Tuesday 17 April 2018

ILSM, Sungkai

Assalamualaikum...

Sungkai mu tunggu aku datang.. petang ni mama akan ke ILSM (Institut Latihan Statistik Malaysia) di Sungkai akan bertaklimat di sana sampai khamis.

Mulanya cemas juga nak pergi ni sebab takde transportkan, kalau mama bawa kereta, en.azmi macammana pula, kalau en.azmi nak hantar macam jauh pulak, dah mintak pinjam kereta maklang, maklang ok je tapi alhamdulillah akhirnya naik kereta jabatan bersama pegawai dari PO kikiki... mujurlah pegawai2 tu baik hati nak temankan mama, kalau tak cemas jugaklah mama nak drive sorang2 ke sungkai tu kan. kalau ada kawan ok je nak drive sebab biasa je drive jauh2, tapi kalau sorang ni berfikir jugaklah mama.


Ini je lah beg mama, budak2 ni tengok semua tanya "ini je begnya,cukup ke ni?" eh kenapa tak cukup pulak bukan mama nak pergi seminggu, 3hari 2 malam je pun tak perlu banyak2 baju, kita guna je baju yang sama dari pagi sampai malam, bukan main kotor pun kan, malaslah nak angkut beg besar2 nanti nampak macam taknak balik pulak..tapi kan nampak je kecik tu seterika,buku pun ada dalam tu, megi biskut pun ada, macam mana mama letak jangan tanya hahaha. InshaAllah segala keperluan cukup tu. kalau tak cukup pun mama buat2 cukuplah tapi rasanya macam terlebih je bawak tu haa.

Oklah ada masa mama membebel lagi kat sini, sejak akhir2 ni mood nak membebel tu macam takde je..entahlah macam2 yang nak difikirkan pun. Moga semuanya akan baik2 sahaja.

Wassalam

13 comments:

  1. bolehlah singgah makan nasi bamboo.. dah tak jauh dah tu sis..

    ReplyDelete
  2. dh dekat dgn lumut nih., hehe2

    ReplyDelete
  3. Oh nak kursus ek mama. Tinggallah anak2 dgn papanya yg uruskan ye. Biasalah tu nmpk beg kecik, boleh sumbat banyak, dah tentu pikir nak bawak tuala dan segala makneka tu senang urusan kita kan. Oklah selamat berkursus dengan jayanya.

    ReplyDelete
  4. Selamat berkursus kak lah..
    Senang bwk beg kecik kan. Tapi ok la blh muat bnyk brg.

    ReplyDelete
  5. Kalau kat Msia.. beg kecik mmg cukup. Lg2 klu bwk kain sutera, bleh gulung2 sampai jd cenonet. Tp klu kat Perth ni.. dgn baju sejuk yg tebal2 tu.. selai pun dah memenuh2kan beg. Selamat berkursus Mama AA.

    ReplyDelete
  6. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  7. Masih kat Sungkai ya Ilah?...mesti dah rindu dgn rumah dan anak2 kan.
    Biasalah org ppuan ni kalau berjln pasti penuh beg.

    ReplyDelete
  8. hehe, kalau saya pun tak suka bawak barang banyak-banyak ni. selamat berkursus, mama

    ReplyDelete
  9. dah habis kursus dah? esok boleh jalan-jalan shopping hehehe

    ReplyDelete
  10. a'ah la kecik! hi hi hi
    kalau aida, 3 hari pun mcm 2 minggu beg nyer tau.

    ReplyDelete
  11. Hihi... beg doremon tu ! Barang banyak , beg kecik....
    Selamat bertaklimat Azra moga banyak dapat manfaat duk kat Sungkai tu. Satu tempat keje tu awak sorang je ke yang kena perginya Azra....

    ReplyDelete
  12. Ehh macam sikit je barang tu hahahaa

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...