Monday 15 February 2016

Allah menguji kita

Assalamualaikum...

Allah sedang menguji kita...inshaAllah moga kita tabah


Bidadari mama yang masih tak mahu senyum, masih tak bermaya, tidak mahu makan, mujur juga rajin minum air masak. Hari ni mama terpaksa tinggalkan di taska, sedih juga tapi mama tak boleh nak EL berhari-hari.

Moga anak mama ni cepat sembuh, dah beberapa hari mama tak dengar mulut kecil bidadari nih membebel, sunyi rumah..tambahan pula abang adam pun sudah berjangkit, tak apalah sama-sama kita lalui fasa ini ya.

Macam-macam yang berlaku akhir-akhir ini yang menuntut kesabaran, adakalanya menyentap tangkai hati, Ya Allah..Ya Rabbi.. Moga dikuatkan hati, dilapangkan dada menerima semuanya... Redhalah mama...terima semuanya ujian dari Allah.

Kadang senang mulut berkata,tapi hati payah menerima..masa tak mampu mengubat luka, namun sedikit demi sedikit basuhlah duka dan luka, walau dengan airmata,biarlah hanya hati berbicara,mulut terkunci tanpa bicara, bimbang luka semakin ketara...

Berlapang dadalah mama...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. moga anak2 yg demam segera sembuh sediakala.sabar ye yan...

    ReplyDelete
  2. Moga AA tabah hadapi ujian ...hadapi anak sakit juga memang merisaukan hati ibu...moga si kecil AA akan cepat sembuh menceriakan semula suasana.

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh anak-anak AA, kesian aunty tengok tak bermaya, berbanyak berdoa kan kita sebagai ibu.

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh ye sayang..:)

    ReplyDelete
  5. assalam kakak
    smoga dipermudahkan semuaya..
    cepat baik ye anak2.. mama dh risau

    ReplyDelete
  6. bersabar ye..
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. moga cpt sembuh tuk bidadari kecik akak n abang2nya...

    ReplyDelete
  8. mmg sedih sgt bila ank x sht...
    kak fasya pon dmm truk time CNY baru2 ni..susah hati sgt..alhamdulillah skarang dh sembuh...

    moga bidadari akak ni diberikan kesembuhan jugak..in shaa Allah

    ReplyDelete
  9. Moga akak kuat kuat dan terus kuat. Mendoakan yg baik2 utk akak sekeluarga. Ganjaran untuk orang2 yg bersabar :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...