Tuesday 6 October 2015

demam, selsema, batuk dan muntah-muntah

Asslamualaikum....

kesian tengok anak-anak mama..bermula dari adrien demam batuk dan muntah, kemudian pass baton pada adelya, sekarang abang adam, dan malam tadi adelya kembali demam, batuk dan muntah-muntah kesian mama menengoknya.

Dalam pada demam batuk tu, masih tetap aktif bermain dan bergaduh dengan abang-abang... semalam lepas isyak mama turun bawah tengok adelya tiada, sekali dengar suara "mama yaya dekat sini"  oohhh...minum susu sambil silang kaki dekat dalam khemah dia rupanya.

Bila anak-anak demam, selain dari berikan ubat yang doktor bekalkan, apa yang mama buat ialah mama akan selalu mandikan anak-anak ataupun basahkan badan dan kepala anak-anak, pakaikan seluar sahaja tidak perlu berbaju, malam tadi adelya tidur hanya pakai pampers sahaja, biar wap panas itu cepat keluar...Alhamdulillah dengan izin Allah cara itu berkesan, tetapi tidaklah sehari terus baik, 2-3 hari baru sembuh dengan elok.

Untuk batuk mama bakar bawang putih kemudian mama pecahkan sedikit dan dicampur dengan minyak masak, kemudian mama sapu didada dan dibelakang badan anak-anak.

Selain itu, mama berikan juga madu, kata doktor seeloknya madu diberi malam sebelum tidur, madu itu jangan dimakan begitu saja seeloknya dicampur bersama air suam, sudu pula gunakan sudu plastik. adrien dan adelya agak susah untuk minum air suam yang dicampur madu begitu, jadi campurkan sahaja madu didalam bancuhan susu mereka, susu pun jadi lebih sedapkan.

Kita hanya mencubakan Allah jua yang menentukan, bukan apa mama kena mencuba sebab kesian tengok malam-malam anak-anak tak boleh tidur sebab batuk,kemudian muntah-muntah pula.

Mungkin keadaan cuaca sekarang yang mengganggu kesihatan, tapi ye lah sakit itupun dari Allah, jerebu dan cuaca itu penyebabnya sahajakan. InshaAllah pasti semuanya akan kembali seperti biasa. Perancangan mama untuk hujung minggu inipun terbatal, moga kesihatan anak-anak bertambah baik sebab minggu depan ada perancangan lain untuk anak-anak.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


9 comments:

  1. ciannya budak2 tu...jerebu memang menganggu kesihatan kan..lebih2 lagi kanak2

    ReplyDelete
  2. Moga cepat baik ya..sian la bila ank2 kecil selsema batuk, muntah2 dan demam sekali. Kat rumah kami pulak naim yg dh selsema..dia tdo kuat sangat bunyi selsema tu.. nati nak try petua bakar bawang putih ni la.. harap2 menjadi utk naim..

    ReplyDelete
  3. moga anak2 cepat sembuh ya sis...
    risau bila mereka tak sihat...anak sy pun dah start batuk2..mgkn juga sebab jerebu....

    ReplyDelete
  4. mungkin sebab jerebu ni kan..semoga anak-anak sis cepat sihat..

    ReplyDelete
  5. sbb jerebu nih mmg blh sebabkan batuk selsema n dmm nih... bkn bdk2 org tua pun blh kene jgk...
    tgk lah dana nih sampai skrg sore tak elok2 lg dek kerana jerebu... dok batuk je

    moga cpt sihat hero2 n heroin tu yek... mmg bagus amalkan bg madu kt budak2 nih... aiyan pun tiap pagi bg dia minum madu+ air suam...

    ReplyDelete
  6. Semoga ank2 k.lah cepat sihat..
    Alhamdulillah, aimy da baik demam, batuk je masih xkurang..

    ReplyDelete
  7. memang kesian tengok anak2 ni tak sihat. dengan kita sekali boleh menitik air matakan kak huuu. sama la. kira pun buat cara sama akak jugak

    ReplyDelete
  8. mmg kesian kan dgn anak anaak bila begini
    dgn cuaca skrg lg.
    harap semuanya sihat sihat hendakNya

    ReplyDelete
  9. kami anak beranak pun baru aje baik
    saya pun beberapa hari tak berkerja
    cuaca ni mungkin antara faktor
    camne bebudak sekarang, sihat dah ke kak?

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...