Saturday, 3 August 2019

Cendol Garden Road

Assalamualaikum...

Sabtu lepas keluar beli barang pagi membawa ke tengah hari dah tengah hari tu memang dah malas la mama ni nak memasakkan. Sudahnya ajak en.azmi cari cendol, hari panas lit lit sedap kalau dapat pekena cendol. En.azmi ajak makan cendol dekat jalan kebun yang berhampiran apam balik istana. Masa paklong datang kami cari tak jumpa kali ni pergi alhamdulillah jumpa.

Ramai juga orang makan cendol, cuaca panas memang sedaplah kan makan cendol. Selain cendol ada juga menu lain. Kali ni semua menu ada untuk setiap orang, yang nak makan nasi nak chicken chop. Kiranya takde yang sentaplah sebab menu yang dorang nak ada. tp kat situ bukan chicken chop yang ada ayam grill..pun bolehlah lebih kurang je kan nama je yang lain.

Menu yang dipilih hari tu nasi ayam grill rm7,ayam grill rm7,rojak rm5,cendol jagung 1,cendol biasa 1, milo ais 3,sirap bandung 1 semua sekali rm33...kira oklah harganya kan. Gambar nasi ayam grill tak sempat nak.snap dah sebab adrien dah lapar tak sabar suruh en.azmi suapkan.

Makanan semua sedap sebab semua licin dimakan..inshaAllah boleh berkunjung lagi lepas nih. Ayam grill tu sosnya sedap dan ayam yang sama juga digunakan untuk nasi ayam grill. Area jalan kebun ni memang banyak tempat makan,tinggal nak pilih je yang mana satu, dah jumpa yang sedap tu tentulah akan diulang lagi kan.

Wassalam

6 comments:

  1. oo..garden road..hihi..my kakak pun ckp jln kebun byk tmpt mkn dan murah jg..dia ddk kota kemuning mmg dekat je..

    ReplyDelete
  2. Cendol dan rojak berpisah tiada... Area Jalan Kebun tu banyak sgt construction skrg... tu yg malas nak jln2 cari makan belah2 situ.

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak makan cendol, terlioq plak nengok cendol mama ni, hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dpt pekena cendol waktu2 cuaca panas ni kan. Senang nk lunch ada menu2 lain juga. Seronok la bnyk tempat makan dan murah. Kat sini bnyk juga tempat makan, tapi area taman medan dan dato harun la. Cuma kami ni je x rajin nk explore. Hehe.. Ira la, bkn jenis yg nk mengajak try makan kat mana2 kedai. Icong je yg suka try. Da lama kot x ajak dia makan kat kedai mana2. Dulu2 rajin juga la. Bila dia tnya nk mkn apa, mkn kat mana.. Haha.. Mula la xtau nk jwb 😅

    ReplyDelete
  5. wah terliur tenguk cendul tu...sedap minum cuaca panas skg ni

    ReplyDelete
  6. Panas-panas ini dapat cendol memang melegakan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Shellout

 Assalamualaikum... Kadang-kadang buntu juga apa nak masak bila dah tiap² hari memasak ni. Ahad minggu lepas cadang nak buat shellout makan ...