Friday, 7 April 2017

Achamm chicken chop

Assalamualaikum...

Hari tu lepak-lepak rumah ibu, makngah makdak pun ada. Ibu biasalah hari minggu malas nak.masak walaupun adik-adik datang rumah hangin jek tau, kita lapar dia tak masak hahaha nampak sangat adiknya lagi teruk..sayang dapur sayang beras takmo masak nak pergi makan rumah kakak.

Seronok juga duduk dekat dengan rumah ibu ni, kadang dok terfikir nak masak apa-apa tiba-tiba anak buah muncul depan pagar hantar kari kepala ikan, haa dah settle satu lauk jadi mama tambah je dengan.sayur dan telur dadar. Kadang anak buah datang bagi pizza. Kadang ibu datang ambil anak.makan chicken chop pastu siap bungkus untuk mamapapa lagi.

Hari tu sebab ibu malas masak makngah ajak makan diluar, kata ibu ada kedai chicken chop baru dibuka..sedap dan harganya pun murah rm5 saja..haa kalau macam tu kita pergi sajalah makngah belanja hehehe. Teruslah kami tuju kr situ mama pula singgah rumah dulu ambik tupperware yang nak bagi pada adik beradik. Kisahnya tupperware tu dah lama simpan dalam stor masa nak pindah dulu baru jumpa.. teruk betul..mama amik gambar bagi kat group terus semua nak cop. Mama ok je sebab mama tak suka pun banyak-banyak sangat sebab takde tempat nak simpan, rumah sekarang takde stor.

Haishh melalut cerita tupperware pulak mama. Okeh seperti tajuk entri itulah nama kedai yang kami tuju. Tuu diaa...meriah ramai orang siap tempat duduk ada khemah macam kenduri kahwin, orang memang ramailah.



Tengok tu senahagian je, kawasan memang luas dan nak tunggu makanan sampai pun agak lama juga la, air yang ada air-air biasa saja air buah memang takde ye, muncunglah anak mama yang sorang tu bila fresh orange yang disukai tiada..geram je mama tengok.macam nak diikat saja muncungnya tu, tapi mujurlah kali ni boleh dipujuk lagi sebab ramai-ramaikan pulak tu maktam siap belikan jam lagi.



Ini antara yang kami order chicken chop, meatball yang takde dalam gambar lamb chop, potato wedges...semua makanan harga rm5. Orang ramai dalam pukul 11 siapa yang datang nak order tu makanan dah habis. Apakata mama? Sedaplah makanannya makan ramai-ramai bertambah sedap, tapi sebab orang terlalu ramai taktahu la bila mama nak datang lagi. Oh ya dekat area rumah mama banyak kedai makan, setakat 1-2 pagi kalau kebulur malas nak masak tahap gaban bole lagi keluar cari makan hihihi tapi jaranglah mama buat macam tu..

Ok lah kedai makan ni area jalan kebun je, betul-betul.depan sekolah agama jalan kebun. Mari le cuba nak mama belanja mai la datang rumah hehehe...ok kalau ada salah eja tu mahap la ye jari mama tak runcing..

Wassalam

11 comments:

  1. Rumah baru ni dkt dgn rumah kakak kak lah ke? Best la camtu.. Hehe..

    Sedap dan murah..ramai la yg nk mencuba kan.. Bila2 blh pegi lagi..

    ReplyDelete
  2. aduhai terliur akak tgk meatball tu..
    murah ye Ila, RM5 jer semua harga. senanglah Ilah nak bawak anak2 makan kat sini kalau mereka tetiba nak makan..

    ReplyDelete
  3. Cer bagi alamat penuh sikit. Kat belah mana ni? Saya kalau setakat beritahu Jalan Kebun, memang tak jumpalah. Saya sebenarnya tak berapa pasti AA tinggal kat area mana ni yerk? Hahaha!

    Kalau dah murah dan sedap, tentulah ramai orang yang datang nak mencuba, AA. Tapi itulah, macam saya sekeluarga ni kalau terlalu ramai sangat orang sampai melanguk nak tunggu meja sebab nak makan, memang kuranglah sikit. Kami kalau boleh sampai-sampai terus dapat meja dan order makanan. Kalau dah gitu gayanya, pi lah cari kedai yang tak ramai orang! Lepas tu jangan komplen banyak. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan juga tu kak kalau setakat RM5! Memang berbaloi la nak makan. dia punya chicken chop pun nampak sedap je tu fuhhh terliur.

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeeee chicken chop.. feveret e'in nie..

    ReplyDelete
  6. Wow murah tu mama yan, tapi ramainya org, yelah skrg ni semua nk cari g jimat2 kan, kalo dekat mau gak pegi ni. Ni kira promosi ke rm5 ni, ke smp bila2 harganya camtu?
    Untungnya rumah dekat2 dgn adik beradik, meriahla raya nnt.

    ReplyDelete
  7. Rumah mama aryah kat mana, nak datang ni... bukan dtg nak makan kat rumah tapi bawak kite ke kedai chicken chop tu...hehehe.

    ReplyDelete
  8. sedap Nampak. portion pun besar. harga murah. tapi tula sebab murah kena la bersabar sikit baru dapat makan hihihi. kita boleh la sabar. bila ada anak2 huuu mesti jenuh kepung tu. dekat rumah kira pun ada chicken chop RM3.90 tapi servis cepat sebab dorang goreng ayam tu dah siap2 tinggal nak hidangkan je

    ReplyDelete
  9. Bestnya ada adik beradik dekat...
    Murah mmg murah kalau RM5 henggit tu ye Azra. Sekarang ni mana nak dapat lagi harga tu. Kuah pun banjir nampaknya tu. Jauh pulak nak ke Jalan kebun

    ReplyDelete
  10. Murahnya makanana dia....sedap pula tu....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...