Goog job abang .. tumb up..
    Anuti bagi 5 bintang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bersemangat abang adrien tu, berjaya juga akhirnya

      Delete
  6. apa yang lebih menggembirakan kita apabila dapat memberikan kebahagiaan kpd anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hanah..inilah saat yang membahagiakan

      Delete
  7. Wow. Best nyer.
    anak2 dara aida x dibelikan lg.
    suh diorang pandai dulu :-)

    ReplyDelete
  8. anak2 ni asalkan dpt apa yg depa suka..asal dpt walaupun lambat kan..ajar sikit sifat sabar.hehe..

    rajin2 berlatih..moga cepat pandai ye anak2.hehe

    ReplyDelete
  9. Roller blade ni mmg jadi kegilaan budak budak termasuklah mak satu masa dulu. Tapi zaman mak roller dia mcm tayar kereta.
    Tak ingat pulak camne mak boleh ada
    Budak lelaki, mmg sekejap jerlah dapat imbang badan

    ReplyDelete
  10. amboiii iye2 je dua beradik nie...
    berapa yer?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...