Thursday, 12 April 2018

Ada apa dengan RABU??

Assalamualaikum...

pesbuk semalam ramai up status pasal rabu, mama pun tak pasti apakah kejadiannya dengan rabu. tapi bagi mama semalam rabu penuh dengan ujian..macam biasalah setiap ujian pasti ada hikmahNya yang perlu kita pandang dengan mata hati kan.

Okeh semalam pagi en.azmi cakap biar dia je hantar mama kebiasaannya mama yang hantar en.azmi keje. kena bertabah dan sabar sekarang ni, kereta satu je jadinya hari2 mama hantar en.azmi balik pulak kadang mama ambik kadang en.azmi tumpang kawan atau naik lori je. tapi semalam en.azmi kata mungkin dia nak balik awal jadi dia hantar mama, nanti balik mama tumpang kawan je. sekali kawan mama cuti pulak, jadinya kenalah en.azmi ambil petang nanti.

Mama ada taklimat dari pagi sampai petang. wasap dalam group pun berdesup2 masuk sebab dok bincang pasal family day seksyen. sekali ada sorang budak tu cakap dalam group "kak lah suami akak naik ting.20" eh kenapa pulak en.azmi datang ni. takde call pun wasap pun takde, mama pun tunggu je la dekat luar bilik taklimat tu, kot en.azmi nak bagi kunci kereta ke apa kan, mana tahu dia ada kerja nak balik lambat pulak petang ni. sekali mama salah daa... hahaha hadoiiii tau kenapa??? mama terbawa kunci rumah en.azmi datang opis kikiki member dah nak sampai rumah dah baru perasan kunci takde, dah la jauh rumah dengan opis, bayar tol lagi, tapi takpe lah nak buat macammana kan..ehhh dah 2 kali tau jadi macam ni, mama bawa dua2 kunci pegi opis, nasiblah en.azmi tu penyabar orangnya takde nak marah2. kalau tak naya je lah.

Petang dah ayu takde terpaksalah en.azmi datang ambik mama..tengok hari ni saja 3kali tau pergi balik opis mama, takpelah bukan selalu pun kan. sebelum ambik mama tu mama suruh en.azmi ambik adelya dulu dekat transit. masa nak pergi kereta tu mama nampak dah tayar depan tu macam kempis, en.azmi kata tak pe kejap lagi isi angin, sekali masa nak uturn dekat suk tu tayar dah kempis terus memang tak boleh nak gerak dah. en.azmi nak tukar tayar tengok2 tools box takde dekat bonet barulah dia teringat dia kemas kereta hari tu dia letak tool box tu dekat luar lupa nak isi balik..ah sudahhh camno nih, en.azmi dah call abg dan adik dia tapi semua tengah kerja, tak dapat nak tolong.

Mama pun cuba2 jugaklah fikir nak minta tolong siapakan petang2 macam ni, mesti orang sibuk nak ambik anak balik sekolah, call sorang member ni yang selalu tolong mama berkaitan kereta tapi macam mama cakaplah dia tengah tunggu anak balik sekolah, so tak pelah takan nak suruh datang jugakkan. dok fikir2 lagi teringat dekat sorang lagi kawan, dia selalu balik lewat, masa call tu tawakal je la kan. mama call dia terus angkat katanya dia tunggu anak balik sekolah juga, tapi dia suruh mama tunggu nanti dia datang juga, Allah lega mama dengar...Allah berikan ujian Allah juga yang berikan penyelesaiannya kan. tak lama lepas tu en.shah pun sampai, bawa semua peralatan lah untuk tukar tayar. tapi kereta mama ni lain sikit dia punya nat, kena guna alat yang lain sikit. En.shah lah l yang pergi cari dekat bengkel mana entah, akhirnya dapatlah tukar tayar yang bocor tu..alhamdulillah syukur sangat2. syukur juga sebab dah ambik adelya dulu.

Mama yang mengigil masa tu sebab tak sempat makan tengah hari tadi sempatlah makan nasi beriani ayam madu yang mama dapat masa kuliah zuhur tadi. makan berkongsi dengan adelya masa tu sebelum en.shah sampai, mujur lah mama tak sempat makan, dapatlah berkongsi makan dengan adelya, memang niat nak makan dengan anak2 pun sebab dapat nasi special sikitkan rasa macam tak best nak makan sorang2 pulak, tapi rezeki adelya dengan mama je lah sebab mama dah gigil lapar nasik, tengok adelya suka makan rasa macam seronok je belum sempat mama suap ke mulut mama dia dah minta nak lagi. licin sebekas nasi kami makan berdua, en.azmi tengok je lah hehehe.

Alhamdulillah dekat pukul 7 dah settle semua, legakan bolehlah kita berangkat pulang. en.azmi cakap macam2 ujian sekarang ni..takpelah apa yang jadi ada hikmahNya, kita jangan tengok ujian yang Allah bagi tu tapi kita tengok hikmah yang Allah nak bagi..kata mama. Jangan bersedih dengan ujian kita redha je. Ujian bukan sebab Allah tak sayang tapi mungkin sebab Allah rindu dengan kita nak kita mengadu dengan Dia, nak kita dekat dengan Dia.nak kita berserah pada Dia...


Muka ceria lepas makan nasi beriani ayam madu. Mujurlah dah ambik.adelya awal kalau tak susah juga sebab ibu takde sekarang ni kalau nak suruh amik adelya di pasti.

So ada apa dengan RABU???? Rabu penuh dengan ujian hehehe... La tahzan

Wassalam

7 comments:

  1. waduhhhh... mmg dugaan dr pagi sampai ke mlm ye kak... takpelah, nsb suami akak jenis cool
    n nasib lah kete tu pancit bkn masa kita sorang2 yg bwk... mau nngis tepi jln huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la dana..memang dugaan betullah semalam, tapi mujurlah en.azmi tu ok je. kalau sorang2 pun memang akak call je en.azmi jugak hahaha. lepas tu baru call orang lain mintak tolong

      Delete
  2. Oh gitu ek, rabu penuh ujian, huhu..
    Takpelah betul tu, ujian tanda Allah sayang kan..
    Kena tekan2 hati ni supaya sabar selalu..

    ReplyDelete
  3. Berbagai ujian hari Rabu ya Ilah...x pelah setiap ujian ada Allah beri jalan utk selesaikan....Insyallah.

    ReplyDelete
  4. Penuh ujian dan dugaan.. Ada hikmahnya kan sis..Mujur ada yang sudi membantu..

    ReplyDelete
  5. Bonus tu tau dapat suami penyabar mcm En Azmi..... dukung lagi hahaha...
    Biasalah Azra, masalah dan kehidupan adalah kawan karib. Takkan hidup nak lurus jekan....Nasiblah pancit tu bukan masa awak drive keta Azra. Kalau tak ke naya

    ReplyDelete
  6. Mesti masa tu org asik update pasal rabu sbb PRU hari rabu. Hehe..
    Itu la kan.. Bila Allah bg ujian, Allah hantarkan penolong.. Maaf sbb icong xdpt tlg hr tu, dia tgh kerja masa tu. Kereta pun dkt seri setia, ira x blk lg. Mujur la masa pancit tu dgn abg mi kan.. Kalau sorang2.. Ketar juga lutut dibuatnya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Muhasabah diri

Assalamualaikum.. Walaupun handhpone dapat menghubungkan kita dengan orang ramai. sedarilah bahawa ia membuatkan hubungan kita dengan Al...