Saturday, 29 April 2017

Mama...abang dapat surat cinta

Assalamualaikum...

Mama tengah sibuk didapur membersihkan ayam,udang dan sotong yang dibeli en.azmi sebelum dia pergi kerja tadi. Sedang asyik buat kerja mama terdengar jeritan dari adelya "mamaaaa...abg dapat surat cinta" amboi budak sorang ni tahu pulak tu surat cinta.

Mama pun tengoklah surat yang abg adam dapat tu.



Tu dia haaa...daripada auni kepada adam lagi tu. Auni ni anak jiran, mama pun tengoklah isi kandungan surat tu...hehehe nak juga tahukan.dok sibuk mama nak baca si adelya kat depan dah bising-bising.."hei auni kenapa kau bagi surat cinta dekat abg kita haaa" aduhh kepoh betul budak sorang tu. Dia pulak yang terlebih kata surat cinta, apa makna cinta pun entah tahu entah tak agaknya.



Isi kandungan surat...ooo suruh teka darjah berapa je rupanya dah macam soalan periksa pula hehehe..ayat nak mengayat ke apa ni mama pun tak tahu juga. Pagi-pagi dah buat lawaklah budak-budak ni. Adelya di kepoci tu, siap cakap kat pengasuh dia "ibuuu...auni cinta abg kita" aduhh budak sorang nih. Mama nak buat kerja pun tergendala.

Oklah mama nak sambung buat kerja-kerja memasak pula.

Wassalam

11 comments:

  1. Hahaha.. Amboi adelya boleh jd geng gosip ni.. Blh tahan kepoci dia ye..
    Wah abang.. Da peminat rupanya..

    ReplyDelete
  2. haha.. kemain kan budak-budak sekarang.. adik bongsu e'in pun selalu dapat surat cintan cintun nie haa..

    ReplyDelete
  3. HEH..HEH.. BUDAK2 LA NI TERLEBIH CERDIKNYA

    ReplyDelete
  4. Hahahah cute sangat siap ade pilihan jawapan a b c lagi tuu..

    ReplyDelete
  5. Haha, siap suruh bulatkan jawapan yg betul plak, lawak2x.
    Hai adelya, manalah belajar sebut surat cinta tu.

    ReplyDelete
  6. Lucu lah Adelya ni...camna lah tau surat cinta tu apa?.hahaa..

    ReplyDelete
  7. Hahaha! Ada 'reporter' tu yang tak tahan! Bukan apa, Adelya cemburulah tu takda siapa nak beri dia surat cinta. Kahkahkah!

    La, kebetulan pulak tau, AA! Anak saya yang sulung tu Adam juga namanya. First 'girlfriend' pun namanya 'Auni'. Masa Tahun 1 ke 2 dulu, memang kecohlah dia dengan si Auni ni. Cinta bertepuk sebelah tangan aje - Bubbly Abang tak heran pun cintan-cintun tapi Auni memang rapatlah dengannya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, adelya mcm reporter.
      reporter cute :) ha ha

      Delete
  8. Hihi....cinta ayam ni namanya. Cinta monyet tahap umur darjah 5 ke atas.
    Si adik pulak yg lebih ye.

    ReplyDelete
  9. alahai. comel nyer surat-menyurat ni :)

    ReplyDelete
  10. comel je perangai Adelya hihihi. mama dah ada calon menantu nampaknya hahahaha

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...