Friday 19 June 2015

hadiah ramadhan

Assalamualaikum....

syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan kali ini, semoga ramadhan kali ini menambahkan keimanan dan membawa bersamanya kerbekatan kepada kita serta membuat kita lebih tamakkan pahala...

seronokkan dapat merasa kemanisan ramadhan,berterawih, bertadarus, berlapar dahaga,bersahur berbuka,bersedekah dan sebagainya lagi,ramadhan.. inilah bulan untuk kita menambahkan amalan dan pahala...mama macam biasalah sejak bertahun masih belum berkesempatan untuk bersama-sama berterawih di masjid,mungkin tunggu anak-anak besar dahulu, kenapa tak bawa je anak-anak? nak bersolat biarlah kusyukkan..nanti tengah bersolat mama dok fikir dimana anak-anak?bermain bersama kawan-kawan,takut nanti pergi ke jalan pula...takut juga menganggu solat orang lain...haishh macam-macamlah yang mama fikirkan..teringin sebenarnya untuk bawa anak-anak tapi mama akan tunggu sehingga anak-anak boleh mendengar kata dan pandai menjaga diri...(ini bagi mama ye.. mama suka je tengok orang bawa anak kecil ke surau,nak pulak anak itu mendengar kata...tapi tidak anak-anak mama, hanya mama yang kenal anak-anak mama kan)

menyimpang pula cerita mama ni...hadiah ramadhan apa tu ye? rabu, sedang mama bekerja..papa wassap location, amboiii...dekat kedai tudung aidijuma, katanya teman adik ipar membeli tudung yang orang order...mama pun sajalah.." belilah tudung barang 10 helai untuk pakai raya" lepas tu dapat mesej lagi " nak ke?" tanya papa... boleh je.. jawab mama sambil senyum...hehehe

4.30pm laju je punch, sampai bawah tengok papa dah sedia menunggu,masuk je kereta terus pusing-pusing tengok..takde pun tudung...kata mama dalam hati,muka yang tadi senyum dah bertukar sikit.. sekali tengok ditangan papa "amboiii...dia beli jam baru" papa senyum sengih je... " kata nak beli dekat orang juga,mananya?" terus mama bertanya " hai...mike teman dah belikan tudung jadilah" "mana tudungnya?" terus papa keluarkan sesuatu dari bawah kerusi...

"orang nak sehelai je,kenapa beli dua?" " tu beli satu dapat satu percuma" " aikk..boleh pula macam tu?" "tengoklah siapa yang beli" hahaha...mama tahu papa ni memang macam tu,kalau beli apa-apa mesti tanya free gift ada tak? yang tudung mama ni  tak tahu lah betul ke tidak yang satu ni dapat free..hehehe tapi takpe lah rezeki mama...bila mama angkat je tudung-tudung tu,dekat bawahnya terdapat satu bekas lagi...wahhh satu lagi hadiah..senyum lebarlah mama, terus pakai, cantik-cantik.. sekali mama kata " laaa...nape tak betulkan dia punya waktu ni,dah dekat pukul 7,sekarang baru pukul 4.50" "mike ni cuba tengok betul-betul,ni jam hijra lah, pusingan jarum tu berlawanan dari jam biasa, ini ikut pusingan islam tu"... ooooo... terus panjang muncung mama, haishh kena biasakan dirilah lepas ni, tengok jam ini...



kata papa " jangan hilang pulak " terus mama sedih... bukan sedih dengan kata-kata papa tapi sedih bila teringat jam lama, jam yang papa beli sempena mama lahirkan abang adam, merangkap hadiah anniversary, tetapi hingga sekarang mama tak tahu jam itu dimana..jam yang mungkin mama sendiri tidak akan beli kerana harganya rm....(mama pun taktahu harganya,tp kawan2 mama siap pergi kedai jam untuk tengok harga jam itu) mama tak kisahkan harganya tapi mama sayangkan jam itu kerana nilai sentimentalnya tu, harap-harap bila berkemas rumah nanti akan jumpa...mama sayang jam itu..

papa ni memang bukan seorang yang romantik,apatah lagi nak buat bergurau melawak dengan kita, tapi mama tahu papa sayangkan mama dan anak-anak...inshaAllah... bila kita cakap inginkan sesuatu mesti papa akan tunaikan walaupun lambatkan...macam jam ni dah lama sebenarnya papa nak beli tapi belum rezeki, sekarang ni papa ada rezeki lebih, itu yang papa beli...pernah dulu papa nak beli enpon yang agak mahal, tapi tak jadi beli yang papa nak tu papa beli enpon lain yang lebih murah sebab kata papa,kalau beli yang mahal mama pula tak dapat enpon baru,jadi ambil yang murah dapatlah untuk mama sekali... hehehe

pssttt...bukan nak menunjuk mama dapat hadiah tau, saja nak melahirkan rasa gembira, berkongsi cerita di sini... supaya nanti boleh menjadi contoh buat anak-anak...ambil contoh yang baik dari sikap papa ye...

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

10 comments:

  1. seronoknya kak..rasa dihargai sangat..
    tak kisah la tang harga tu..janji dari someone special..

    ReplyDelete
  2. seronoknya.mesti senyum sampai ke telinga tu

    ReplyDelete
  3. bertuah lah badan dapat kejutan dari suami....:-))

    ReplyDelete
  4. Assalam k.lah.. salam ramadhan..
    seronoknya dpt suprise.. lebih2 lg dari org tersayang..
    Mmg sedih rasanya bila hadiah dr org yg kita syg, hilang..
    Bila teringat, rasa sedih sgt..
    Tetiba teringat plak pd hadiah birthday yg mak & abah ira bg.. hadiah yg mak & abah beli dgn hasil titik peluh mereka bekerja.. semoga peragut tu diberi hidayah. Nk dpt balik mmg tak la kan.. redha je la..

    Semoga jam k.lah ditemui semula.. jika masih ada rezeki k.lah, inshaaAllah akan jumpa semula..

    ReplyDelete
  5. wahhh seronoknya sesekali dapat surprise gini.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Wah..syoknya tu dapat jam...lawa jam baru akk ni..bagus en azmi ni..sayang bini.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.
    surprise sungguh cik suami akak
    betul tu, sy paham maksud akak

    lagipon inikan diari mama utk anak anaknya

    ReplyDelete
  8. wahhhhh bestnyaaaa mesti berbunga hati sampai berminggu2 kan hihihi. kita ni sama kak. kalau orang tu janji sesuatu. kadang tak janji pun. bila takde terus rasa moodyyy je. nak pulak orang tu kuat menyakat grrrr hihihihihi

    suami akak sama mcm suami saya. kadang dia nk beli sesuatu tp sebab benda tu mahal. terus tukar plan. beli benda lain yang boleh dapat dua atau tiga. adil.

    ReplyDelete
  9. wah...bestnya kak!
    biasalah orang lelaki, mana nak tunjuk sayang ke romantik ke
    nanti tahu-tahu ada aje benda yang kita penah cakap or minta dulu
    masa dapat tu rasa macam nak melompat aje kan
    terasa dihargai dan disayangi =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...