Tuesday 6 October 2015

Bercerai susu

Assalamualaikum....


entri kali ini adalah rentetan dari entri percubaan ini

macammana berjaya tak mama agak-agaknya ? hehehe... oh ya sebelum mama memutuskan untuk mencuba bercerai susu dengan adelya menggunakan cara itu, setiap hari mama bercakap dengan adelya "adelya dah besar, nanti kena minum susu botol je tau" adelya mengangguk je seolah-olah faham. tapi faham ke ? hehehe

Biasalah anakkan, memang dia faham tapi tetap nak menyusu dengan mama juga.Disamping bercakap dengan adelya, mama juga memohon pada Allah agar dimudahkan urusan untuk bercerai susu dengan adelya ni. Ye lah kebergantungan kita hanya pada Allah, Dia yang menentukan segala- galanya, Dia yang lebih tahu setakat mana rezeki adelya dapat menyusu dengan mama.

Waktu siang memang adelya tak menyusu dengan mama lagi.memang sudah terbiasa sebab ditaska pun adelya menyusu menggunakan botolkan, Pada waktu malam sebelum tidur adelya akan minta susu botol, tetapi bila terjaga tengah malam adelya nak menyusu dengan mama juga, pada hari pertama mama cuba tu, ok je...hari-hari yang berikutnya kadang ok kadang tidak, baru nak menyesuaikan dirikan, mama pun tidaklah memaksa, mama beri juga susu badan pada adelya.

Alhamdulillah...rezeki adelya sehingga hari ini susu masih banyak, hari pertama cuba untuk bercerai susu dulu, mama alami bengkak susu dan terpaksa pam, memandangkan pam dah tiada sebab rosak mama gunakan teknik marmet, alhamdulillah..hasil menggunakan teknik itu dapatlah sebanyak 5oz susu dan mama simpan dalam peti, bila adelya buka peti nampak susu yang mama simpan terus adelya cakap "mama ni susu yaya".

Mama sekadar mencuba, Allah jua yang menentukan sama ada berjaya atau tidak usaha mama itu kan. Moga urusan ini dipermudahkan. setakat ini masih ada rezeki buat adelya. Malam-malam walau tak menyusu badan tidur nak mama peluk juga, dulu taknak mama peluk masa tidur, sekarang ni mesti nak mama peluk dia jugak, tengok muka anak tidur rasa sayu je hati..cepat betul anak-anak ini. membesar.

takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,

datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.
hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


bila tengok lirik lagu ni terasa sangat-sangat menyentuh hati mama...moga anak-anak mama senantiasa dibawah lindungan Allah swt.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam

8 comments:

  1. Sayu jer lagu tu sis...
    nak cerai susu pun, kadang kita sbg ibu yg sedih...huhu.. moga2 berjaya ye sis..

    ReplyDelete
  2. Smga berjaya k.lah..
    Mmg sedih nk bercerai susu dgn ank ni..
    Bila susu badan hubungan dgn ank sgt rapat.. dia pun rindu kdg2 nk susu bdn..
    Alhamdulillah.. bnyk lg susu.. rezeki tu..
    Mudah2an yaya dpt sesuaikn diri dgn mudah.

    ReplyDelete
  3. moga di permudahkan ....

    takmo bg kesian, nk bg tp kita nk ceraikan lak...
    tp insyallah dh ckp kt dia ari2 kan... msti dia paham... bdk bijak kan dia

    ReplyDelete
  4. Moga berjaya ya kak. Saya dan nazif hari tu memang payah sangat. Akhirnya bg dia rasa getah bakawali. Sebelum tu banyak cara cuba tapi semuanya tak berkesan.. kita kena kuat semangat di fasa ni..

    ReplyDelete
  5. kira tak bagi langsung dah. pertama sebab tau susu dah memang kering. ritu masa pam dapat 1oz je. bila dia isap tu sakit sgt. kita boleh besa anak isap kosong atau takkan. dia pun nampak tak puas menyusu. memang sakit sangat kat nipple tu. sakit masa luka kena gigit dlu boleh tahan lagi. sakit yg ni xboleh tahan dah wuuuuu. ada jugak dia mintak. memang tak sampai hati tapi tetap hati kering je huuuu.

    ReplyDelete
  6. smga dipermudahkan
    next year saya pula smga dipermudahkan hendaknya
    aamiin

    ReplyDelete
  7. moga dipermudahkan ye kak
    kadang tengok budak...ada budak senang aje
    ada budak susah camne anak buah saya...baru aje dapat baby
    dia masih nak menyusu...adik menyusu sebelah, dia menyusu sebelah lagi
    kesian nampak mak dia...susu sampai kurang

    saya tiap kali dengar lagu arjuna beta tu pun rasa sedih sangat
    teringat kat anak-anak

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...