Tuesday 23 June 2015

shopping dan melayan anak-anak

Assalamualaikum....

Banyak sangat mama menuliskan,kalau boleh hari-hari mama nak tulis,ada je keletah atau gelagat anak-anak mesti mama nak snap pic dan abadikan dekat sini kan... memang kalau boleh setiap apa yang anak-anak buat mama nak abadikan di sini, mama pernah menulis dahulu bacalah sayang... sebab itu selagi boleh mama akan menulis tentang anak-anak mama

Minggu lepas...bawa anak-anak keluar,misinya hendak mencari baju melayu papa dan anak-anak, kami tuju ke aeon bukit tinggi je,dekat dengan rumahkan,keluar pagi-pagi, orang tak ramai lagi,tapi dengan hero berdua tu memang agak susah juga nak kawal,asyik nak menghilangkan diri je, sudahnya  mama ambil troli letak tiga-tiga dalam troli,baru senang nak berlenggang kangkung hehehe sebab papa yang tolak trolli, ye lah anak dara memang tak bagi mama tolak troli,mama pegang troli je dah marah, papa je boleh tolak troli tu hehehe senanglah mama.

nak mencari baju melayu ni satu hal memang kena pusing keliling,lepas tu kena cari yang menepati selera papa dan yang paling penting saiz untuk kesemua hero mesti ada, jumpalah satu kedai, papa dah berkenan dengan kainnya yang lembut dan sejuk...syarat untuk membeli, saiz untuk semua mesti ada, nak baju melayu johor sahaja,teluk belanga tak mahu... hehehe,alhamdulillah jumpa,tapi ada dua pilihan warna,papa memang dah tetap nak pakai pink tahun ni,tetiba abang adam berkenan warna biru, terpaksalah memujuk abang adam,sebab mama dan adelya dah buat baju pink, nak tukar biru membazir pulakkan..jadi pilih juga warna pink,walaupun pinknya berbeza dengan mama dan adelya, tak kisahlah janji pink, susah juga nak cari warna yang betul-betul samakan...hehehe

legalah semua dah settle...beli baju melayu je,t-shirt dan jeans pakai je yang mana ada, lagipun masih banyak baju yang baru,mama pun..baju kerja banyak yang masih cantik dan ok,orang kampung tak tengok lagi, jadi pakai sahaja yang mana masih nampak cantik tu hehehe...cantik pada mama lah ye


 selepas selesai membeli tak sempat nak belah..anak-anak meminta untuk bermain di sini, ok le moh kita main seround dua hehehe..semangat sangat nak masuk dalam ikan nih,tetiba ikan tu bergerak dah memasing pucat lesi,abang adam yang berani pun jadi tak berani,kenapa ntah..mungkin betul betul menakutkan tu, adrien lagilah, siap gigit jari, lepas tu muka dah cuak,minta mama angkat turun heheh



ok yang ini adrien naik,abang adam bawa, itupun muka adrien nampak cuak juga...hehehe gambar masa gembira memulas stereng itu adalah lakonan semata-mata mini bus itu tidak bergerak pun hehehe, adrien takut bila benda-benda itu bergerak, jadinya senang je lah, bagi je naik semua tanpa perlu membayar hahaha, jimat duit...

selesai semua...anak-anak pun dah berpuas hati, marilah kita pulang.

Pesanan buat anak-anak mama :

Hiduplah dengan cara kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tidak perlu melihat orang yang diatas,kerana takut kita juga ingin merasa lebih,tetapi kita tidak mampu, jadi lihatlah orang yang dibawah kerana itu lebih membuatkan kita berfikir dan bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang.

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

10 comments:

  1. yan tahun nie warna biru :-))

    jadi seperti padi semakin berisi semakin tunduk

    ReplyDelete
  2. lega da settle baju raya awal2..
    kitaorg belum lagi.. huhu..

    ReplyDelete
  3. wow dah shoping raya... senang kan :)

    ReplyDelete
  4. alhamduillah bila dh shopping .lega kan
    tema pink ye akak..
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan kak..
    wahh lega lah kak baju melayu dah jumpa.. kita pun pink thn ni..hehe..
    suka depa main ikan tu ya.. :)

    ReplyDelete
  6. akak tak der lagi bershopping.. entahler takder rasa nak berayaker apa tahler.. buat tak kisahjer.. teruk betoiler.. kiranya last minuteler der derler kalau tak der nasibler... gamble tahap gaban akakni gamaknyer tahunni...
    untungler dia dah habis shopping... serba pinkler tahunni yerk... cantik nanti gambar raya..
    baguihnyer dia takut nak naik benda gerak2tu.. tak payah keluarkan duit..

    ReplyDelete
  7. kami purple biji kundang hihihihi

    myb sebab benda tu bergoncang kuat sgt kot. uwais pun kalau yang kuat gerak nya atas bawah tu dia takmau. hihihihi. tapi tula selalu memang tak masuk duit. dia duduk pusing2 stereng je hihihihihi

    Adelya sama dengan Uwais. kalau trolley ke stroller ke abi je yang boleh tolak

    ReplyDelete
  8. dah settle ye shopping, saya belum mula apa pun lagi
    cadang nak lepaskan untuk anak-anak dulu
    tengoklah nanti camne =)

    p/s-suka kata-kata akak yang bawah sekali tu. deep =)

    ReplyDelete
  9. Kami pakai je baju knduri hari tu buat baju raya.. kalau terjumpa jeans dan t shirt mungkin beli lagi 2 r 3 helai uyk naim.. utk nazif cukup la..

    Apa ni adrien takut benda2 tu bergerak, rugilah gitu.. haha.. ke untung ni sb jimatla duit mamanya..

    ReplyDelete
  10. Preparation lebih kepada anak jer. Baju raya sendiri pon x beli lagi nih.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...