Wednesday 8 April 2015

saya nak buat perangai

Assalamualaikum...

anak yang seorang ini ada sahaja jawapannya bila mama atau papa bercakap.

semalam on the way nak pergi rumah ibunya..bising berdua tu dalam kereta,duduk dikerusi depan pulak tu,dah bergaduh anak-beranak,papa nak tengok cermin sisi tak nampak sebab sorang berdiri menyandar ditepi pintu,sorang duduk dikerusi.

Penat begitu mereka bermain lawan-lawan pula dalam kereta yang sempit tu,lagi berasap la papa yang sedang memandu kat sebelah tu..

Tak sudah mama pun bersuara " siapa behave, mama akan bagi hadiah" dengar mama cakap macam tu abang adam terus bertukar watak "mama..abang baik ni duduk diam2" suara pun slow sangat,adoiii sejuk hati mendengarnya..

tapi tidak yang seorang lagi,masih lagi melompat dan memanjat dalam kereta
"mama..saya nak buat perangai" katanya sambil tersenyum nakal..aduhai anak ini,ada saja dia nak jawabkan...



dr.adrien dengan senyuman menggoda...amboii dokte kalau ini macam cepat sembuhlah pesakit nanti..hahaha. dr.adrien ini kecik-kecik pun sangat teguh pendiriannya tau,kalau apa yang dia nak mesti dia dapat,kalau barang dia,memang orang lain tak boleh ambil.. kadang-kadang mama pun kalah dengan pendirian dia..

Wassalam

3 comments:

  1. amboi ayat yen..
    pandai betul menyakat.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha..anak2 sekarang bijaknya lain macam kan

    ReplyDelete
  3. mama saya nak buat perangai hihihihi. ini boleh cair boleh jugak berasap mama dengar ni kehkehkeh

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...