Friday 6 April 2018

Rendang crispy???πŸ—πŸ—

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni mama berpeluang mengikuti Program Kembara Pasaraya Sihat di Giant BK5 Puchong anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Mama kan ahli pasukan rujuk Kospen plus. kami dijemput untuk sertai program ini, jadi berbesar hatilah untuk sertai. Walaupun tak diberitahu apa yang perlu dibuat redah je la kan.

Pergi dengan driver jadi takyah susah2 nak cari jalan kikiki, mama pergi bertiga naik kereta jabatan je senangkan. Sampai2 kat giant tu..eh macam takde event apa2 pun dekat ruang legar tu. cuak jugaklah kan salah tempat ke apa, memusinglah kami turun bawah naik atas tak jumpa juga,last choice member ajak tengok dalam giant tu sendiri, sekali nahh betullah dalam tu kikiki bukan apa kami ingatkan nak kena tolong check orang ke apa, rupanya silap daaa...program lain. itulah bos pun tak bagi info dengan tepat. orang lain pakai kasual je tshirt dan seluar, mama berbaju kurung hokey.

Aktiviti sebenar, kami diberi tugasan konon2 untuk memasak makanan sihat. group mama kena masak lunch lauk utama "rendang bukan crispy" ye hehehe. jadinya kenalah fikir nak masak rendang sihat macammana, senang je lah minyak gunalah minyak bunga matahari, santan gantikan dengan susu, ayam pulak ambik bahagian dada je tanpa kulit dan lemak, bahan lain tetap sama. kemudian masak 1 sayur dan sebiji epal hijau.

Lepas dan pilih bahan semua kumpulan kena present la kan setiap bahan yang diambil, lepas kami present, dokte akan terangkanlah berkaitan bahan yang dipilih. sebelum beli barang lihat dulu kandungan yang ada dalam barang yang kita beli. seronok juga sesekali join aktiviti macam nih. ingatkan nak masak betul2 dah tadi mama bersemangat je hihihi, masak rendang oiii.. best masa sesi ni sebab semuanya buat lawak je.


Di sini mama nak berkongsi Panduan Membeli Makanan Secara Sihat. Untuk kali ini mama nak share berkaitan Telur . Kalau nak share semua panjang pulakkan.

Pilihan Bijak
Semua jenis telur segar

Perlu diketahui
* telur merupakan sumber protein, selenium, vitamin B2 dan B12.
* nilai pemakanan telur adalah sama walaupun mempunyai warna kulit yang berbeza
* kunin telur adalah tinggi kandungan kolestrol berbanding putih telur(tapi mama suka kuning telurπŸ˜‚)

Berwasapadalah
* telur masin adalah tinggi kandungan garam(sedap nih buat makan masa sahur)
* sekiranya anda mempunyai paras kolestrol darah yang tinggi sila awasi pengambilan telur tidak       melebihin 3-4 biji seminggu.
* elak daripada membeli telur yang tidak disimpan ditempat yang dingin.
* Elak daripada membasuh telur sebelum menyimpannya. Memadai hanya dikesat atau dilap sahaja.
* Elakkan makan telur separuh masak bagi mengurangkan risiko keracunan salmonela, penyerapan vitamin B biotin dalam telur adalah rendah apabila telur dimakan mentah atau separuh masak.
* Kanak2, wanita hamil dan warga emas harus mengelak daripada mengambil telur yang tidak dimasak sepenuhnya.


Bergambar ramai2 lepas habis program. Nanti kalau nak beli barang di pasaraya tengok yang ada pilihan KKM ye, sebab yang ada logo tu maknanya yang lebih baik dari yang lain, contoh yogurt ada banyak brand tapi tengok yang ada logo kkm la..gitteewww lebih sihatlah, tapi terpulang pada pilihan masing2 jugaklah...antara sedap dan sihat mana satu pilihan kita. Tahun ni punya kempen kurangkan garam... No choice be active, eat healthy..gitu ko mama..

Wassalam



11 comments:

  1. rendang crispy.. emmmm improvise sekarang kan :D

    ReplyDelete
  2. Wah info sihat gitew ek mama. Tq. Anak akk trutama umar zikri suka lauk telur, lagipun telur kan mudah, kalo rajin sgt goreng dadar tuang kicap pun sodap kan.

    Eh, gitu tak jadilah masak rendangnya, cuma cari bahan2 aje ye, rugi2.. Kalo tak dah sure2 mama boleh tunjuk skill masak rendang tak crispy ek, hihi

    ReplyDelete
  3. Ingatkan masak betul2 tadi.. Hihi..
    Seronok la ada aktiviti mcm ni.
    Oo lps ni kene cari yg ada logo kkm la.
    Kadang2 memilih ikut selera je. 😁
    Tq share ilmu yg bermanfaat.. Nnt share la lagi..

    ReplyDelete
  4. info makanan sihat yang bagus ni AA :) tq for sharing

    ReplyDelete
  5. macamana rasa rendang masak guna susu ye..hantar sini sikit mama, nak try.hehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha rendang crispy.. Tak tahu pulak telur separuh masak tu kurang elok ahh senang-senang masak telur dadar je la

    ReplyDelete
  7. Ingatkan tadi memang masak bebtul.. Baru nak tengok rupa "rendang bukan crispy" tu.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. bestnya aktiviti akak ni, i is jeles tau....

    ReplyDelete
  9. Tak nak kalah jugak nampaknya... nak jugak tajuk viral hihi..
    Wah dah gaya artis nampaknya ye, mula mula yelah buat demo kat Giant, tak lama lagi masuk TV lah tu..
    Tenggelamlah Chef Wan lepas ni

    ReplyDelete
  10. aida minat telur separuh masak, AA.
    tapi tak le selalu. sebulan tu, 3-4 kali aje.

    ReplyDelete
  11. Rendang crispy. Hihi. Lepas beberapa hari dah viral kisah ni, barulah Siqah tahu. Hihi.

    Kak AA, Jemput join segmen dan giveaway di blog SIqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...