Friday, 10 May 2019

Family in law

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bersyukur mama dikurniakan family in law yang baik. Hujung minggu lepas family in law datang  bertandang. Kisahnya anak dara yang seorang tu pergi voice mail dekat atok dia "Tok dah lama tak datang rumah yaya, bila tok nak datang?" gituu anak dara punya kerja, kita jarang balik kampung dah disuruh tok pulak datang. Tok pun melayanlah cucu dia tu kan. Malam tu wan whatsapp kat group kata nak datang rumah, sabtu  tu mama pulak kerja.

Pagi sabtu masa tengah buat kerja tok call, mama cakaplah mama kerja. tapi tak lama pun mama kerja. dalam pukul 1 mama baliklah walaupun kerja masih banyak konon nak balik pukul 4 tapi rasa tak senang hati dah takut tetamu sampai mama tak sampai rumah lagi. sampai rumah sempat lagi mengemas apa yang patut, pada hal dah bangun pukul 4 pagi semata-mata nak kemas rumah hahaha. hajatnya nak masak tapi kata en.azmi tak payah masak wan dah siap masak kari ayam,sayur,sambal bilis petai, nasi pun dah siap sekali wan bawa tau..aduhh tetamu pula yang bawa makanan kan, beruntunglah menantu ini.

Petang tok dengan wan sampai, mama salam dekat kereta,jemput masuk rumah lepas tu terus tinggal tetamu lalu pergi ke rumah jiran sebelah sebab dijemput makan2 sempena besday anaknya merangkap juga anak mengaji mama. Malam tu memang tak masaklah semua pakat nak pergi pasar malam, mama tak pergi dan tak kirim apa2 sebab dah tahu mesti banyak yang dibeli jadi mama makan saja apa yang dibeli, seharian tu memang makan je lah kerjanya kan mama ni.

Ahad pagi lepak2 je, sebab memang kata adik ipar memang datang ni nak lepak2 dekat rumah je, tetiba acik imah(adik ipar yang sorang lagi) bagitahu nak datang juga nak celebrate besday anaknya, dok bertanya-tanya nak buat dimana,last-last pilih paya indah wetland sebab dekat dengan rumah mama ni haa, geraklah kami dan berjumpa disana. adalah pondok dekat situ kami lepak2 makan lepas tu balik. sebelum balik tu semua berenti solat dulu dekat situ, mama pulak niat nak solat dekat rumah je sebab dah tak jauh mana kan rumah, tapi itulah bak kata ustaz soal ibadah jangan ditangguh, dalam perjalanan balik tu sesuatu berlaku, nak tahu apa yang berlaku?

adelya azra dan sepupunya aimy qairini, inilah je lah gambar yang ada masa di paya indah wetland tu, prang berenti solat mama duduk dalam kereta je..ish..ishhh
Haa mama ceritalah, tak lama lepas bergerak tu tetiba tayar kereta kami pecah..ujian Allah kan. Call abg ipar tapi abg ipar dekat shah alam malas nak menyusahkan dia pulak, en.azmi call adik ipar, sebenarnya malas nak susahkan dorang sebab dorang dah sampai ioi putrajaya masa tu. Lepas call tu lepak la dekat kereta fikir apa yang boleh dibuat. Tak lama lepas tu adik ipar call balik bagitahu dorang akan datang dekat kami. Yang mama ni dok rasa bersalah sebab tak solat lagi, tapi itulah Allah mendengar suara hati hambaNya, dalam gelisah tu tengok2 seberang jalan ada masjid.. teruslah ke masjid tu solat.

Tak lama kemudian tok,wan dan adik2 ipar sampai, alhamdulillah ada kedai tayar yang buka waktu tu. Tayar spare takde kami ni. dan toklah yang belikan tayar. Bukan tu je tok ni kan kalau dia ajak pergi jalan mana2 mesti tok akan bagi duit minyak untuk anak2, macam hari tu dah labagi duit minyak,bagi duit belanja lepas tu belikan tayar pulak, dah 3 bijik tayar tok beli tau. Dulu masa balik kampung tukar 2 bijik tayar tok juga yang belikan..haaa mana nak cari lagi mentua yang macam tu, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah bagikan. Susah itu nikmat, senang itu juga nikmat. Moga kami tidak lupa dengan kenikmatan yang diberikan ini.

Selesai semua wan kata nak cari makan, sebab dah lapar tadi makan ayam kfc je,sebab dah petang dan dorang pun nak balik kampung pulak lepas tu. jadi kami bawa semua orang makan dekat kedai yang dekat dengan rumah je. Kedai baru yang jiran2 kata makanannya sedap dah alang-alang belum cuba jadi kita bawa semua orang cubalah. Alhamdulillah sedaplah makanannya, kena dengan selera tekak mama ni haa. Terima kasih buat family in law yang sudi datang rumah penuhi permintaan adelya, minta tok datang rumah, nak tunggu kami balik kampung entah bila kan. In shaa Allah andai umur panjang syawal ni baliklah kampung. Hari tu cerita tentang kakak hari cerita tentang in law pulak lah.

Adrien dan chicken chop berpisah tiada, jangan ada yang terliur tengok budak ni makan ye

spagetti carbonara...sedap berkrim, sampai order 2 kali, mula mama order lepas tu adelya rasa dia pun nak jugak, tapi memang sedaplah spageti carbonara ni, boleh repeat nih
Alhamdulillah syukur sangat dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Wassalam.

Monday, 6 May 2019

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sudah 1 ramadhan kita hari ini. Marilah sama-sama kita rebut segala kebaikan dan kemuliaan yang ada di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan dengan usaha ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Marilah sama-sama kita tetapkan niat dan perbaharui sentiasa, bersihkan jiwa agar dengannya kita dipilih oleh Allah untuk beribadah kepadaNya dengan penuh rasa kehambaan dan mengharapkan keampunanNya semata.

Cerita 1 ramadhan..hero berdua bangun sahur tapi tak tahulah sampai bila bertahan puasa mereka tu, semalam bersembang 2 beradik tu.."yen esok dah puasa,yen dah sedia ke?" " adik tak kisah dah sedia ke tak kalau adik nak puasa adik puasalah,kalau taknak adik tak payah puasa" haaa itu jawapan adrien. Dia kalau bersembang dengan abang adam memang dia bahasakan diri dia adik. Abang adam pula jawab tak sedia lagi. Lagi satu si adrien tu dia akan tanyalah "mama..abang..esok hari apa?" bila orang jawab esok dah ramadhan, dia pun mulalah menyanyi "ramadhan datang...ramadhan datang..." ada-ada je budak sorang tu kan.

Untuk bulan puasa ni ofis bagi pilihan rehat sama ada setengah jam atau 1 jam, macam mama kalau ambil setengah jam dapatlah balik pukul 4, awal jugakkan tapi mama pilih rehat sejam dan balik macam biasa pukul 4.30, biasanya macam tahun lepas balik 4.30 jalan tak sesak pun harap-harap tahun ni pun masih samalah hehehe, bukan apa mama tetap ambil sejam tu, sebabnya dekat bangunan mama kerja ni ada kuliah zuhur pada pukul 1. kuliah ambil masa sejam, jadi kalau mama ambil setengah jam je rehat tak sesuailah kan, dok dalam majlis ilmu, bulan ramadhan pulak tu, jadinya kita ambiklah rehat sejam. semoga ada keberkatannya.

Tahun ini peluang yang masih diberi kita cubalah buat yang terbaik, moga Allah memberikan keampunan buat kita pada penghujung ramadhan nanti. Kata ustaz amat malang bagi seseorang itu apabila dia dapat bulan ramadhan tapi hujung ramadhan dia tidak mendapat keampunan dari Allah. Moga kita mendapat keampunan dari Allah dan moga kita dapat buat sebanyaknya amal soleh pada bulan yang mulia ini. Kalau nak amal soleh berterusan kata ustaz perlu kita lakukan selama 40 hari berturut-turut dalam puasa 30 hari kita buat amal soleh bangun tahajud kita teruskan lagi 10 hari selepas puasa, in shaa Allah selepas itu kita akan terus istiqamah melakukannya.

Wassalam

Friday, 3 May 2019

Kakak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...mama punya 2 orang kakak, walaupun kecik2 dulu dorang geng berdua, mama ni dorang jadikan budak suruhan je heheh sebab dorang penakut, dekat rumah kami dulu toilet dekat luar rumah kan, kalau sakit perut malam2 memang mama la yang jadi mangsa temankan dorang tu. Dalam blog mama ni ada juga mama cerita tentang kakak 2 mama ni biasanya dalam blog mama letakkan nama ibu dan makngah je.

Bila diatas kita tu kakak hubungan kami lebih lagilah dari kecik membawa ke besar ni memang jadi geng membawang, nak pulak mama dengan ibu duduk berdekatan dan lagi memang kami adik-beradik duduk area KL dan selangor je kadang2 selalu juga berkumpul makan2 sembang2. Jadi hari ni nak cerita apa? mama nak ceritakan pengorbanan kakak mama ni lah.

Ibu ni masa sekolah dulu sangat aktif bersukan dan memang wakil sekolah dalam sekolah, bukan setakan hebat bersukan bab belajar pun memang antara pelajar yang cemerlang, api itulah kan percaturan Allah kita tak tahu, keputusan SRP ibu masa tu biasa-biasa je dan ibu tak nak sambung belajar lagi memandangkan kami bukanlah dari keluarga yang senang, ibu sanggup bekerja awal demi membantu ayah. Dapatlah adik2 dia ni belajar. Ingat lagi masa lepas SRP tu ibu kerja dirumah ustazah sekolah rendah kami, jadi pengasuh anak ustazah, lepas tu ibu pergi keja kilang sony di pulau pinang

Alhamdulillah lepas tu ibu bertemu jodoh,jodoh pun yang dicari oleh orang tua (makcik yang ajar kami mengaji masa kecik dulu), ingat lagi masa pertama kali nak jumpa tu mama lah yang temankan ibu jumpa abah. Alhamdulillah abah(abg ipar mama) seorang yang baik. Macam yang mama kata tadi setiap percaturan dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik. walaupun ibu tak dapat sambung belajar dulu, siapa sangka sekarang dalam usianya 44 tahun ibu telah sambung belajar habis di UIA, sekarang ibu sambung di UM pula sambil2 tu ambil kelas pula di masjid negeri, kahwin awal anak dah besar jadi mudah bagi ibu untuk pergi belajar, ada juga ibu ajak mama belajar di masjid negeri, memang nak sangat pergi tapi anak2 masih sekolah ni terasa susah pula sebab banyak benda nak diuruskan, in shaa Allah jika Allah izinkan satu hari nanti mama pasti belajar juga.

Baru-baru ni ibu ambil ujian untuk dapatkan tauliah mengajar di selangor, doakan ibu berjaya ye. mama pun kadang2 ada benda yang tak tahu tanya ibulah, nak belajar tajwid pun denagn ibu jugalah.

Makngah pula masa mama form 6 dialah yang berikan belanja untuk mama belajar. bukan masa belajar je sampai sekarang kalau memerlukan sesuatu dan tak tahu mana lagi nak minta tolong makngah lah tempat mama minta pertolongan, nak beli rumah dulu perlukan duit segera, terus call makngah minta pinjam tanpa banyak soal makngah bagi, sampai sekarang pun macam tu jugaklah huhuhu..Alhamdulillah punya kakak2 yang sentiasa ada bila diperlukan, tak terbalas rasanya setiap jasa yang mereka berikan. Kalau nak diceritakan panjang berjela, sebab itulah apa2 hal ingat dekat adik-beradik sebab mereka selalu ada dimasa susahnya kami.


6 orang wanita dalam adik-beradik mama, alhamdulillah hubungan kami tetap rapat walaupun selepas ketiadaan mak dan ayah, pada merekalah tempat untuk menumpang susah dan senang. Ibu orangnya lebih bersifat keibuan, kalau ada yang punya masalah lebih suka mengadu dengan ibu..kadang2 sebagai pakar rujuklah. Makngah orangnya garang sikitlah, kalau dia nak marah, dia marah je kalau orang tak kenal mungkin ingat makngah sombong, tapi kalau bab kewangan memang makngah tempat mengadu kalau dah temui jalan buntu ehehehe. mommy adik di bawah mama, dia jenis happy dan bergaya, kalau nak pergi jalan ke mana2, memang mommy lah yang uruskan. maktam pun happy saja orangnya, makdak perempuan yang paling kecik, orangnya kecik2 dulu memang kelakar sebab entah nak cakap macammana perangainya tapi memang buat kami ketawa je la dulu2, Alhamdulillah setelah lama menunggu makdak dah ada baby sekarang. Mama??? orangnya macammana...hahaha tak yah la cerita. yang mana satu ibu,makngah,mama,mommy, maktam & makdak...teka sendiri hehehe

Wassalam.


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...