Sunday 21 June 2015

berbuka bersama

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, berbincang adik-beradik nak berbuka bersama-sama...riuhlah wasap group tu, macam-macam yang dibincangkan, apa menunya. Mulanya ibu (kakak mama) tidak mahu buat dirumahnya kerana sibuk menjahit dan tidak sempat hendak memasak katanya, jadi mama bagi cadangan..kita pot luck saja.

Jadi macam-macamlah cadangan yang ada, ada yang bernas ada yang menggelikan hati.. sesekali bising jugalah group yang sunyi ni, group wasap ni, kalau ada isu berbangkit je bising kalau tidak sunyilah, sebab group yang ini bercampur semua,ipar duai dan biras-biras..untuk bergosip geng perempuan je, kami adik-beradik perempuan ada satu group lain...hehehe.

kadang tersalah hantar dekat group sebelah bisinglah abah(abang ipar) hehehe..terus cakap...salah group ke? abah pun sibuklah nak buka group khas untuk biras-biras je..haiii berapa punya banyak group daaa...ada setengah memang mama tak aktif pun, yang aktif hanya dekat family group je, yang lain-lain tu, kejap ada kejap takde... ehhh melalut ke lain pulak ceritanyan..



tengoklah daripada berbincang nak bawa makanan terus melalut ke lain, mulanya papa lah cakap dia nak bawa ais batu je, terus yang lain pun melalut, nak bawa bekas ais batu je la, bawa batu la, datang dekat maktam (manja) nak bawak bakal suami katanya...adoiii, adik ipar mama daddy(daniel) siap nak bawa tok kadi...hahaha macam-macamlah...

Jadinya sabtu tu..berbukalahkami adik-beradik bersama-sama di rumah ibu, ibu masak nasi dan goreng sayur campur, mommy(adik mama) buat ayam penyet beserta sambal..sedap amattt, mama pula mulanya semua minta buat rendang kerang,cari-cari kerang takde dikedai, terus tukar buat sotong goreng kunyit special je..hehehe, makngah (kakak mama) bawa daging dendeng, manja beli kuih muih,makdak (dila) bawa murtabak, air buat sendiri dan beli air tebu...mewah makanan ye... tapi tiada pembaziran sebab kami ramai, cuma pak jang dan pakcik je yang tidak sertai berbuka puasa ini.

Suasana sebelum berbuka itu sangat gamat...adoi macam-macam gelagat yang ada, tiba waktu berbuka senyap sunyi, harus jiran sebelah bengang hahaha dengan keriuhan kami,makan berebut memang seronoklah...habis je makan terus suasana kembali bising dengan suara anak-anak, pulak tu daeisha(anak buah mama) buka khemah yang mama belikan, nak juga khemah macam adelya makin gamatlah semua pakat nak duduk dalam khemah tu, mujur besar juga khemahnya, duduklah beramai- ramai.

Sesekali berkumpul beramai-ramai memang seronok, dapatlah hilangkan sedikit kerinduan dihati...
Moga kasih sayang dan hubungan erat kami adik-beradik berkekalan hendaknya...aaminn

Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad


Wassalam

7 comments:

  1. bila adik bsradik ramai skali berkumpul mmg meriah kan kak.mcm saya lima bradik j.sorang mninggal tinggal pat.yg kawin sy sorng j.adik adik lelaki. bujang.dok dgn mk ayh.
    kalau belah mil ye .mmg meriah.sbb suami 9 beradik. 5 ppuan 4 llki. 4 dh berkeluarga..

    ReplyDelete
  2. seronok juga bila ada group WA ni.. nak berhubung senang berkongsi cerita...mcm2 yg dibualkan tu... :)

    ReplyDelete
  3. Sesekali berkumpul adk beradik, memang meriah..

    ReplyDelete
  4. sebab tu kira kalau kakak banting tu balik, kira pun sibuk nak balik sekali hahahaaha. meriahhhh rumah mama papa. seronok kumpul adik badik. seronok tgk bebudak main sama2 hihihi.

    yang paling ramai belah kira la. sebab semua yang perempuan dah kawen dan beranak pinak hihihihi

    ReplyDelete
  5. ala takde ke gambar berbuka reramai
    saya belum berkesempatan lagi nak berbuka reramai camni
    tapi tak dinafikan memang seronok time berbuka reramai kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...