Friday 6 September 2019

ISI World Statistics Congress 2019


Assalamualaikum...

Mendapat arahan untuk hadirkan diri ke ISI WSC 2019 di klcc. Bincang punya bincang ambil keputusan naik pengangkutan awam je,member yang kena bawa kereta tu tak mahu meredah kesesakan untuk ke klcc,jadi oklah moh ler kita naik komuter dan lrt. Bulan ni, ini kali ke2 mama guna pengangkutan awam setelah bertahun² tak guna.

Pagi rabu mama drive ke stesen komuter shah alam dan parking kereta disitu,kemudian tunggu kawan² datang,mama paling jauh jadi kena datang awal. Biasalah jadi orang yang terawal gitukan,kata en.azmi jangan lambat² nanti buat orang tunggu kita,lagipun tak pernah parking dekat komuter tu takut pula parking penuh,jadi baiklah mama awalkan. Bila kawan² sampai belilah tiket dan tunggulah komuter sampai.

Bila komuter sampai teruslah naik walaupun dah terfikir nape komuter ni macam buruk je huhuhu...lepas tu ramai pula orang turun,tempat kosong pun banyak apalagi seronoklah kami dapat duduk kan. Tetiba sampai distesen setia jaya lagi ramai yang turun tinggal kami dan beberapa orang je lagi. Tak lama lepas tu driver masuk dan marah² "ni nak pergi mana?" Kami jawablah kl sentral, katanya nak pergi kl sentral naik tren lain,tren ni sampai setia jaya je. "Orang dah cakap nak pergi kl sentral jangan naik tren ni" membebel driver tu. Ya Allah encik...kalau kami dengar pengumuman.kami tak naiklah memang kami tak dengar langsung. Kalau kami ni hari² naik komuter tentulah kami tahu,ini dah bertahun kot tak naik. Tak apalah kita turun sajalah tunggu tren lain sambil tu kami gelak² sajalah nak marah pun buat apa ye dak.

Akhirnya sampailah tren untuk ke kl sentral...haa baru nampak baru tren ni hehehe. Teruslah ke kl sentral sampai kl sentral kami makan dulu, patut hadir ke klcc pukul 9,tapi program tak begitu terikat apa² kita isi perut dulu, perjalanan diteruskan dengan lrt sampai klcc. Dah lama tak jejak klcc.sejak kawin memang tak pernah sampai sini. Terus saja kami tuju ke aquaria sampai ke pintu dah nampak signboard isi wsc 2019,so follow je diarahkan ke ting.3 untuk daftar dan ambil pass. Selesai ambil pass pergi ke exhibition hall coffe² dan tengok pameran.

Selesai meronda disitu ke ting.3 kembali untuk join prensentation terdapat banyak bilik diluar disediakan screen dan tertulis tajuk untuk presentation dibilik tu kami masuk sajalah mana yang ada kan. Menarik juga cuma susah nak fahamlah sebab mama ni bukan pandai sangar cakap omputih nak pulak yang present tu dari egypt lagi jenuh mama nak faham. Petang tu pulak tengok tajuk astrostatistics..menarik tapi bila guna istilah statistics tu tak faham juga,maklumlah mama tak ambik course statistics pun belajar takat spm je cuma rezeki dapat kerja dekat statistics ni kan.

Sempat snap pic sebagai bukti kami sampai ke sini. ISI WSC 2019 ini disertai oleh 45 buah negara,best juga melawat setiap yang ada di exhibition hall ni, yang menarik untuk mama tengok lukisan batik yang sangat cantik dari seorang gadis cantik. Alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi sebahagian dari acara yang dianjurkan oleh jabatan.

Wassalam

8 comments:

  1. Dah lama tak naik komuter ni AA.. last mungkin dlm 10 tahun lepas.. haha..klu naik skrg confirm terkial-kial..
    seronok jg ikut program mcm ISI WSC. Byk boleh belajar..:)

    ReplyDelete
  2. OO..dah lama juga tak naik komuter..gi area klcc mmg mudah naik lrt, pening dgn jem..

    ReplyDelete
  3. Sy ni sampai naik takut nak naik tren (LRT, MRT, komuter dsbnya) sbb dah lama sangat tak naik hihi... Kalau ada org teman OK, kalau tak memang idak ler

    ReplyDelete
  4. Best nya Mama dpt pergi event camni.
    Boleh juga singgah shopping klcc hehehe

    ReplyDelete
  5. Seronok attend event macam ni untuk tambah ilmu dan kenal dgn orang ramai

    ReplyDelete
  6. Kebiasaanya mmg mcm tu la. Ira pun mcm tu, walaupun da biasa naik ktm, tapi kalau turun atau naik dkt stesen yg kita x biasa, blur2 jugak. Kene tanya org.
    Hari tu ada sorang mak cik ni, dia mmg sengaja nak naik ktm sbb nak belajar. Dia dari klia naik erl, lps tu naik komuter sampai klang. Mmg berani la dia, sorang2 wp da tua. Dia ckp dgn anak dia, x payah ambik dia, dia nk belajar naik public transport. Sepanjang jalan sembang dgn dia. Dgr dia cerita travel sana sini. Dari xtau nk book tiket flight, skg da expert. Hehe.. Hebat betul.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Pengalaman yang berharga kan mama.. confrence yang besar..
    Jumpa banyak orang dan dapat pelbagai ilmu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...