Showing posts with label bersama chinta hati. Show all posts
Showing posts with label bersama chinta hati. Show all posts

Friday, 3 May 2019

Kakak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...mama punya 2 orang kakak, walaupun kecik2 dulu dorang geng berdua, mama ni dorang jadikan budak suruhan je heheh sebab dorang penakut, dekat rumah kami dulu toilet dekat luar rumah kan, kalau sakit perut malam2 memang mama la yang jadi mangsa temankan dorang tu. Dalam blog mama ni ada juga mama cerita tentang kakak 2 mama ni biasanya dalam blog mama letakkan nama ibu dan makngah je.

Bila diatas kita tu kakak hubungan kami lebih lagilah dari kecik membawa ke besar ni memang jadi geng membawang, nak pulak mama dengan ibu duduk berdekatan dan lagi memang kami adik-beradik duduk area KL dan selangor je kadang2 selalu juga berkumpul makan2 sembang2. Jadi hari ni nak cerita apa? mama nak ceritakan pengorbanan kakak mama ni lah.

Ibu ni masa sekolah dulu sangat aktif bersukan dan memang wakil sekolah dalam sekolah, bukan setakan hebat bersukan bab belajar pun memang antara pelajar yang cemerlang, api itulah kan percaturan Allah kita tak tahu, keputusan SRP ibu masa tu biasa-biasa je dan ibu tak nak sambung belajar lagi memandangkan kami bukanlah dari keluarga yang senang, ibu sanggup bekerja awal demi membantu ayah. Dapatlah adik2 dia ni belajar. Ingat lagi masa lepas SRP tu ibu kerja dirumah ustazah sekolah rendah kami, jadi pengasuh anak ustazah, lepas tu ibu pergi keja kilang sony di pulau pinang

Alhamdulillah lepas tu ibu bertemu jodoh,jodoh pun yang dicari oleh orang tua (makcik yang ajar kami mengaji masa kecik dulu), ingat lagi masa pertama kali nak jumpa tu mama lah yang temankan ibu jumpa abah. Alhamdulillah abah(abg ipar mama) seorang yang baik. Macam yang mama kata tadi setiap percaturan dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik. walaupun ibu tak dapat sambung belajar dulu, siapa sangka sekarang dalam usianya 44 tahun ibu telah sambung belajar habis di UIA, sekarang ibu sambung di UM pula sambil2 tu ambil kelas pula di masjid negeri, kahwin awal anak dah besar jadi mudah bagi ibu untuk pergi belajar, ada juga ibu ajak mama belajar di masjid negeri, memang nak sangat pergi tapi anak2 masih sekolah ni terasa susah pula sebab banyak benda nak diuruskan, in shaa Allah jika Allah izinkan satu hari nanti mama pasti belajar juga.

Baru-baru ni ibu ambil ujian untuk dapatkan tauliah mengajar di selangor, doakan ibu berjaya ye. mama pun kadang2 ada benda yang tak tahu tanya ibulah, nak belajar tajwid pun denagn ibu jugalah.

Makngah pula masa mama form 6 dialah yang berikan belanja untuk mama belajar. bukan masa belajar je sampai sekarang kalau memerlukan sesuatu dan tak tahu mana lagi nak minta tolong makngah lah tempat mama minta pertolongan, nak beli rumah dulu perlukan duit segera, terus call makngah minta pinjam tanpa banyak soal makngah bagi, sampai sekarang pun macam tu jugaklah huhuhu..Alhamdulillah punya kakak2 yang sentiasa ada bila diperlukan, tak terbalas rasanya setiap jasa yang mereka berikan. Kalau nak diceritakan panjang berjela, sebab itulah apa2 hal ingat dekat adik-beradik sebab mereka selalu ada dimasa susahnya kami.


6 orang wanita dalam adik-beradik mama, alhamdulillah hubungan kami tetap rapat walaupun selepas ketiadaan mak dan ayah, pada merekalah tempat untuk menumpang susah dan senang. Ibu orangnya lebih bersifat keibuan, kalau ada yang punya masalah lebih suka mengadu dengan ibu..kadang2 sebagai pakar rujuklah. Makngah orangnya garang sikitlah, kalau dia nak marah, dia marah je kalau orang tak kenal mungkin ingat makngah sombong, tapi kalau bab kewangan memang makngah tempat mengadu kalau dah temui jalan buntu ehehehe. mommy adik di bawah mama, dia jenis happy dan bergaya, kalau nak pergi jalan ke mana2, memang mommy lah yang uruskan. maktam pun happy saja orangnya, makdak perempuan yang paling kecik, orangnya kecik2 dulu memang kelakar sebab entah nak cakap macammana perangainya tapi memang buat kami ketawa je la dulu2, Alhamdulillah setelah lama menunggu makdak dah ada baby sekarang. Mama??? orangnya macammana...hahaha tak yah la cerita. yang mana satu ibu,makngah,mama,mommy, maktam & makdak...teka sendiri hehehe

Wassalam.


Saturday, 27 August 2016

Cabut ke tampal?

Assalamualaikum...

Mama pernah cerita sebelum ni gigi abang adam dah longgar, haa..mama cabut ke dokte yang cabut? Cubaan mama dan en.azmi untuk cabut gigi abang adam tidak berjaya sebab mama pun takut-takut dengan en.azmi pula abg adam yang takut..hehehe lastnye en.azmi suruh abg adam goyangkan gigi tu sampai tercabut. Satu hari dalam perjalanan ke rumah ibu abg adam dengan gembiranya beritahu "mama..abg dah cabut sendiri gigi abg" yeay..abg berjaya.

Dua tiga hari lepas mama pula diserang sakit gigi, berdenyut-denyut je, rasa nak cabut saja gigi yang sakit tu, tapi tak goyang sangat. Alkisahnya masa puasa hari tu lagi tampalan lama pada gigi mama ni dah tercabut,apalagi berlubanglah gigi mama, lepas asyik bertangguh je nak jumpa dokte gigi, sudahnya bila makan rasa ngilu je gigi dan bila makan pun mengunyah guna gigi bahagian kiri je, tak selesa dibuatnya, ngilu je gigi nih.

Bila gigi dah sakit mulalah rasa serba tak kena, ngilu dan berdenyut,hari kerja malaslah mama nak keluar pegi dentist, jadinya sabtulah kita pergi. Sebelum tu mama survey jugalah mama klinik yang ok hehehe..tengok bayaran untuk cabut gigi berapakan, member ada beritahu beberapa klinik, tengok review ok,tapi katanya biasanya ramai orang nak pula weekend. Jadi pagi tadi kita redah sajalahkan.

Mama tak kerjalah hari ni sebab nak ke klinik gigi,tak tahan dah weh gigi sakitkan. Kami pusing-pusing kat seksyen 18 tu jumpa 2 klinik, yang satu tak buka pergi satu lagi, kata budak depan tu "10 lebih datang balik ye, kunci tertinggal" oh ok lah macam tu, anak-anak pun lapar, siap makan sedang elok klinik dibuka. Mama orang pertama daftar, duduk sekejap terus dipanggil..oh ye, budak yang jumpa tadi tu rupanya dokte..kikkiki.

Dokte check gigi mama dan bagi pilihan, nak cabut atau tampal? Kata dokte masih boleh ditampal, kalau cabut sayang pula sebab gigi gerahamkan, so mama pun setuju untuk ditampal gigi, lagipun nanti takdelah anak-anak panggil mama rongak heheh. Mama bukan apa risau bila tampal gigi sebab ngilu, masa sekolah dulu ngilu betul bila tampal gigi, tapi sekarang alhamdulillah tak ngilu dah, warna pun ikut warna gigi, dulu-dulu warna macam silver tu kan. Yang mama tak tahan kena nganga tu je la..

Sekejap je proses menampal tu, dokte siap ambil gambar gigi sebelum dan selepas, wahhh ngeri tengok gigi lama..nanti mama nak cuci gigi pula, nak buat rawatan memutih gigi tapi mahal pula kikiki. Okeh bayaran untuk tampal gigi rm115, tak tahulah mama mahal ke murahkan sebab tak bertanya dan tak survey2 pun main terjah je,tapi takpelah janji gigi ok, cuma masih rasa ngilu,dokte kata memang akan rasa ngilu dalam 2,3 hari, yang penting gigi tu dah boleh guna untuk mengunyah, nikmat rasanya..


Anak-anak yang sibuk didalam klinik, mama keluar bilik dokte dorang pun datang pada mama dan cakap "nak tengok gigi mama" dah la orang ramai dalam klinik tu, jenuh pula mama nganga dekat sorang-sorang sebab semua nak suruh mama nganga depan muka masing-masing, hai laa anak..layankan sajalah.

Selesai satu masalah, moga-moga gigi mama terus ok..alhamdulillah

Wassalam

Friday, 1 May 2015

the avengers

Assalamualaikum...

On the way balik kampung, jalan sesak.. sebab jadi mem besar dapatlah mama update blog dalam kesesakan ni kan.. hihi update citer anak-anak lah, lagipun adrien dan adelya tido..ada ruanglah untuk mama..

Sebelum balik singgah mydin subang beli sesuatu untuk dibawa balik.. terjumpa pula superhero.. apalagi hero2 mama yang dalam trolli sibuk nak amik gambar... layankan aje la


Abg adam pilih ironman,walapon yg sebenarnya dia kata dia hulk org hijau..


Yen kepten ameleka...kemain lagi dia, siap bergaya tu...hehehe


Keterujaan hero2 mama jumpa superhero walapon hanya gambar sahaja.. ok la tu kan

Pesanan buat anak-anak mama:

Biarlah apa yang kita lakukan itu terlihat kecil asalkan ianya memberikan manfaat yang besar buat mereka yang memerlukan.

Wassalam

Wednesday, 29 April 2015

meriah sangat gayanya

Assalamualaikum....





Kalau dalam kereta macam ni lah gayanya, tak pernah sunyi sepanjang jalan melainkan ketiga-tiga mereka tidur. kereta kecik tapi dengan segala robot,bantal busuk,zirafah semua pun nak dibawa naik kereta. Dengan abg adam yang asyik suruh mama mengira..mama 17+3 berapa? lepas tu optimus prime tersangkut dekat pemegang pintu. Belum campur lagi dengan mereka bermain,bertolak-tolak dan bergaduh dalam kereta tu...adoiii

Kalau mama didepan mereka dibelakang ok jugak lagi,bergumpal mereka kat belakangtu,tapi bila mama kena duduk belakang hero berdua berkongsi kerusi didepan lagi haru..papa nak bawa kereta pun susah...hahaha mama kat belakang gelak aje lah..

Belum campur lagi dengan adelya yang kadang-kadang buat perangai nak duduk atas riba papa masa papa drive,siap bergaduh dengan mama okeh sebab mama tak bagi duduk dekat papa,kalau kereta auto takpe juga ini kereta manual nak tukar gear pun susah nak oiii.

Tengoklah tu betapa meriahnya dalam kereta, itu mama cuba snap pic semua yg ada hahaha macam2 gaya lah yg ada memasing dengan kerenah tersendiri,layankan aje lah..tema hari tu hijau dan biru.. macam ye je bertema,kebetulan terpakai kaler yang sama..

Pesanan buat anak-anak mama :

Redha " terima sahaja apa yang Allah beri..jgn ada hasad bila orang lain dapat rezeki dan jangan cakap banyak bila kita tidak dapat rezeki sebagaimana orang lain dapat..."

Belajar hidup dengan sabar dan redha kerana ia kunci kebahagiaan,yakinlah Allah ada bersama kita.

Wassalam

Saturday, 31 January 2015

karok la kau!!!!

Assalamualaikum semua...

okeh ini cerita sabtu lepas,adik2 ajak pegi karok..adoii akak mana reti nak karok2 ni,kata watie berry (konon2 diri tu mcm halle berry la..heheh) anak dia si abang awisy tu yg ajak pergi karok.en.azmi pun ok je,bagi akak join,tapi dia tak join la. yang pergi pun geng gigirl je kecuali kak ton..hehehe

petang sabtu,adik akak si manja tu yang datang ambil akak dan anak2,adam adrien dan adelya join sekali okeh..ko tak hagak2 bawak anak2 pergi karok ye, takdelah kitorang pergi tempat karok yang tertutup dan hanya kami je dalam tu,abg2 ipar adik2 ipar lelaki semua takde..so bole la jual suara yang ala-ala katak memanggil hujan nih hehehe..lagipun dah lama tak berkumpul macam ni, sesekali seronok juga macam ni,walapon sebenarnya akak tak suka sangat nak berkarok2 nih,tapi layan je la...

nyanyi lak lagu lama-lama..memang menusuk kalbu le,abg adam pun nyanyi jugak lagu kegemaran dia sandiwara cinta ko..



tengoklah tu..adelya tido mama jual suara,kemain lagi sambil riba anak tu..ini kalu ramli ms tengok boleh nangis nih..taktau nak komen apa hahaha
asalnya abg awisy yg nak nyanyi tapi lagu yg dia tahu tak berapa ada,last2 mummy and mak2 sedara yg pulun pilih lagu..kah3,tu makngah tu kemain ko mula2 jual mahal,aku taknak nyanyi katanya..tetiba dapat mic terus sawan,taknak lepas mic dah,pastu dia yg lelebih pilih lagu,siap beradu suara dengan si manja...layan je la bukan selalu pun kan..hehehe

2jam je kat situ pastu terus ke rumah kakak lepak sana sampai malam,en.azmi pegi jemput kat rumah kakak je..malam tu nak balik rumah abg adam taknak ikut seronok main dengan sepupu,minta nak tido rumah ibu,berat hati nak tinggal..papa pun tak bagi,tapi abg berkeras nak tinggal..so untuk pertama kali tinggalkan abg adam,sayu lak hati mama masa kiss abang tu..huhuhu,macamkan jauh sangat nak tinggal pada hal,rumah kakak dgn rumah akak tu tak sampai setengah jam pun perjalanan hahaha...

sampai rumah je terus wasap tanya..abg adam buat apa? budak tu sedap je dok main2 dengan sepupu2 dia...hmmm mama...mama...

wassalam

Tuesday, 27 January 2015

cubaan...cubaan...

Assalamualaikum...





jangan muntah ye..hahaha

















ingat cubaan apa la kan..

cubaan mama berselfie dengan anak2...hahaha tak semenggah btoi...

ok la babai

wassalam

Thursday, 20 November 2014

geng gigirl


assalamualaikum...

beruntung sebenarnya hidup dikelilingi dengan gigirl nih,
boleh bertukar-tukar cerita dan pandangan.

kali ni geng gigirl sebelah en.azmi pulak..
en.azmi ada 3 adik perempuan..
okeh susunan adik beradik dalam family en.azmi menarik
3 yang diatas adalah lelaki,3 yang dibawah perempuan,
jarak kelahiran antara mereka juga menarik
dan ada yang berkongsi tarikh lahir yang sama juga,
en.azmi dan adik lelaki yang no.3



 ini adik-adik en.azmi,
yang tudung hijau tu adik ipar en.azmi,merangkap biras akak,
dulu-dulu jarang berbual akak dengan adik2 ni,
mungkin dorang segan dengan akak yang mcm diva ni..ahahaha
sekarang sejak dah ada group whatsapp ni
rajin juga la kitorang berhubung dan berbual,
nak pulak adik yang sorang tu nak kawin dah,
boleh la memberi pendapat sikit2...
pada hal akak ni takde la pandai sangat nak memberi idea,
sebab majlis sendiri dah lama berlalu..hehehe
tapi nak bg idea tu bole la jugak kan..

sekarang hubungan tu dah semakin rapat..
syukur alhamdulillah..ye tak kenal maka tak cinta kan...
akak ni bukanlah diva pun cuma kadang2 berlagak diva..eceh
itu yang dorang segan nak berbual dengan akak tu..kihkihkih
tengok gambar tu..dah macam sebaya pulak akak dgn adik2 ni...
hahaha..nampak tak perasaan akak disitu?..
konon nak nampak muda la kan..
tak sedar 3 tahun lagi dah nak masuk 40...
errrrkkkk...betulkah ini??

ok wassalam..


Wednesday, 19 November 2014

dua gambar dua cerita


assalamualaikum...

akak sekarang dah tak aktif sangat dengan fb,
update status pun dah lama tak buat,
ada tak ada pun share cerita dan gambar dekat blog ni je,
sebab dekat blog ni tak ramai sangat yg follow,
dekat fb tu sekali kita post ramai lak yang tengok,macam segan pun ado hehehe
sesekali buka juga tengok citer kawan2...


baru2 ni buka fb tengok status adik2 yg ditagged kat akak dorang nih..
tetiba jauh dilubuk hati terasa syahdu


I miss all the little time we shared,
For there were so many good moments,
Looking back on my life's assorted scenes,
I realized you guys taught me what love truly means;
My sisters were my trusted confidante and best friend,
On whose loving support I could always depend....
Me love u long time!!! 

oh..yang diatas memang bikin syahdu

tapi yang ini...

wak doyok punya status kat wechat..
haaa...yang ni betul2 bikin akak kawasan panas..hahaha


status ni bikin kakak2 dan adik panas..
apa taknya..dia guna nama gelaran kekecik dulu..
nasib nama akak ni glemer sikit..kahkahkah

ko ni wak..memang tau,suka cari pasal..
nanti la memang nak kena sekeh ler tuuu...

wassalam



Tuesday, 11 November 2014

omel sangat ye tuu..


assalamualaikum..


sesaja petang2 ni nak bercerita pasal gigirl2 nih...





daeisha dynara bt daniel

ok ini anak buah akak, cucu perempuan pertama..
arwah pak berahim dan arwah mak limah,
cucu lelaki ada 5 orang..
kalau anak2 ramai perempuan,datang kat cucu ramai lelaki
mujur la adelya ada geng..hehehe
tapi macam taktau la nak geng ke tidak,
tengok kakak daeisha nih ala2 gigirl gitu..
tengok tu pergi kenduri,bertudung dan berbunga besar didada..
amboihh kemain... ini ikut peel mummy dia la ni,
suka sangat bergaya nih

adelya akak letak headband kat kepala, tak sampai sesaat dia buang..
hangin je mama...nak bagi nampak gigirl pun taknak..
nampak sangat sempoi macam mama dia ni..hehehe




aimy qairina azizul..

ini pulak kakak aimy,
geng adelya sebelah family en.azmi
oh ya..ibu aimy ada blog tau..
sesapa yang belum berkenalan boleh la berkunjung ke blog ibu aimy..
dear diary boleh la kita meramaikan kenalan dialam maya ni..
cumil kakak aimy bertudung..

sebelah en.azmi..
ada 2 cucu lelaki dan 2 cucu perempuan..
inshaAllah...ada rezeki nanti bertambah lagi..
tahun depan adik en.azmi bakal melangsungkan perkahwinan
lepas ni makin meriah lah rumah tok dan wan dengan gelagat cucu2 nih.
kalau family akak ramai gigirl..
family en.azmi sama je..6 beradik 3lelaki 3perempuan




ok..ini si comel mama..
yang banyak sangat akal dia sekarang nih
dah pandai nak bawa kereta sendiri..heheheh
berebut stereng dengan abang adrien..kalah dah abang adrien sekarang ni..
mulu pun bising je...
paling kerap panggil "mama..mama..."
sangat suka pergi ke dapur..haa ini bagus dah besar nanti rajin2 ke dapur ye..
 senang sikit mama bila ada pembantu nanti.

wassalam



Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...