Friday 16 October 2015

mood nak berfamily fun day

Assalamualaikum...

sekejap je dah jumaatkan...esok lusa mama nak berfamily fun day bersama rakan-rakan ofis. anak-anak mama pun tak sabar-sabar nak pergi bercuti tu, biaslah anak-anak kalau nak pergi berjalankan, bukan anak-anak je mak anak ni pun sama haaa....teruja tak abis-abis

Ke manakah kita esok? ke melaka je kita hehehe...duduk kat mana tu nanti mama cerita ye.

Siapa sini suka lipat kain angkat tangan gimmi five...ecehhh..tetiba cakap pasal lipat kain pulak mama nih hahaha...ye lah kalau nak bercuti nak packing baju tentu kita nak cari baju dalam almari dan bila kita nak cari baju yang nak dibawa tu, mesti kita nak mudahkan kalau bersepah susah juga nak memilih baju kan...

mama sangat suka melipat dan mengemas baju dalam almari...wahhh gitu macamkan rajin sangat, tapi satu kepuasan bagi mama bila tengok almari kemas, walaupun selepas mama kemas tu baju-baju akan berselerak kembali bila anak-anak mula mengambil baju...mereka main ambil je baju yang mereka nak tu kan, xpelah nak...ambillah nanti mama kemas balik...



Buat masa sekarang kongsilah almari abang adam dan adrien, tu yang kanan tu mama letak sebelah-sebelah supaya senang, itu baju adrien untuk ke taska untuk minggu ni kita ambil yang sebelah kanan, minggu depan sebelah kiri, mama buat macam tu supaya tidak guna baju yang sama untuk minggu yang sama...cehhh mama itu pun nak berkira, baju taska je pun..hahaha

Ruangan sebelah kiri baju untuk dipakai jalan-jalan atau dipakai hujung minggu, ye lah anak-anak bujang mama sejak dah besar ni, kalau hujung minggu tak mahu pakai baju pergi taska, nak pakai baju jalan-jalan walaupun hanya duduk kat rumah je sabtu dan ahad...hai la dah besarkan pandai je nak pilih baju sendiri untuk dipakai.

Stokin atas tu, stokin turun temurun...dari abang adam, adrien membawa ke adelya, stokin tu mama pakaikan masa anak-anak kecil dulu, mama tak pakaikan sangat anak-anak dengan baby booties  tu, mama lebih banyak pakaikan anak-anak dengan stokin ni,sekarang tak pakai lagi dah, tapi macam sayang je tengok stokin tu comey-comey, mungkin boleh diberi pada sesiapa nanti...hehehe tapi stokin ada ke yang mahu?

ok lah...hai mama ni pasal melipat dan menyusun baju pun nak ceritaka...bertabahlah membacanya ye...ini namanya takde modal tapi nak bercerita juga....hahaha, siap snap pic pulak tu...hai mama siapalah ni...ini kalau buah hati mama baca ni,mau kena perli 4hari 4malam nih...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Doakan mama,keluarga dan kawan-kawan selamat pergi dan kembali ye..

Wassalam

7 comments:

  1. Asalamualaikum..cantik wall...

    Salam jumaa

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti..
    Ala.. ira x rajin lipat lain.. haha.. xleh nk give me five..
    K.lah mmg rajin lipat kain, tgk hasil lipatan la.. mcm kat pasaraya.. :)

    ReplyDelete
  3. syoknyaaaaaa nak pergi bercuti. moga selamat semuanya ye kak. akak sama dgn kira. kira ni melipat dengan susun baju ada cara kira. sebab nak nampak kemas dan senang nak ambik guna nanti. selalu kalau suami yang tolong lipat baju TERPAKSA buat-buat tak nampak simpan terus dalam almari. nanti kalau kita bukak lipat balik takut ada yang terasa hati takmau tolong dah. lagi naya huuuuu

    ReplyDelete
  4. kemas cntik terletak
    bab pakai baju ikut minggu sama mcm saya.
    hihi. suka susun macam tu. bru x ulang pakaii bju yg sama kan

    tp simpan dlm storage box j sbb sng nk pindah nti. terus angkat j beli lemari nk kena buka pasang pulak

    ReplyDelete
  5. seronoknya pergi bercuti!

    saya bab melipat kain cukup tak rajin
    tapi terpaksa juga buat...hehe
    kemas nampak lipatan akak...nak buat part time dengan saya tak? hehe

    ReplyDelete
  6. aida x minat la lipat baju :( hu hu hu...
    tapi kalau da lipat, bab kemas masuk almari tu rajin.

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Kat office ni dah lama tak der family day.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...