Sunday 21 July 2019

NightBus 127


Assalamualaikum...

Hari jumaat biasanya hari mama bercuti,balik kerja petang ada la masa lepak²,sembang² dengan jiran² sekejap,takde nak terkejar² bersilat didapur heheh,jumaat cuti memasaklah. Kalau isnin-khamis tu sampai rumah,angkat² tangan senyum terus masuk rumah tuju ke dapur.

Dah cuti² masak tu kita jalan² cari makanlah, biasa pergi area jalan kebun je,makan chicken chop yang boleh dapat rm5 sepinggan. Pergi makan ikut selera anak²lah, mungkin masa mengandung adrien dulu mama selera western agaknya, jadi sekarang bila  tanya nak makan apa? Tak habis² chicken chop, kalau takde je muncung itik keluar, apak eh selera kampung,jadi kena cari kedai yang ada dua² makanan, mama,abg adam dengan adelya semua bedal je kampung ke western ke janji makan.

Lari dari kebiasaan jln kebun, kali ini kami ke NightBus 127, jenjarom. Sajalah nak mencuba yang lain pulakkan, konsepnya makan dalam bus. Menu semuanya western mulalah en.azmi terkebil² tak tahu nak makan apa, harga pun boleh tahan la. Air paling murah pun rm10 segelas, makanan rm15 dan ke atas,tapi banyaklah sepinggan tu memang kenyanglah kan. Kata en.azmi "kalau kat jln kebun boleh dapat 4 chicken chop ni" hehehe.. Sekali sekala mencuba sesuatu yang lainkan. Lagipun jenis en.azmi kalau ada duit belanja je anak² nak makan apa,kalau takde kita duduk diam² makan chicken chop rm5, tapi anak² dorang bukan kisah pun harga berapa yang penting dapat makan. Bila ada lebih tu kita belanjalah yang lebih sikitkan untuk anak², inshaAllah rezeki kita Allah bagi lebih lagi

Layanlah gambar anak² dan makanan yang kami makan. Bagi mama ok rasanya semua pun sedap paling win tentulah pilihan mama spaghetti beef carbonara, creamy je sama naik pulak dengan adelya dok berebut makan dengan mama,tapi sebab banyak memang cukuplah,adelya pulak memang suka carbonara tu "adik nak mee kuah putih" kata dia. Chicken chop tu ada 3 keping ayam rm23 sepinggan. Brownies dengan aiskrim tu pun sedap rm15. Spaghetti mama rm20. Standardlah harganya kat kedai macam tu kan.


Makanan yang jadi pilihan, alhamdulillah sedap semuanya..honey lemon tu mestilah air untuk mama, brownies aiskrim tu ehh sedap pulak nak buat sendiri malas.


Muka keriangan anak² sementara menunggu makanan sampai.


Lagi riang bila makanan dah didepan mata.

Oklah sesekali belanja anak² ditempat yang lain sikitkan, ada rezeki nanti kita jalan² cari makan lagi, mama survey banyak juga tempat makan yang best berdekatan dengan kawasan rumah tu. Sajalah share tempat makan yang mama pergi yang ada kelainan sikit,mana tahu ada kawan² nak cuba kan, bolehlah terjah nanti.

Wassalam

6 comments:

  1. Makan atas bas mahal lah sikit mama, bas tu nak kena isi minyak hihi...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Seronok dpt gembirakan anak2.. Paling seronok dpt cuti memasak la kan. Hehe..
    Kitaorg hari cuti masak biasanya hari isnin sbb ada pasar malam. 😁
    Sesekali mencuba dan mencari kelainan apa salahnya kan.. Utk anak2 jugak..

    ReplyDelete
  3. menarik ni, one day off masak for dinner :)
    aida ni tak tetap off day nyer.
    rasa malas, off aje ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Bas tu bergerak ke tak mama aryan.

    ReplyDelete
  5. Wah mama bestlah dpt cuti masak hari jumaat, baik hati en azmi kan, bertuahla isteri dan anak2nya, hehe..

    ReplyDelete
  6. menarik konsepnya..makan dlm bas..makanan sedap, berbaloi dgn harganya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...