Thursday, 26 April 2018

Busy sangat ke

Assalamualaikum...

nak kata busy sangat tu takde lah, tapi boleh tahan jugakla. minggu lepas balik dari sungkai. minggu ni masuk ofis sehari, selasa kena pergi perasmian G-WAR pulak dah..ehhh bukan mama yang merasmikan tapi mama jemputan ke majlis je la, meramaikan majlis je la kiranya kikiki..besor sangat pangkat kalau nak merasmikan majlis tu ye.

apa tu G-WAR??? singkatan pada Gerakan Wanita Anti Rasuah..anjuran SPRM dan Jab.Pembangunan Wanita. Oklah dapat hadirkan dri ke majlis ni sebab dapatlah juga ilmukan. Sesi ceramah diadakan pada majlis tersebut "BERTINDAK BIJAK : BE YOUR OWN BODYGUARD" Penceramahnya best isi ceramah pun bagus. Be your own bodyguard, jenayah di mana-mana kita perlu berwaspada, jika berhadapan penjenayah apa perlu kita buat? lariiii..itu yang paling utama, jangan melawan dan kalau dia nak duit bagi je. begitulah kata penceramah, siap mama ambik video lagi sebab ada demo juga dibuat. Penceramah kata ilmu ini perlu diajar pada anak2 juga, apa2 situasi pun kita lari je sambil jerit polisss...


Pergi bersama geng2 kewangan...takpe dengan geng mana pun asalkan satu jabatan kita tetap geng.

Hari ni tengah berehat2 senang hati...ehhh takde rehat senang hati pun. Hari dan esok mama bertapa dekat HQ putrajaya pulak nak berbincang pasal sistem pulak. Gitu ko kan mama pasal sistem pun ko terlibat. Takdelah bukan mama yang buat sistem pun, orang sistem jemput untuk bagi pendapat untuk perbaiki sistem dan nak tambah apa untuk sistem. Sebenarnya level pegawai yang pergi mama pendawai je kikiki sebab boss mama cuti mama jadi wakil je la nak bagi pendapat pun terkelu lidah wei bila dah semua pegawai ke, kita pun naik segan dibuatnya kan.

Ok lah mama nak sambung perbincangan pulak...busy ni tak sempat nak lawat kawan2

Wassalam

8 comments:

  1. bizi bebeno tuh kak.... tp mcm best je yg g war tuh.... kadang ceramah gini bgs utk wanita2 nih...
    tak semestinya kene ceramah psl melawa je kan

    ReplyDelete
  2. Ada chance naik pangkat ni mama, kursus sesaja. Apapun buat yg terbaik ye mama, mudah2an disamping mendpt ganjaran di dunia, akhirat pun dpt juga.

    ReplyDelete
  3. Ha'ah... ada peluang naik pangkat nampaknya tu Mama AA.

    ReplyDelete
  4. best tau ceramah macam ni untuk kaum wanita :)

    ReplyDelete
  5. owhhh semua wanita
    baru tau pasal G-War

    ReplyDelete
  6. "Pendawai" la yg penting dari pegawai tau :-)
    sprm's program. best. Lama da aida x folo program opis, AA.
    blogwalking bila free. kalau keje byk, memang x dpt kan. x sempat!

    ReplyDelete
  7. Bagus dan seronok dpt pegi ceramah2 mcm ni..
    Ye la kan, kdg2 bila tiba disituasi mcm tu, kita blh jd panik. Harapnya lidah tak kelu, kaki tak kejung la kan bila berdepan dgn penjenayah..

    ReplyDelete
  8. Baca entri akak ni baru tahu pasal G-War lepas tu gigih google hahaha

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

It's a boy

Assalamualaikum.... Amacam tajuk??? Ada rasa terkejut ke kehkehkeh tajuk saja nak bikin panas je tu... Saja ambik kesempatan bergamba...