Friday, 13 April 2018

Hadiah dari Allah

Assalamualaikum....

Mama nak kongsi sebuah cerita sempena kita nak sambut Israk Mikraj esok. Ini adalah perkongsian semasa kuliah zuhur yang mama hadiri sempatlah mencatat sedikit ilmu untuk dikongsi. Ceramah disampaikan oleh ustaz Zul Ramli. Pesan ustaz sebelum majlis "Andai kalian ternampak satu majlis ilmu, masuklah dengan gembira kerana kaki yang mudah melangkah ke taman-taman syurga Allah akan mudahkan kaki itu untuk ke Syurga kelak". Maaf andai penceritaan yang kurang tepat. itu salah dari pihak mama lah kan.

Disini bukan nak ceritakan tentang israk mikraj tetap nak menceritakan peristiwa sebelum berlakunya israk mikraj, kenapa israk mikraj berlaku. Peristiwa besar yang berlaku dalam tempoh 30 bulan sebelum israk mikraj. Penduduk Makkah menurunkan tandatangan bagi memulaukan keluarga Nabi saw. Dalam tempoh pemualauan itu, Abu talib dan Siti Khadijah tidak pernah tidur bagi menjaga keselamatan Nabi saw. Betapa teruknya pemulauan itu sehinggakan keluarga Nabi saw tak punya makanan untuk makan apabila tiba 30 bulan terakhir tu(tiba part ni semua dah tunduk dan ada yang menitiskan airmata, termasuklah yang menulis ni). Ustaz kaitkan dengan audienskan, kita hari ni sedap dapat makan nasi beriani masa kuliah zuhur, tahu tak masa Nabi saw dipulaukan tu barang makanan habis untuk dimakan sehinggakan baginda dan keluarga hanya memakan pucuk tamar muda dan Siti Khadijah ra sendiri yang memanjat pohon tamar tersebut..Allahu sedih sangat tak dapat nak dibayangkan. mama sebagai isteri ni sanggup tak berkorban sampai macam tu??tak tahulah kan...

Akhirnya ada dikalangan penduduk yang bersimpati dengan keadaan keluarga Nabi mereka melihat semula perjanjian yang dibuat, perjanjian yag ditulis tersebut telag pun dimakan anai-anai, tetapi perkataan yang tertulis hanya Allah..jadi disitu keluarga Nabi saw telah pun selamat dari pemulauan. tetapi selepas habis tempoh itu isteri Baginda saw Siti Khadijah ra dan bapa saudara Baginda Abu talib telah jatuh sakit. Siti Khadijah sebelum berkahwin dengan Nabi saw beliau merupakan seorang wanita bangsawan yang dihormati, seorang yang kaya tetapi beliau menggunakan seluruh harta kekayaannya untuk dakwah Rasulullah saw. Hebatnya Siti Khadijah ra ini dari seorang wanita bangsawan yang dihormati akhirnya beliau dihina hingga ada yang meludahnya, namun beliau tetap teguh disisi suaminya, Baginda Nabi saw.(aku isteri yang bagaimana??..sedihhh). selepas itu Siti Khadijah wafat diikuti dengan Abu Thalib. ini menambahkan kesedihan Rasulullah.

Namun kesedihan tidak pernah membuatkan Baginda berdiam diri, selepas itu Baginda Nabi saw bersama anak angkat baginda Zaid bin Harithah meneruskan misi dakwah ke thaif, berjalan kaki selama 10 hari untuk berdakwah tapi sepanjang perjalanan itu tiada seorang pun yang menyahut dakwah Baginda, setiba di Thaif juga begitu, akhirnya Baginda Nabi saw dan Zaid dihalau keluar dari Thaif, sepanjang jalan keluar seluruh penduduk thaif sedia menanti dengan batu, kayu dan pelepah tamar mereka lemparkan kearah Baginda Nabi saw dan Zaid. Ada yang terkena baginda Nabi saw sehingga luka betisnya kata Zaid satu bunyi yang beliau tidak dapat lupakan ketika itu adalah bunyi percikan darah Nabi dalam kasut baginda ketika baginda berlari, dapat tak kita bayangkan bunyi itu? Namun begitu Nabi tidak menangis dan Nabi tidak pernah melaknat ummat Baginda.

Dari peristiwa itulah maka berlakunya Israk Mikraj, yang mana Israk Mikraj itu merupakan hadiah ataupun hiburan kepada baginda nabi saw yang diberikan oleh Allah swt. Bagaimana perjalanan Baginda Nabi saw semasa Israk Mikraj ni semua dah tahukan jadi ustaz takdelah nak bercerita panjang sebab waktu yang terbatas, ustaz bercerita peristiwa sebelum berlakunya Israk Mikraj je, sebelum Israk Mikraj ni Baginda Nabi mengalami rasa dukacita yang bersangatan (amul huzni). Pemulauan keluarga, kehilangan isteri Siti Khadijah Bt khuwailis, kehilangan pakcik Abu Thalib dan dakwah kepada penduduk thaif yang tidak diterima. Yang kita nak tahu apakah kemuncak pada peristiwa Israk Mikraj ini.

Kemuncak kepada peristiwa Israk Mikraj ini adalah "Solat" solat merupakan hadiah dari Allah. Walau sesedih mana atau sesukar mana pun kamu, maka solatlah kerana dengan solat kamu akan tenang. Allah akan campakkan ketenangan dalam hati orang yang menunaikan solat. Sahutlah seruan solat dengan gembira kerana solat itu hadiah dari Allah. Macammana gembiranya kita terima hadiah dari seseorang maka kita sepatutnya lebih gembira apabila bersolat kerana Solat itu adalah hadiah dari Pencipta. Solat adalah kerehatan, apabila sampai waktu solat Nabi saw berkata kepada Bilal "Rehatkanlah kami ya Bilal".. Ketenangan ada dalam hati, solat adalah hadiah untuk hati, bersolatlah walau siapapun kita, walau sejahat mana pun kita.

pic dari google
Wassalam


8 comments:

  1. Perkongsian yg sgt bermakna mama. Kisah2 Nabi walaupun kita telah baca, tapi biarlah kita baca dan baca lagi berulang kali, moga2 dpt menimbulkan kerinduan dan kecintaan kita kpd Baginda saw.

    ReplyDelete
  2. Good sharing. Thanks a lot mama. Besar sungguh pengorbanan baginda nabi SAW & para sahabatkan...

    Mama tulis ni pun kita dah sebak.apatah lagi kalau dengar sendiri kuliah ustaz zul, memang terkesan.

    ReplyDelete
  3. Ana pun baru dengar baru2 ni solat tu untuk tenang dan rehatkan hati kita. Solat hadiah Allah pada Nabi selepas Baginda melalui tahun kesedihan tersebut.

    Beza dengan kita. Makan semua cukup tp masih kurang bersyukur kan kak. Malu rasanya.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik...semoga kita terus menjadi umat yang sentiasa bersyukur kepadaNya..Aamiin

    salam jengah dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangat mendalam.. Sangat bermanfaat.. Semoga kita sentiasa bersyukur pada Allah.. thanks for sharing sis..

    ReplyDelete
  6. tq for sharing.
    aida pun buat ulangkaji semula ilmu yg da lama.
    solat. tiang agama.
    skang aida ni masih lagi dlm proses perbaiki diri. solat awal. khusyuk.
    anak-anak dara pun sama-sama aida bebelkan. moga kita semua di kalangan yg menjaga ibadah sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Sayu kan bila mendengar kisah kisah dakwah baginda dulu, cukup menyentuh jiwa. Hebatnya dugaan dakwah baginda kalau dibandingkan dengan kita sekarang ni. Yelah kan besarnya pengorbanan seorang isteri demi menyokong dakwah baginda....
    Terima kasih Azra berkongsi cerita ....

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak lah berkongsi cerita..
    kadang2 teringat2.. Solat hadiah dari Allah..
    Sepatutnya kita manusia ni, excitedkan nak solat.. Sbb nak dpt hadiah.. Tapi itu la.. Manusia ni selalu lalai dan syaitan sentiasa menggoda.. X ckp org lain.. Ira sendiri kdg2 leka dgn urusan dunia.. Huhu.. Semoga dpt perbaiki diri ini secara istiqamah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kisah cuti 4 hari..ijab qabul maklang & paklang

Assalamualaikum... Cuti 4 hari kemanakah kita? ni mama nak cerita cuti 4 hari mama hari hahaha..bertabahlah baca sebab berjela panjangnya,...