Resepi roti puri

Assalamualaikum...

Mama nak share resepi roti puri yang mama buat hari tu sebab ada yang minta share resepi, bajet terror tu takdelah tapi setakat nak makan anak-beranak bolehlah kan. resepi pun makngah yang share mama taktahu la makngah ambik dari resepi siapa ni.

Kata makngah anak-anak mama suka makan lempeng, dah selalu lempeng cuba ubah buat puri pulak, itu yang gigih makngah share resepi tu, tapi memang anak-anak suka pun, siap cicah dengan sambal bilis, sorang 2 keping pun tak cukup.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu garam
3/4 air panas

Cara-cara :

- Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak.
- Masukkan air panas, gaul rata, uli sampai jadi doh dan tak melekat di jari.
- Kemudian bulatkan kecil-kecil (ikutlah nak besar mana), lepas tu perap selama 15 minit.
- Setelah adunan kembang, lenyek dengan penggelek(macam mama takde penggelek guna anak lesung batu je..kikiki, janji jadi).
- Panaskan minyak goreng hingga kekuningan.


ulang tayang gambar hari tu.

makan dengan sambal bilis..wahhh mabelles.

Wassalam

Comments

  1. Pergh....yg tak tahan ada munge tepi tu haha.....
    Betullah, asyik buat lempeng je jemu jugak ek. 2 cawan tepun tu dapat berapa ketul puree Azra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat la 7 ketul..

      Munge tu saja nak interprem hahaha

      Delete
  2. Akak nak buat juga lah ikut resepi Ilah ni .Anak2 akak ada yang balik esok .Ada yang tukang makan .Cicah kari ayam ok juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kak cicah kari ayam lagi sedappp

      Delete
  3. akak suka roti ni.
    tapi malas nak buat.
    heeee

    cicah apa je sedap kan.

    ReplyDelete
  4. Amboi mama beroti puri pulak ye...

    Kita pun pernah buat juga, resepi Mak mentua tapi Mak mentua panggil roti arab :p kita suka cicah dgn kari. Dap baq hang!

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan lagi, nanti nak try

    ReplyDelete
  6. aida pernah makan ni, tak pernah buat sendiri la.
    sedap!!!
    kat kedai mamak.
    the very first time aida makan, member india bwk ke opis.
    memang menarik puri ni.

    ReplyDelete
  7. Dah ada siap dengan resepi ni, apalah salahnya mencuba ^_^ Yalah tu saya nih! Nampak macam senang, memanglah patut try juga nih.

    ReplyDelete
  8. kira pun suka roti ni. makan dengan sardine. perghhhh hihihii

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts