Assalamualaikum...
Bila bercakap pasal rumah ni semua orang mesti ada impian untuk memiliki rumah sendiri, rumah yang luas dan selesa, tapi tak semua orang mampu untuk memilikinya kan, tak salah untuk berimpian dan bercita-citakan,mungkin satu hari akan ada rezeki dari Allah buat kita.
Baru-baru ni ramai kawan post dekat FB kata jangan beli rumah dulu, tunggu dalam 2 tahun lagi harga rumah akan jatuh, betul ke? sebab mama ni bukan pakar ekonomi, nak baca berita pasal ekonomi pun jauh sekali jadi mama tak tahu sejauhmanakah kebenarannya. tapi kalau harga jatuh pun takkanlah bawah 200k kan..untuk rumah double storey atau single storey dekat shah alam ni.
ada pulak yang kata untuk rumah pertama beli rumah yang bawah 200k, tapi sekarang ni ada lagi ke rumah macam tu? mungkinlah ada kan, tapi dekat tempat mama ni rata-rata harga rumah dah mencecah 200k ke atas, dan katanya belilah rumah pertama yang biasa-biasa dahulu, tak perlu nak bayar bulanan yang mahal..bagi orang yang macam mama ni, rumah pertama tu mungkin rumah terakhirlah jadi kenalah beli yang betul-betul puashati, puashati tu maksudnya puashati untuk diri sendiri la..huhuhu sebab tak mungkin ada lagi rumah yang kedua, namun rezeki tu Allah yang bagikan kalau satu hari nanti ada rezeki pasti ada jugakan..
Alhamdulillah...rezeki mama papa dan anak-anak, pembelian rumah pertama kami telah lulus di bahagian pinjaman,semua dokumen juga sudah settle, kata pemaju cf pun akan dapat dalam waktu terdekat, mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan dapatlah kami masuk ke rumah baru.. syukur sangat, eksaited mama rasa nak mendeco-deco rumah sendiri..wahhh gitu.. tapi ada sesuatu yang belum selesai yang buat mama risau hihihi biasalah mama ni kan,suka fikir bukan-bukan.
InshaAllah...inilah bakal "rumahku syurgaku" buat mamapapa dan anak-anak. Moga dimudahkan segala urusan kami untuk masuk ke rumah baru, rumah yang sederhana tapi cukuplah buat kami untuk tinggal didalamnya.
Pemilihan rumah ini juga dipertimbangkan dalam beberapa faktor walaupun jaraknya agak jauh dari tempat kerja mama tapi apa boleh buat ini saja rumah yang lepas dengan loan mama,rumah yang dekat hanya mampu dipandang saja tak mampu dimiliki...ibarat menanti bulan jatuh ke riba la hihihi
Tak mungkin terjadi.
Rumah ini dpilih kerana jalannya akan melalui taska yang mama hantar anak-anak sekarang,mama tak mahu bertukar ke taska yang lain sebab mama sangat berpuashati dengan taska sekarang,abang adam juga akan trànsit ditaska yang sama tahun depan.
Banyak pula celoteh mama ni...lainkali mama membebel lagi
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam..
Apapun inilah rumah yang pasti kita miliki.... Moga rumah kita yang ini menjadi salah satu daripada taman-taman syurga...
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
asalamualaikum..alhamdulilah aa dah dapat rumah sendiri..tahniah...besar juga ruang kereta tu..taman baru ke... :-))
ReplyDeleteWaalakumussalam yan..alhamdulillah rezeki dr Allah,ye yan agak besar juga..aah taman baru ni
Deletealhamdulillah . kalau fikir harga , memang nak pengsan . lbh baik beli tanah dan bina rumah lagi jimat dan tak berhutang . tapi kat bandar mana ada tanah murah kecuali kat kg ...
ReplyDeletebetul tu...kat sini mana nak dapat tanah murah,pastu dah beli tanah kos nak buat rumah pula
Deletealhamdulillah.... tang gambo bwh tu huhuhu yelah rumah last tuh mmg wajib di miliki... tak nk pun kene milik jgk
ReplyDeletebetul tu dana, nak tak nak kena miliki juga tu
DeleteSaya setuju dan kita sama... rumah yang pertama beli itu.. mungkin itulah saja yang ada hingga ke akhirnya.
ReplyDeleteHarga 200K mungkin ada... tapi jauh dari pusat bandar... kawasan-kawasan baru yang tak banyak kemudahan...
ye sweetie...yang pertma itu mungkin yang terakhir sebab nak beli yang lain mungkin dah tak berkemampuan..
Deleteitu la yang murah sedikit, jauh pulak
kite pon tak ada rumah lg..baru mencari..ni rumah area mana?
ReplyDeleteinshaAllah...tak lama lagi ada la rezeki untuk ana punya rumah sendiri..rumah akak area jalan kebun
DeleteAlhamdulillah sis...rezeki dapat beli rumah sendiri...pastinya akan menjadi rumah ku syurgaku..insyaAllah... nti boleh share cara deko rumah plak ya sis...hihi
ReplyDeletekalau di ikutkan rumah kat Sabah ni sis lagi mahal mencecah 300K++.. mahu tak mahu kena juga beli ... Alhamdulillah kmi pun baru selesai urusan pembelian rumah... :)
Alhamdulilah atie...tak sabar nak masuk rumah sendiri hehehe...
DeleteinshaAllah...kalau ada rezeki bolehlah akak share deco2 rumah pulak...tapi akak ni takde lah pandai nak mendeco-deco
Alhamdulillah.. impian k.lah memiliki rumah sendiri telah tercapai.. betul tu, bila beli, biar yg puas hati.. tak tau dpt beli lg ke x.. kat kg pun da mahal.. kene cari kat kg org kot.. huhu..
ReplyDeleteAda ira baca kat fb, katanya beli rumah bila kita rasa kita mampu.. bkn tggu hrga rumah turun dan sbgnya.. biasanya rezeki nk beli rumah tu dtg bila tiba masanya.. dan segalanya dipermudahkan Allah..
Alhamdulillah rezeki kami anak-beranak...rezeki Allah datang pada waktu yang tepat, Dia tahu bila sepatutnya rezeki rumah diberi pada kami kan...kalau ikutkan dah lama boleh beli rumah, dulu harga pun murah lagi, tapi itulah kan belum ada rezeki waktu tu..
DeleteInshaAllah...mampu ke tak kena juga beli rumah, sebab dah tak larat nak menyewa hehehe
tahniah !
ReplyDeleteyg penting rumah kita.
kecik besar bukan ukuran.
betul tu kak, nk tunggu harg rumah turun, ambil masa terlalu lama, tp bila dh tiba rezeki kita nk beli rumah , semuanya dipermudahkan, tak payah tunggu harga rumah turun, kan..
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan..
seronok dpt ddk rmh sndiri.blh deko deko. ikut citarsa anak beranak..
hurmmm kira pun ingt nak buat hati kering la kak beli rumah. sebab makin meningkat umur lagi banyak kita kena bayar kan
ReplyDelete