Tuesday, 4 April 2017

Yang dah lama ditinggalkan.

Assalamualaikum...

hobi mama ni dari dulu-dulu bacan novel, bukan setakat baca tapi beli jugalah. memang banyaklah koleksi novel mama tu dah boleh buka kedai buku kot. Sayangnya ada juga yang dah hilag novel-novel tu, bukan hilang sebab apa tapi sebab kawan pinjam dan tak pulangkan ada pulak tu novel yang tersimbah kari hehehe...mesti kawan tu baca sambil makan kari tu..

Banyak novel mama ni dari bermacam-macam penulislah tapi yang paling banya mama beli dan menjadi koleksi adalah novel norhayati berahim, tapi sekrang rasanya macam tak berapa banyak dah novel dari norhayati berahim tu. Sampaikan en.azmi pun tahulah penulis kesukaan mama tu dan tahu pula tu bila ada buku baru yang keluar. Pernahlah dibawanya mama ke kedai buku untuk beli buku baru keluaran norhayati berahim, sampai tak tahu nak pilih yang mana terus dia suruh amik semua, mama apalagi laju la ambik..hehehe, ada lagi tu bukunya yang mama rasa mama belum beli dan mungkin akan beli nanti.

Masa zaman sekolah-sekolah dulu mama suka baca novel dari ahadiat akashah..lagenda budak setan, balak blues, macam-macam lagilah novelnya, bacaan ringan dan novelnya pun takdelah tebal mana. satu lagi dari penulis zuraidah othman..why me? ada cinta dimatanya..penceritaan yang lucu dan membuatkan mama tersenyum je semasa membacanya tapi sekarang mama tak tahulah sama ada zuraidah othman ni masih menulis atau tidak. Buku-buku cerita ini ini memang mama beli dari zaman sekolahlah.

sedikit novel dari koleksi mama, banyak lagi sebenarnya nih



Ini koleksi mama dari 3 orang penulis tersebut, buku norhayati berahim tu ada banyak lagi tapi dipinjam dan tak dipulangkan...sedih sangat. Paling sedih novel Aalina karya A.Samad Said yang dihadiahkan oleh kawan mama turut hilang, bukan mama yang hillangkan tapi ada yang baca dan hilangkan, sedih mak nak, ada tak lagi jual novel salina tu ye, kalau ada macam nak beli je, mama suka bahasa dan gaya penceritaannya tu.

Sekarang ni mama rasa macam dah tak berapa best nak membeli novel bukan sebab apa sebab mama rasa setiap novel yang mama beli tu, ceritanya sama tapi jalan cerita dan gaya penceritaan je berbeza, watak utama hero heroin kawin paksa, suami kaya, perempuan miskin, ada pula watak penganggu lelaki dan perempuan...haaa macam sama je lah mama baca, sekarang ni drama kat tv pun macam sama diadaptasi dari novel, jadi macam tak berapa best pulak. Ini pendapat mamalah ye..Tak macam baca novel zuraidah othman tu, bukunya nipis je tapi cukup berkesan, buat mama tersenyum dan menangis walaupun hanya ambil masa 2 jam untuk habiskan sebab nipiskan, tapi penceritaannya best.

Tapikan sekarang ni, mama rasa macam nak beli je novel bila mama terbaca sinopsis novel pembancuh kopi mr.vampire dan drama pun ada tapi bukan kat astro la, pelakon yang jadi hero lak macam bagus je lakonannya jadi mama rasa macam nak beli je novel tu, tapi tengah berkira-kira jugalah nak beli ke tak hahaha...sebab ada dijual dekat pesta buku di pusat konvesyen shah alam tu, dekat dah dengan ofis tapi malas pulak nak menapak.. Doalah en.azmi baca entri ni kot-kot dia pergi belikan nanti..heheh

Wassalam

22 comments:

  1. wahh banyaknya novel.. imm tak suka sangat novel huhu.. masa sekolah dulu je layan novel ahadiat akasyah dgn cerpen faizal tehrani. dah masuk u memang tak baca novel lgsunh dah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni memang suka novel imm tapi bila usia dah nak masuk maghrib nih dah tak berapa nak suka sangat dah lagipun cerita novelnya lebih kurang sama je akak rasa

      Delete
  2. Saya zaman muda-muda dulu pun suka baca novel mama aryan. Dan ada koleksinya tapi sekarang semua rosak kena air hujan waktu ribut melanda rumah saya hampir 20 tahun sudah. Sekarang ni saya dah tak baca novel2 yang berlambak2 di jual di kedai-kedai buku tu. Mcm mama aryan cakap kebanyakkan ceritanya sama saja. Kisah-kisah cinta khayalan.

    Novel2 tulisan Norhayati Ibrahim ni banyak di rumah kakak saya. Setiap terbitan ada sebab Norhayati ni berkawan dengan adik saya jadi dia beri satu bila novel baru dia keluar.

    Pernah baca Ombak Bukan Biru tulisan Fatimah Busu tak? Saya suka novel ni. Gaya tulisannya santai dan ceritanya agak sedih. Selepas baca novel ni saya belum jumpa lagi novel2 penulis sekarang yang dapat memikat hati saya. Saya berikan pada anak lelaki saya, dia pun suka dan sama mcm saya, selepas baca novel ni dia dah tak minat lagi nak baca novel penulis2 muda skrg. Katanya ada sesuatu yang terkesan dalam hatinya yg sukar nak jelaskan lepas dia baca novel ni.

    Novel Salina tu masih ada lagi di jual, tapi hanya di kedai-kedai buku tertentu. Cuba cari di deretan kedai2 buku jalan TAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kak ada setiap novel norhayati berahim tu.

      belum pernah baca ombak bukan biru tu, rasa macam pernah dengar, kalau ada terjumpa nanti bolehlah saya beli, teringin juga nak membacanya macam best je.

      itulah novel salina tu pun kalau terjumpa mahu juga saya membelinya nanti

      Delete
  3. blh geng lah kite kak... dana pun minat mengumpul novel, cuma skrg sejak2 dh banyk novel yg di bt drama ngn tajuk yg hipster2 nih dh jarang dana beli novel kecuali novel dr ramlee awang murshid

    novel norhayati berahim dana ada paling banyak tulisan dia kak, paling best skrg kami jd kwn kt fb... dia tak sombong rajin bls komen2 dana... tak sangka btl

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana akak pun dah jarang sangat2 beli, novel ramlee awang murshid tu best akak pun ada juga beberapa koleksinya.

      memang genglah kita banyak novel norhayati berahim tu..hehehe novelnya best, bagusnya boleh jadi kawan dekat fb

      Delete
  4. Replies
    1. ya lah rietta memang banyak koleksi akak, dikumpul dari zaman sekolah lagi

      Delete
  5. Saya pun memang suka baca novel. Banyak sangat buku novelnya sampaikan lepas kahwin, saya jual separuh harga secara online. Tak tahu dah nak letak mana. Penuh dah segala rak buku. Sekarang ni pun samalah kita, hobi ni makin lama makin susah nak diusahakan. Nak kata takda masa, tidak juga. Banyak aje masa, cuma tak pandai nak manage masa agaknyalah!

    Novel Melayu saya kurang sikit tapi Salina tu saya baca. Ada jugalah beberapa tajuk yang best saya pernah baca. Bukan sekadar kisah cinta aje. Betul tu AA, sekarang ni drama adaptasi novel kat TV tu jalan ceritanya sama aje. Boring sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah MD kadang ada juga rasa nak menjualnya tapi kadang rasa sayang, tapi masa poket tengah kering rasa nak jual jerr hahaha boleh juga dapat duit. ya lah MD makin lama makin pudar rasanya hobi ni tapi minat membaca tu masih ada lah cuma mungkin bahan bacaan tu je dah berubah sedikit. kadang nak membaca tu terpaksa juga mencurik masa sedikit.

      saya ni MD memang novel melayu sajalah yang saya baca kalau novel omputih maunya makan tahun nak habis hahaha sekali baca mesti nak semak kamus kikiki untuk fahamkan perkataan.

      betullah MD memang boring bila tengok cerita adaptasi novel macam dah boleh agak je jalan cerita dan endingnya tu

      Delete
  6. Nasib baik akk bukan peminat novel, novel satu pun harga dah berapa, dulu akk penah suka majalah mastika, dah byk gak koleksinya, pastu suami akk buang, sedih...pastu dah malas dah nak beli.

    Mama yan sama mcm ank sedara akk sorang tu, kan main byk koleksi novelnya, sampai boleh buat library kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak rasa macam nak buat library juga dekat rumah saya tu ha

      Delete
  7. sy pun minat sangat baca novel. skrg ni, bnyk novel yg jalan ceritanya lebih kurang ja. sy selalu beli novel dari novelist RAM, Lynn Dayana, HLOVATE, Siti Rosmizah :D

    ReplyDelete
  8. waaaahh..memang nostalgia sangat ni.. saya pon baca semua yang akak mention tu.. lama dah tak membaca novel sekrang ni..huhu

    ReplyDelete
  9. Tolong beri tau saya, novel yg best sekali. Saya nak beli. Kalau boleh novel yang tebal2 supaya lama saya membaca. Kalau boleh tak nak yg kesah cinta. Selain dari cerita semua ok.

    Cerita cinta memang saya tak nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak mahu cerita cinta saya cadangkan en.adam beli novel dari Ramlee Awang Murshid

      Delete
  10. Wahhhhh boleh tahan juga banyak novel yang dibeli. Kalau macam saya, beli novel guna baucer buku je haha kalau takda tak beli la.

    ReplyDelete
  11. samnalah saya pun, dah lama betul tinggalkan novel

    ReplyDelete
  12. Ira suka jugak baca novel.. Kalau yg best tu, mak suruh pegi makan pun, tak pegi2. Tapi ira jarang beli novel, sbb tak pandai memilih mana yg best. Hehe.. Biasanya pinjam kat kawan2 je.
    Novel skg ni lagi la tak menarik minat nk beli. Cerita drama skg ni pun kisahnya lebih kurang je kan..

    ReplyDelete
  13. moga en azmi baca dan dapat akak hadiah novel nanti hihihi. kira pun dulu suka baca novel tapi jadi macam akak la. jalan cerita nya sama takde beza. balik kawen dgn org kaya. tu yg jadi meluat nk beli novel baru. kira memang spesies susah nak bagi pinjam novel kat org. bagi pinjam pun dekat org yg memang kita tau jenis ulat novel macam kita. takut dia buat hilang

    ReplyDelete
  14. Banyaknya novel....dulu suka juga beli novel sebab minat juga baca novel tapi kebelakangan ni minat tu berkurang sebab jarang dah terbeli novel...

    ReplyDelete
  15. Samalah dgn lya..esp novel ahadiat akashah...mmg byk..skarang dh x smpat nk hadap..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...