Mati kutu

Assalamualaikum....

Mati kutu mama...jemu pun ada dah ambik cuti isnin selasa sebab nak balik kampung tengok tok operate hari ni, sayangnya ada aral pulak. En.azmi tak boleh bercuti sebab ada budak berenti dan ada barang yang perlu dihantar..hmm nak buat macammana, nak drive balik sendiri dengan anak-anak boleh je, tapi tak dibaginya.

Jemu tau dak cuti tapi tak buat apa2, jadi moh le membebel kat sini bagi reda perasaan gundah gulana mama nih sambil ditemani riuh rendah anak-anak. Petang semalam dalam bosan-bosan taktahu buat apa siaplah satu benda yang mama buat kat rumah ni.. Apa mama buat tu? Haaa nak mendeko-deko lah kononnya kan, nak tau ke apa yang mama dekokan tu? Kikiki takde apa pun sebenarnya.


Kononnya nak buat taman kat tanah sekangkang kera tu haa...eceh berangan je mama ni ha taktau menjadi ke idok, itu baru siap pagarnya, itu pagar tu dari bahan terbuang je tu, sebelum ni menyemak mata je sebab tak dibuang-buang sudahnya dapat idea buat pagar. Kata en.azmi nak tanam bunga seri pagi..hmm ok juga tu, mama lak nak cari bunga menjalar lilit kat pagar tu...ewahhh kemain berangankan.

Rumah jiran sebelah tu dah banyak pokoknya kunyit, daun kari semua ada. Jiran-jiran lainpun macam tu juga, tapi mama nak tanam bunga heheh..nak daun kunyit ke kari ke minta jiran sebelah hahaha sendiri nak tana m bunga pulakkan.oklah tu ye dak. Bunga menjalar apa yang cantik ye untuk ditanam.

Tapi nampak tak cantiklah taman mama sebab ada tong hitam tu. Oh yan tong hitam tu pemaju yang sediakan, tangki atas pun ada. Alkisahnya kawasan sini tekanan airnya tak berapa kuat untuk dapatkan cf pemaju kena sediakan pam air. Jadinya kat depan tu memang ada pam air yang dipam masuk tong hitam tu kemudian disalurkan ke tangki atas kira oklah pemaju sediakan ada taman lain kena beli sendiri pam dalam 2,3 ratus juga harga, kalau yang bagus lagi mahal la kot.

Jadinya kena fikirkan taman dengan bungaan yang boleh melindungi tong hitam itu. Dapat beberapa gambar dari makngah yang mencadangkan bunga yang menjalar untuk pagar itu hmm menarik gambar yang diberi tapi tak tahulah menjadi ke tidak mama buat. Moga-moga menjadi hendaknya.

Oklah nak sambung mrngemas. Dalam pukul 10 tok akan dibedah. Semoga Allah mudahkan segala urusan tok.. InshaAllah. Moga nanti anak-anak boleh balik tengok tok, kesian anak-anak mama tu..takpelah anak-anak belum rezeki kita nak tengok tok. Kadang dengar luahan anak-anak mama pun jadi sedih.. InshaAllah anak-anak satu hari nanti ya. Ok takmo sedih-sedih...jom tengok taman yang hanya ada pagar saja sambil berangan nak buat taman macam mana.

Wassalam

Comments

  1. Kalau dah tanam..bila pokok dah mula hidup subur tong hitam tu dah terlindung..hehe..

    ReplyDelete
  2. saya pun ada juga kawasan camni. mungkin saya nak upah orang je nanti. habisciter. haha

    ReplyDelete
  3. dah terbayang cantiknye bunga tu menjalar....

    ReplyDelete
  4. Sorrylah, AA! Toknya di mana yang tak boleh balik menjenguk?

    Semoga atoknya selamat menjalani pembedahan dan pulih dengan cepat...

    Bab tanam-menanam ni, tak payahlah tanya pendapat saya. Saya ni tanam apa pun tetap layu akhirnya. Tetap layu ya, bukan tetap hidup subur ^_^ Tangan saya tak hijaulah. Tanam cili padi separuh jalan kawan dah bantu pun boleh layu pokoknya!

    Bagi sayalah, kalau tanam bunga barulah cantik nampak taman berwarna-warni. Kalau tanam sayur ke pokok herba ke, macam tak best pulak hijau aje. Tapi yalah, boleh tuai hasilnya...

    Semoga taman kecil idaman AA tu menjadi. Barulah meriah rumahkan!

    ReplyDelete
  5. naper takmo tnm tanaman serba guna kak... mcm serai, kunyit, bawang...

    kalau bunga2 tnm rose jepun senang nk menjaga nya kak...

    ReplyDelete
  6. Dalam mati kutu ,ada pulak idea ,jadilah sebuah taman.
    Okey juga tanam bunga2 ,tambah keindahan ruang laman.

    ReplyDelete
  7. bagus la pemaju akak sediakan pam. rumah kira sewa lani pun tekanan air sgt rendah. time maghrib langsung takde air.

    kira sejenis manusia tak suka tanam bunga, lebih suka tanam pokok yang boleh buat masak. tapi kira tanam je. yang menjaganya suami hihihi

    ReplyDelete
  8. Pagar tu kak lah tukang sendiri ke?
    Hebat💪💪
    Tanam kunyit, cili dalam pasu je.. Taman tu tanam bunga2.. Hehe.. Dekat pam tu buat air terjun.. Haha..
    Alhamdulillah, tok da selamat dibedah.. Mudah2an tok dpt keluar awal.

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, saya buat kolam ikan kat situ mama aryan. Saya suka dan seronok tengok ikan2 kecil berenang2.. boleh ralit dibuatnya.

    ReplyDelete
  10. Bunga yang menjalar ada yang cantik. Saya tak pasti nama dia apa. Kat kampung biasa ada. bunga dia kecik2 warna merah bila kembang. Daun dia halus-halus aje.
    Tapi kena jaga-jaga juga akak. Takut nanti jadi semak bahaya pula untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  11. Salam mama,

    Moga Tok kembali sihat.

    Letakkan tanaman air pun OK mama... Senang nak jaga. Pastu letak ikan kecik2 mesti best je.

    Takpun susun pasu tanaman/bunga dapatlah cover tong hitam tu..

    Good luck mama :D

    ReplyDelete
  12. Saya tak tanam bunga. Tapi belakang rumah saya tanam sayur. Adalah sikit. Nampak cantik jugak, hijau semuanya. Warna daun bagus untuk mata. Entahlah. Saya tak kaji pun tu.

    Bila ditanya kat pompuan semua kata suka semua bunga. Menasabah ke jawapan tu. Bunga lalang dia suka ke. Kadang2 dengan bunga api pun takut.

    Saya harap tok selamat sekarang.

    ReplyDelete
  13. Lepas ni saya tak nak tanam sayur lagi. Saya nak tanam tebu di bibir.

    ReplyDelete
  14. apa yg mati kutunya Ilah. Tu kan dah berhasil kerja dihari cuti tu.

    Pada akak, tanam pokok berbunga meriah sikit halaman dgn warna-warni tp kena rajin ler memangkas dan membaja utk kekal berbunga. Kalau pokok hijau atau sayur2 tu, ku lihat hijau ajer lah. Apa2 bergantung pd kreativiti Ilah, kalau pandai semua pun jadi cantik nanti.

    Akak tunggu hasilnya ya ^_~

    ReplyDelete
  15. wahhhhh cantik juga kak kalau tanam pokok bunga yang melilit pagar tu! okay saya sokong. tak sabar nak tengok hasilnya hehe. bagus juga pemaju ni sediakan tong hitam. kalau kena beli sendiri kos lagi kan.

    ReplyDelete
  16. Wuihhh pandainya bertukang. Ni mmg betul tengah semangat nak mendeko ni nampaknya.
    Ni belah belakang rumah ke Azra? Ha a elok jugak buh pokok pokokan kat situ ek. Nampak terlindung sikit tong tu. Susun pasu je Azra senang kerja hihi....

    ReplyDelete
  17. Cantik pagar tu...kalau dah ada bunga melilit kat situ lagi lah tambah cantik....

    ReplyDelete
  18. Bestnya ada tanah. Boleh bercucuk tanam even sekangkang kera pon ☺

    ReplyDelete
  19. Rumah lya simen penuh..xde kawasan tanah.. Tp kt luar pagar ada tanah sikut..lya ada tanak pokok y bunga purple tu..xtau nama apa.. Tp mmg byk org buat lanskap.. Cantik.. Y penting sng jaga n tanam.. Just cucuk2 batang dia je kat tanah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts