Saturday, 27 February 2016

Basuh kasut sekolah

Assalamualaikum...

Pagi-pagi hari cuti, rutin biasa..menyediakan sarapan, membasuh, mengemas. Sedang mama asyik mengemas baju yang siap dilipat,mama terdengar ada orang memberus di bilik air, setahu mama en.azmi keluar ke kedai.

Sekali mama tengok...aduhaiii tersentuh hati mama dengan anak yang seorang ini.



Adrien ni memang agak rajin menolong jika mama buat kerja, tengoklah tu basuh kasut sekolah sendiri, dalam usia 4thn 2bln adrien dah boleh basuh kasut sekolah mama bangga dengan adrien.

Siap je membasuh datanglah adrien pada mama

"mama..yen dah basuh kasut sekolah yen, tapi ni ada kotor sikit lagi"
"Sikit je tak apa, terima kasih rajin tolong mama" pujian perlu diberi setiap kali anak-anak menolongkan, sebagai semangat untuk mereka dan jangan lupa ucap terima kasih, sebagai balasannya anak-anak juga akan mengucapkan terima kasih bila mama melakukan sesuatu untuk mereka.:-)

Sebelum ini mama pernah berkata pada adrien, sudah makan pinggan perlu dibasuh sendiri, apa adrien jawab?

"Mama..yen nak buka paip basuh tangan pun tak sampai,macammana yen nak basuh pinggan" hahaha...betul juga tu, setiap kali nak basuh tangan mesti mama atau abang adam yang tolong bukakan paip. Tak mengapa adrien, tunggu besar sikit baru basuh pinggan ye.

Setiap anak punya karekter dan keistimewaan serta kelebihan dan kekurangan masing-masing kan, sebagai mama..semua itu adalah pengalaman yang indah, tak perlu dibezakan setiap anak. Adam,adrien & adelya...ketiga-tiganya pandai mengambil hati mama dengan cara mereka tersendiri.

Allahummasolli a`la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kalau nak usha dress,blouse, minyak wangi boleh jenguk Gerobok kak lah

Friday, 26 February 2016

The teapot deli

Assalamualaikum...

Jumaat rehat yang agak panjang, luangkan sedikit masa makan bersama adik-adik ofis. Kali ini makan di tempat yang dekat sahaja, berjalan kaki saja kami tuju ke situ.

Tempat ini terletak di SACC mall, di tingkat 2 jika tak silap mama, sewaktu kami sampai tiada tempat kosong. Tak apalah beratur sahaja menunggu kekosongan.


Wajah-wajah ceria menunggu makanan tiba. Inipun tak cukup korum lagi, masih ada 2,3 orang adik yang tidak turut serta.

Semua menu nampak menyelerakan, ada menu yang ada pada hari-hari tertentu sahaja. Mari tengok apa yang menjadi pilihan kami.



Menu yang dipilih roasted chicken, chicken pie wif fries, chicken leek, victoria sandwich cake, nasi tomato (kalau tak silap hanya ada pada hari jumaat) dan chicken sandwich. Alhamdulillah semuanya sedap sangat, mashed potato yang dihidang bersama roasted chicken itu sangat sedap. Harganya berpatutan, standard saja dengan kedai lain yang pernah mama pergi, boleh diulang pergi bersama suami dan anak-anak nanti.

Selepas makan sempat lagi membeli sehelai shawl, setelah itu bergegas pulang ke ofis, walaupun waktu masih awal, tapi masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

Nah sekarang, masih menunggu en.azmi tiba, jam sudah 6.15pm mama masih tercegat dibawah bangunan ini menunggu dijemput suami, selesai pula satu entri...

Sekadar berkongsi tempat makan yang mama rasakan sedap, mana tahu dapat beri idea pada kawan-kawan untuk jalan-jalan cari makan nanti.


Allahummasolli a`la sayyidina Muhammad
Waala a`li sayyidina Muhammad

Wednesday, 24 February 2016

Rawatan Iridology

Assalamualaikum...

Sapa tahu rawatan iridology?meh la mama nak cerita, beberapa hari lepas mama ada buat rawatan iridoly ni, berikutan ada rasa sedikit tidak selesa di sesuatu bahagian, bahagian mana tu tak yah la mama ceritakan..hehehe

Rawatan iridology ni adalah mengetahui tahap kesihatan melalui anak mata.Caranya dokte akan mengambil gambar mata kita kiri dan kanan, kemudian akan disimpan dalam komputer, lepas tu dokte tengoklah mata kita tu macam mana, apa sakit yang kita ada melalui mata kita tu. Apa sakit mama? tiada apa yang hendak dirisaukan pun..hehehe

Sebenarnya mama tidaklah nak bercerita apa yang dokte cakapkan pasal mama tu, mama nak cerita apa yang dokte kongsikan dengan mama je, badan manusia normal memerlukan alkali 7.4, jadi kita perlulah makan atau minum sumber yang membekalkan alkali.Sekarang ni famous air kangen tu, kalau sesiapa ada duit lebih bolehlah beli mesin air kangen tu, Harganya boleh tahan, kata dokte air kangen tu memang bagus. Mama ada guna yang beauty water dan asidic sembur dimuka yang gatal, alhamdulillah berkesanlah untuk mama, hilanglah gatal-gatal tu

Diet harian, badan memerlukan 20% sumber dari protein dan karbohidrat, manakala 80% lagi adalah dari sayur-sayuran dan buah-buahan, tapi kadang kita ni terbalik, ambil karbohidrat berlebihan, nasi banyak sayurnya sedikit, tapi bagi yang makan sayur banyak tu, alhamdulillah...bagus dan teruskan. Nampaknya mama pun kena mula amalkan makan secara sihatlah, lebihkan buah dan sayuran.

Dalaman kita...buangkan semua aura negatif, biar yang tinggal hanya aura positif, macammana nak positif? fikirkan semua benda yang baik-baik saja, bila datang ujian, anggap itu hadiah dari Allah, Allah uji tanda Dia sayang, teruskan berfikir yang positif, jangan biarkan satu pun benda negatif hinggap dalam fikiran kita.

Bagaimana nak menepis benda-benda negatif dari masuk ke dalam kita? kukuhkan benteng diri dengan iman dan takwa. yakni kukuhkan hubungan kita dengan Allah, kukuhkan hubungan kita dengan orang sekeliling, banyakkan membantu orang lain,banyakkan bersedekah, yang penting buat semua tu dengan ikhlas, barulah aura negatif tu tidak dapat masuk, bila benteng pertahanan kita kukuh.

Bila berdoa, walaupun didalam hati pastikan ada kesan secara visual...tepat dan jelas, bagaimana caranya? bila berdoa kita nak pergi Makkah, bayangkan terus gambarannya yang kita ni berada di depan kaabah Jika mahu kereta? berdoalah apa kereta yang kita mahu, kalau bmw..berapa series, apa no.platnya, kalau nak berjaya...berdoalah dan bayangkan kita berjaya, kalau nak bahagia suami isteri bayangkan kita hidup bahagia dengan suami, jangan pula, berdoa nak bahagia, tapi kita berfikiran negatif, bayangkan suami bermain kayu tiga..itu tak boleh, bayangan visual tu mestilah selari dengan apa yang kita minta...itu sebagai contohlah, mesti kawan-kawan banyak lagi yang hendak dimintakan.

Minta saja apa yang kita mahu, mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan redha, bila minta tu jangan minta sikit-sikit, minta banyak-banyak, minta dengan bersungguh-sungguh..inshaAllah pasti Allah beri dan apa yang Allah beri pasti bersesuaian dengan apa yang kita perlukan.

Sekadar itu yang dapat mama kongsikan setakat ini, moga-moga dapat memberikan manfaat bersama.

Doakan yang baik-baik..bila kita doakan yang baik-baik, pasti yang datang pun yang baik-baik sahaja inshaAllah...tapi jika yang datang itu yang tidak baik anggaplah itu satu ujian, apapun terima semuanya dengan sabar dan redha, berbaik sangka dengan apa yang Allah berikan pada kita.

image dari pakcik gugel



Allahummasollia a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 23 February 2016

Tak rasa bersalah, malah bersyukur

Assalamualaikum...

Perkahwinan itu satu perkongsian jadi semuanya perlu dikongsi, mengurus rumahtangga dan anak-anak. Sejak awal berkahwin lagi suami mama rajin menolong buat kerja rumah, rasa bersalah? memang takde perasaan itu, malah mama rasa bersyukur bila en.azmi membantu.

Mama dibesarkan dalam keluarga yang mana arwah ayah dan arwah emak saling membantu dalam menguruskan rumahtangga, arwah ayah tidaklah hanya menunggu makanan terhidang, air basuh tangan disediakan, pinggan sehabis makan ada yang tolong angkat bawa ke sinki.

Tidak...arwah ayah orangnya akan tolong membasuh pinggan jika pinggan penuh di sinki, arwah ayah orangnya akan menyapu sampah jika dilantai penuh sampah, sekeliling rumah juga arwah ayah yang sapu, bukan nak kata arwah emak tak buat kerja-kerja tu ye, tapi mereka saling bekerjasama, jika emak sibuk melayan kerenah anak-anak, ayahlah yang tolong mengemas apa yang patut.

Masa arwah emak berpantang pun arwah ayahlah yang menyediakan juadah untuk kami dan untuk emak yang berpantang. jadi situasi di mana suami membantu isteri dengan kerja-kerja rumah itu adalah perkara biasa bagi mama, kerana mama dah tengok keadaan itu sejak mama kecil lagi.

Memang sepatutnya begitu, suami membantu isteri sebab isteri juga membantu suami dalam mencari rezeki.Kalaupun isteri itu surirumah, suami perlu juga membantu kerana sebagai surirumah lebih memenatkan, kerja tak pernah habis.dari buka mata hinggalah nak tutup mata semula, tidur ye,

Isteri juga perlukan masa untuk diri sendiri.Tak banyak..sedikit sahaja masa yang diperlukan, kadang en.suami bawa anak-anak ronda-ronda dan bermain di taman,mama dirumah adalah sedikit masa untuk diri sendiri, menikmati secawan lemon panas ditemani sebuah buku, tak lama...setengah jam pun sudah memadai,asalkan dapat bersendirian seketika...sebelum memulakan kembali rutin yang biasa.




apa yang penting kerjasama dalam apa jua keadaan...hidup ini bukan hanya ada aku, tetapi ada kita, dia dan mereka...bahagilah masa sebaiknya, untuk kita dan mereka...inshaAllah segalanya pasti akan sempurna...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

wassalam


Saturday, 20 February 2016

Bila mama terlebih rajin

Assalamualaikum...

Mood apa entah hari ni, terlebih rajin pula mama. Selesai tengok program tanyalah ustaz di tv9 teruslah ke dapur. Permintaan en.azmi nak breakfast ala western kononnya, alang-alang dah ke dapur ters saja mama siapkan juadah lunch dan minum petang.


Hasil airtangan mama pagi ini, breakfast ala western la sangatkan hehehe... Kira bolehlah tu, melayan tekak en.azmi, mama pun bedal juga takde hal makan apapun. Lunch mama buat spaghetti meatball siap ajak kakak datang makan, bukan apa anak buah mama suka sangat spaghetti maklang dia ni, dah lama tak buat untuk anak buah jadi hari ni buatlah lebih sikit untuk diberi pada anak buah.

Untuk minum petang try buat dumpling yang mungkin tak berapa nak menjadi tu hehehe takpe lah cuba je, satu lagi strawbery chesse cake, hari tu buat untuk jamuan ofis, terlupa pula orang kat rumah ni pun suka juga, dah si dia bertanya "tengok dalam peti takde pun?" So hari ni buatlah, bahan pun ada lagi, untuk buah hati tercinta.

Tengok jam 11.30 semua juadah dah siap, bersenang-lenang dengan telefon seketika. Ok lah itu je cerita mama hari ini.
Allahummasolli a`la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 19 February 2016

dapat juga apa yang dihajati

Assalamualaikum...

sudah lama anak-anak inginkan benda ini, dari hari lahir mereka lagi bulan disember hari tu, tapi biasalah, nak membelinya kena ada cukup kewangan dan perlu dahulukan apa yang penting.mujur anak-anak ini jenis memahami juga.

Semalam dapatlah apa yang diingini tu, tersenyum lebar adrien melihat mama bawa sekotak besar barang, barang tu en.azmi yang beli bukan mama, tapi diposkan ke ofis mama...hehehe. Bila tengok isi di dalam gembiralah adrien dan adelya, abang adam belum pulang dari sekolah.jadinya mereka berdua sahaja yang mencuba.

Tak sabar betul nak mencuba, teruslah minta mama dan papa pakaikan, en.azmi cakap pada adrien "belajar sampai pandai,kalau tidak papa pulangkan balik" adoiilah papa pun, namun adrien memang bersemangat rupanya, petang semalam adrien mencuba sedaya upaya, akhirnya boleh adrien berdiri dan mengimbang badannya.


Seronok anak-anak membuka bungkusan, inilah yang mereka mahukan sejak hari lahir mereka tahun lepas,yang murah je mampu dibeli, oklah asalkan boleh digunapakai.


Adrien sangat gembira, berusaha untuk mengimbangi badan dan akhirnya berjaya. Seronok mama tengok anak-anak gembira.


Adelya pun bersemangat juga nak berroller blade,walaupun sebenarnya papa beli 2 pasang je untuk abang adam dan adrien,tapi adelya dah cakap pink tu dia punya, nampaknya papa kena beli sepasang lagilah untuk abang adam.

Berlatih sungguh-sungguh ye anak-anak mama sampai pandai main roller blade tu hihihi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 18 February 2016

Kembali senyum

Assalamualaikum...

Lega hati mama bila tengok bidadari kecik mama ni dah tersenyum kembali..alhamdulillah, terima kasih buat yang mendoakan bidadari mama adelya azra.


Dah boleh senyum walaupun masih tak seceria biasa,tapi sudah cukup untuk melegakan hati mama ni. Tengoklah tu ambil henfon mama nak selfie qu puteh..qu puteh barulah puteh...hahaha

Moga anak-anak mama terus diberi kesihatan yang baik,demam sikit-sikit tu biasalahkan cuma sebagai mama ni rasa risau tu tetap ada. Tak sampai hati tengok anak sakit, kalau boleh nak ganti je tempat anak-anak, biar mama je yang sakit.

Ok lah...tak sempat lagi nak berkunjung ke blog kawan-kawan, inshaAllah... Ada masa mama jenguk ye.


Oh ya sesiapa yang follow blog biras mama Ira , untuk pengetahuan ira dah selamat melahirkan baby kedua, seorang perempuan, mama tak dapatlah nak share gambar baby, cuma share berita gembira je, apa-apa nanti tunggu ira update ye..


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Wassalam

Monday, 15 February 2016

Allah menguji kita

Assalamualaikum...

Allah sedang menguji kita...inshaAllah moga kita tabah


Bidadari mama yang masih tak mahu senyum, masih tak bermaya, tidak mahu makan, mujur juga rajin minum air masak. Hari ni mama terpaksa tinggalkan di taska, sedih juga tapi mama tak boleh nak EL berhari-hari.

Moga anak mama ni cepat sembuh, dah beberapa hari mama tak dengar mulut kecil bidadari nih membebel, sunyi rumah..tambahan pula abang adam pun sudah berjangkit, tak apalah sama-sama kita lalui fasa ini ya.

Macam-macam yang berlaku akhir-akhir ini yang menuntut kesabaran, adakalanya menyentap tangkai hati, Ya Allah..Ya Rabbi.. Moga dikuatkan hati, dilapangkan dada menerima semuanya... Redhalah mama...terima semuanya ujian dari Allah.

Kadang senang mulut berkata,tapi hati payah menerima..masa tak mampu mengubat luka, namun sedikit demi sedikit basuhlah duka dan luka, walau dengan airmata,biarlah hanya hati berbicara,mulut terkunci tanpa bicara, bimbang luka semakin ketara...

Berlapang dadalah mama...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 14 February 2016

Si pengacau

Assalamualaikum...

Adelya demamnya sudah kebah, cuma meragamnya terlebih pantang silap sikit berbunyilah dia. Di rumah pula ada si pengacau, memang buat mama berasap je lah.

Mama nak buat kerja pun susah, disuruhnya riba takpun bila berbaring disuruhnya mama baring disebelah peluk dia. Mujur juga en.azmi tu boleh menolong, kasut sekolah dan baju sekolah abang adam, en.azmi yang tolong sental.


Itulah si pengacau..elok-elok adelya berbaring dia pun datang senyap-senyap geletek kaki adelya, apalagi meraunglah adelya, hanginn je mama dengan adrien ni. Tu mereka berebut bantal busuk yang dipegang adelya.

Bantal busuk tu adrien yang punya,tapi dirampas adelya...hmmm lagi kuatlah adrien mengusik sebab nak rampas kembali bantal tersebut, modal adelya meraung dan menangis saja...oiii mama pun macam nak meraunglah,satu kerja pun tak buat lagi, adelya dok berbaring diriba sambil menangis.

Dalam pada demam tu garang juga, adrien ketawa je adelya cakap "apa gelak-gelak" haiii macam-macamlah anak-anak ni. Sekarang abang adam pula macam nak berjangkit demamnya, harap tak melarat esok dah nak sekolah.

Dalam dok meriba adelya siap satu entri...hahaha, tak tahu nak buat apa ni.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 12 February 2016

Permainan baru

Assalamualaikum...

Balik dari kerja semalam,tengok ada bungkusan..lama mama tak dapat bungkusan dari sini, ingatkan bila anak-anak dah besar tak dapat lagi dah. Ini mama jadi ahli masa lepas lahir abang adam dululah, tak sangka dapat lagi gift dari enfagrow.


Tangram puzzle, menarik juga dapat bersama flash card sekali,jadi anak-anak bolehlah bermain susun-susun mengikut gambar yang disediakan,terdapat 10 gambar kesemuanya.


Budak yang semangat terlebih bila dapat permainan baru. Bangun tidur terus nak bermain, kebetulan pula mama bercuti hari ini, mereka pun tidak ke taska lah, cuma anang adam sahaja bersekolah agama pagi ini.

Mama bercuti kecemasan hari ini kerana anak dara seorang itu demam pula, semalam mama tinggalkan juga di taska tapi hari ini tak sampai hati pula nak meninggalkannya. Malam tadi tak boleh tidur asyik meragam sahaja. Pukul 7 baru lelap tidur, memang tak sampai hati nak kejut,mama buat keputusan EL sahajalah. Inipun masih tidur lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 11 February 2016

Donut ke ni mama?

Assalamualaikum...

Mencuba resepi cakoi yang dikongsi oleh adik mama, tapi sudahnya ini yang jadi..


Sudahnya jadi donut yang tak berapa nak donut, lubang donut telah hilang hihihi... Hentam sajalah. Asalnya nak buat cakoi, tapi anak-anak nak donut jadi, doh cakoi mama tukar jadi donut, kira oklah tu janji rasanya sama.

Mama buat 12 ketul,3 ketul untuk bekalan abang adam ke sekolah. Ingatkan dapatlah mama berbekal juga, selepas bersiap turun bawah, mama tengok sudah habis donut dimakan anak-anak :-).

Kata abang adam "sedap donut mama buat, nanti buat lagi ye" hehehe macam sedap sangat ye, oklah nanti boleh mama buat lagi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 9 February 2016

Kita tak pernah sendiri

Assalamualaikum...

Jangan pernah merasa kamu sendiri
Meskipun orang sekeliling tak pernah mendengar suaramu
Jangan pernah merasa kecewa
Jika orang sekeliling tak pernah merasai kewujudanmu

Ingatlah...
Allah sentiasa ada untuk mendengar suaramu
Berdoalah...mintalah apa yang kau inginkan
Ingatlah...
Allah tahu akan kewujudanmu
Kerana Dialah yang menciptakanmu

Jangan pernah merasakan diri keseorangan
Kerana Allah sangat dekat padamu
Jangan jemu meminta padaNya...

Mintalah pada Allah dengan jalan sabar,solat doa dan tawakal
Dia pasti akan beri apa yang terbaik buatmu

Jika merasakan ujian sebesar kapal
Ingatlah...rahmat Allah seluas lautan




Ingatlah...
Dengan mengingati Allah,
Hati akan menjadi tenang

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Sunday, 7 February 2016

Balik kampung juga kita

Assalamualaikum....

Cerialah dapat pulang ke kampung

Menempuh perjalanan hampir 5jam bukan sesuatu yang mudah bila bersama anak-anak, mujur mama tak drive sendiri,mulanya mama nak drive sendiri saja bersama anak-anak kerana en.azmi tidak mahu pulang ke kampung. Mendengar mama mahu drive sendiri, adik offer diri untuk jemput memandangkan mereka (maktam & makngah)hanya berdua.

Meminta izin en.azmi terlebih dahulu, katanya baliklah kalau nak balik, ya mama memang nak balik memandangkan adik-beradik semua balik,lama dah tak berjumpa walaupun duduk bukan jauh sangat tapi kekangan masa untuk berjumpa jadi bila balik kampung dapatlah berkumpul dan membersihkan rumah pusaka arwah mak dan ayah.

Sedang mama mengemas baju,en.azmi ubah keputusan dia mahu mengikut pulang, ok cancel balik dengan maktam. Pukul 3ptg gerak balik sampai tol gombak kereta tidak bergerak, terus saja masuk ikut jalan lama rupanya perlahan juga,  oh ada jalan rosak patut lambat,lepas itu perjalanan kembali lancar.

Jalan lama yang berliku-liku itu,adam dan adrien tidur, adelya pula permulaan perjalanan sudah tidur,kini terjaga...apalagi muntahlah habis tudung dan baju mama,baju adelya juga. Selepas keluarkan isi perut adelya kembali tidur,lenguh bahu dan leher mama..layan sajalahkan, keluar dari bentong masuk highway,jalan masih sangkut tak bergerak-gerak, rupanya ada kemalangan.

Selamat tiba dikampung jam 8pm, perjalanan yang cukup lama,jika hari biasa dalam 2jam lebih sahaja,tak apalah sekali sekala kan. Makngah dan adik-adik sudah siap bungkus makanan di pasar malam mempaga, ye lah dirumah cuma ada pakjang yang bujang memang tiada makananlah jawabnya.

Malam ini tidur dikampung mama, petang esok ke kampung en.azmi pula, yelah peluang tidur dikampung sendiri bukannya selalu,dalam setahun boleh dikira berapa kali saja mama tidur disini,jadi hari ini balik ke sini dulu, biar anak-anak tahu mama mereka juga punya kampung walaupun tok dan tok wan sudah tiada,mulanya pelik juga anak-anak sebab balik ke sini kan,lepas beberapa ketika baru ok, bermain bersama sepupu mereka.

Kecik juga hati mama ni...manakan tidak bila anak-anak kata "tak mahu balik kampung mama" ye lah tak salahkan anak-anak pun sebab mereka jarang ke sini,hari-hari biasa balik pun jika dari kampung en.azmi, bila mama hendak ke kampung mama mereka tidak mahu mengikut,puas memaksa mereka tidak mahu, kali ini kita terus saja ke kampung mama dulu, jadi terpaksalah mereka mengikut...hehehe sebenarnya kampung mama dan en.azmi cuma 15minit perjalanan saja.

Oklah anak-anak pun sudah bangun,berhenti dulu membebel dipagi hari, menjenguk halaman rumah yang dah lama ditinggalkan, raya yang lepas je mama balik...huhuhu sedihnya, jika arwah mak dan ayah masih ada tentu keadaannya berbezakan,tapi itulah kuasa Allah, Dia lebih mengetahui segalanya,walaupun mereka tiada,hubungan kami adik-beradik tetap rapat.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Friday, 5 February 2016

UAI ajak selfie

Assalamualaikum...

Semalam ada majlis bersama UAI dekat ofis mama ni, dianjurkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). Setiap jabatan di bangunan ini menghantar wakil untuk majlis tersebut,jadi mama tidak lepaskan peluang untuk turut serta. Majlis diadakan di tingkat LG saja.

Sebelum UAI tiba pukul 2.30, terlebih dahulu diadakan solat zuhur berjemaah dan bacaan yassin beramai-ramai, ruangan LG dilaluan sebelah sini ditutup dan dibentangkan tikar,kami bersimpuh dan bersila mendengar ceramah, sebenarnya bukanlah ceramah kerana sepertimana biasa UAI ni akan menjawab persoalan yang diajukan.

Disini mama kongsikan sedikit ilmu yang mama dapat semalam,agak sukar juga nak fokus, bilamana ketawa memenuhi ruang dengan jawapan lucu yang diberikan.

1. Bolehkan ibubapa menggunakan duit hari raya yang anak-anak dapat untuk perbelanjaan keluarga?

Jawapannya : tak boleh...jika kita ambil tanpa izin, duit itu hak anak kita kena minta izin untuk ambil dan mesti dipulangkan kembali, ibaratnya kita pinjamlah duit tu. Kita pinjam juga kena tengok untuk tujuan apa,kalau untuk bayar bil elektrik dibolehkan,sebab untuk kesenangan anak juga,kalau takde elektrik kipas tak boleh buka, nanti anak panas jadi bolehlah pinjam, tapi kita kena minta dengan anak contohnya "adam..ayah pinjam dulu duit adam nanti ayah ganti balik ye" - guna nama anak kitalah senang...hehehe

2. Berdosakah seorang isteri jika membuat suaminya terasa hati dan tidak bertegur sapa selama lebih 3 hari?

Jawapan : Jika suami berkecil hati, tidak berdosa kerana soal hati ini kita tidak dapat kontrol, mudah terasa tapi berdosa jika kita tidak bertegur sapa dengan suami bukan saja 3 hari, tapi seminit pun dah berdosa, 3 hari tu putuskan sillaturrahim, tapi kalau dengan suami tak kira 3 hari, seminit ,2 minit pun dah berdosa. Tapi lain pula kalau merajuk, sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk...haa itu berdosa bukan orang yang buat kita merajuk tu berdosa tapi kita yang merajuk ni yang berdosa.hal kecik pun pun nak merajuk nak tarik muka.

3. Berdosakah jika seorang isteri meminta suami tidak pulang ke kampung kerana isterinya merajuk dengan mentua?

Jawapan : Berdosa...kerana ibu mertua itu ibarat ibu sendiri, menantu kenalah pandai mengambil hati, tapi tak salahkan menantu jugak, mentua pun perlulah juga menghormati menantu, kerana menantu itu baru masuk dalam keluarga kita, jadi dia todak tahu lagi cara keluarga kita, berbeza dengan anak sendiri, anak sendiri hidup dengan kita dari kecil, jadi dia tahu kehendak ibunya bagaimana.

Suami pula sebolehnya kena sediakan tempat tinggal yang selesa buat isterinya, tdak sebumbung dengan mertua dan ipar duai, kerana isteri juga perlu merasa bebas dan selesa untuk tidak menutup aurat ketika berada di dalam rumah, jika tinggal sebumbung pergerakan dan pergaulan akan terbatas.
Namun walaupun sakit hati dengan ipar duai,suami tetap perlu membawa isteri berjumpa mereka sekali sekala.

4.Benarkah merokok tidak cium bau syurga?

Jawapan : ya betul, memang tidak akan cium bau syurga sebab dia cium bau asap rokok dia saja.. hehehe, betulkah orang merokok tidak akan masuk syurga? ustaz kata takde jumpa lagi dimana-mana yang mengatakan jika merokok tak masuk syurga, tapi yang disebut jika minum arak, memang ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram, tapi kata ustaz jika dengan menghisap rokok itu menyebabkan dia bersemangat untuk bekerja, maka teruskanlah, kerana ada orang tu berhenti merokok bila jumpa dokto, dokto tengok dia letih lesu sebab sebelum tu dokto suruh dia berhenti merokok..tapi dia jadi tak sihat, maka dokto suruh dia merokok semula, tengok-tengok bila merokok dia sihat dan bersemangat untuk bekerja,  jadi teruskanlah,
tapi mana yang boleh berhenti tu berhentilah...memang bagus kalau tak merokok kan, tapi kalau dah tak boleh sampai letih lesu dan bersolat pun lembik je,..haaa merokok lah...nak telan dengan puntung rokok tu pun telanlah hahaha

5. Main snooker kita collect duit, siapa menang dia dapat duit tu adakah itu dikira berjudi kerana berjudi dikira tiada usaha, tapi main snooker ni dikira berusahalah sebab nak memasukkan bola ke dalam lubang tu memerlukan usaha.

Jawapan : Tak boleh...itu dikira berjudi, kerana judi ini menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak yang lain, sebab collect duit, bila menang kita ambil duit tu..kita untung, kawan yang lain rugi sebab hilang duit. Macam juga buat satu pertandingan futsal, duit pendaftaran tidak boleh dibuat hadiah, duit pendaftaran dibuat untuk membeli baju atau makanan, itu boleh, duit hadiah pula hendaklah disponsor oleh mana-mana badan lain, jika guna duit pendaftaran itu dikira menguntungkan satu-satu pihak sahaja.



Banyak lagi soalannya..ada 28 soalan tapi mama tulis yang mama ingat sajalah hehehe...masa dah habis sesi tu, mama tolonglah snapkan pic kawan mama dengan ustaz, kawan tu lelaki la, sekali masa ustaz lalu ditangga, ustaz cakap "haa...yang muslimat nak selfie mari la, kebetulan mama kat situ, terus je la snap pic, tapi kawan mama kata " lorhh...tak nampak pulok" ustaz kata,ambil dari bawah.. hahaha..nampak sangat kami tak pandai nak selfie...



disebabkan mama tak pandai nak berselfie, ambil gambar dari bawah pula tu , terus nampak muka dan hidung kembang setaman, jadi untuk mengelakkan kawan-kawan merasa mual bila tengok muka kembang mama tu, jadi mama tutup sajalah muka mama tu...wakaka, ok lah tu, ada juga gambarnya kan..kikiki, oklah...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Thursday, 4 February 2016

Cerita anak-anak

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari tak update blog, jari jemari mama dah gatal-gatal nak menaip tapi agak sibuk sedikit,hari ni luangkan sedikit masa sebelum bertemu uai sekejap lagi...hehehe UAI fatang ofis...ustaz mung tunggu aku datang.

Minggu ni penuh dengan gelagat anak-anak sajalah, mama dah share kat fb tapi tetap nak share kat sini.


Abang adam balik sekolah bagitahu ada hadiah untuk mama, lukisan atas tu lah hadiahnya, wah sepasu pokok bunga, cantik sangat. Mama tanya " apa yang garis-garis berwarna biru diatas tu?" Abang adam jawab, itu hujan...kalau hujan turun pokok cepat besar.

Dihari yang lain mama iron baju, mereka bertiga seronok bermain dibilik sambil bergelak ketawa, tiba-tiba abang adam bagitahu mama "mama...abang tak nak baby ni(merujuk pada adelya) abang nak baby lain. Kemudian adrien pun menyampuk..

"Aah...Yen pun taknak baby ni garang macam harimau" sambil menunjuk kesan cubitan adelya ditangannya...aduhaiii si bidadari nan seorang ni garang betul dengan abang-abang pantang tersilap sikit abis dicubitnya...tapi macammana mahu ditukar? Tak bolehlah, baby itu bukan mama beli di pasar anak-anak oii..hihihi


Sibuk sangat adelya dengan babynya,siap pakaikan pampers lagi, bila abang nak tolong pegang apalagi...teruslah dimarahnya,dah banyak kali mama bagitahu, adelya kena sayang.. Kena kawan baik-baik dengan abang tapi itulah,kadang-kadang memang tak boleh silaplah.

Masih lagi teringat akan baby imran,sampai menyanyi-nyanyi nama baby imran, semalam tak pasal-pasal adelya cakap "mama yang nak baby imran" "aah yen pun nak baby imran, yen taknak baby ya" huhuhu...mana boleh yeyen, yaya tu kan adik yeyen, lagipun cik ijah takkan nak baginya baby imran tu hehehe...

Macam-macam kerenah anak-anak,ada-ada saja gelagat mereka setiap hari, ada yang mencuit hati dan ada yang membarakan hati mama...hahaha adoiii macam-macam

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam