Friday, 3 May 2019

Kakak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...mama punya 2 orang kakak, walaupun kecik2 dulu dorang geng berdua, mama ni dorang jadikan budak suruhan je heheh sebab dorang penakut, dekat rumah kami dulu toilet dekat luar rumah kan, kalau sakit perut malam2 memang mama la yang jadi mangsa temankan dorang tu. Dalam blog mama ni ada juga mama cerita tentang kakak 2 mama ni biasanya dalam blog mama letakkan nama ibu dan makngah je.

Bila diatas kita tu kakak hubungan kami lebih lagilah dari kecik membawa ke besar ni memang jadi geng membawang, nak pulak mama dengan ibu duduk berdekatan dan lagi memang kami adik-beradik duduk area KL dan selangor je kadang2 selalu juga berkumpul makan2 sembang2. Jadi hari ni nak cerita apa? mama nak ceritakan pengorbanan kakak mama ni lah.

Ibu ni masa sekolah dulu sangat aktif bersukan dan memang wakil sekolah dalam sekolah, bukan setakan hebat bersukan bab belajar pun memang antara pelajar yang cemerlang, api itulah kan percaturan Allah kita tak tahu, keputusan SRP ibu masa tu biasa-biasa je dan ibu tak nak sambung belajar lagi memandangkan kami bukanlah dari keluarga yang senang, ibu sanggup bekerja awal demi membantu ayah. Dapatlah adik2 dia ni belajar. Ingat lagi masa lepas SRP tu ibu kerja dirumah ustazah sekolah rendah kami, jadi pengasuh anak ustazah, lepas tu ibu pergi keja kilang sony di pulau pinang

Alhamdulillah lepas tu ibu bertemu jodoh,jodoh pun yang dicari oleh orang tua (makcik yang ajar kami mengaji masa kecik dulu), ingat lagi masa pertama kali nak jumpa tu mama lah yang temankan ibu jumpa abah. Alhamdulillah abah(abg ipar mama) seorang yang baik. Macam yang mama kata tadi setiap percaturan dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik. walaupun ibu tak dapat sambung belajar dulu, siapa sangka sekarang dalam usianya 44 tahun ibu telah sambung belajar habis di UIA, sekarang ibu sambung di UM pula sambil2 tu ambil kelas pula di masjid negeri, kahwin awal anak dah besar jadi mudah bagi ibu untuk pergi belajar, ada juga ibu ajak mama belajar di masjid negeri, memang nak sangat pergi tapi anak2 masih sekolah ni terasa susah pula sebab banyak benda nak diuruskan, in shaa Allah jika Allah izinkan satu hari nanti mama pasti belajar juga.

Baru-baru ni ibu ambil ujian untuk dapatkan tauliah mengajar di selangor, doakan ibu berjaya ye. mama pun kadang2 ada benda yang tak tahu tanya ibulah, nak belajar tajwid pun denagn ibu jugalah.

Makngah pula masa mama form 6 dialah yang berikan belanja untuk mama belajar. bukan masa belajar je sampai sekarang kalau memerlukan sesuatu dan tak tahu mana lagi nak minta tolong makngah lah tempat mama minta pertolongan, nak beli rumah dulu perlukan duit segera, terus call makngah minta pinjam tanpa banyak soal makngah bagi, sampai sekarang pun macam tu jugaklah huhuhu..Alhamdulillah punya kakak2 yang sentiasa ada bila diperlukan, tak terbalas rasanya setiap jasa yang mereka berikan. Kalau nak diceritakan panjang berjela, sebab itulah apa2 hal ingat dekat adik-beradik sebab mereka selalu ada dimasa susahnya kami.


6 orang wanita dalam adik-beradik mama, alhamdulillah hubungan kami tetap rapat walaupun selepas ketiadaan mak dan ayah, pada merekalah tempat untuk menumpang susah dan senang. Ibu orangnya lebih bersifat keibuan, kalau ada yang punya masalah lebih suka mengadu dengan ibu..kadang2 sebagai pakar rujuklah. Makngah orangnya garang sikitlah, kalau dia nak marah, dia marah je kalau orang tak kenal mungkin ingat makngah sombong, tapi kalau bab kewangan memang makngah tempat mengadu kalau dah temui jalan buntu ehehehe. mommy adik di bawah mama, dia jenis happy dan bergaya, kalau nak pergi jalan ke mana2, memang mommy lah yang uruskan. maktam pun happy saja orangnya, makdak perempuan yang paling kecik, orangnya kecik2 dulu memang kelakar sebab entah nak cakap macammana perangainya tapi memang buat kami ketawa je la dulu2, Alhamdulillah setelah lama menunggu makdak dah ada baby sekarang. Mama??? orangnya macammana...hahaha tak yah la cerita. yang mana satu ibu,makngah,mama,mommy, maktam & makdak...teka sendiri hehehe

Wassalam.


7 comments:

  1. syok baca kak, betul lah kata pujangga, setiap org ada masanya, masa setiap org tak sama...
    mungkin ibu tak dpt sambung belajar masa dia muda tp skrg bila anak2 dh bsr dia blh sambung belajar n moga di permudahkan semua urusan nya...

    Makngah pun kakak yg sgt membantu, teringat adik beradik dana... walaupun masing2 lain2 laluan kami, tp bila susah senang kita selalu ingat sesama kita... betul kata org kan kak, bila kita susah satu hari nnti, ahli keluarga adik beradik yg akan tolong, bkn lah kwn2 tu semuanya

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH ADIK BERADIK BERSATU HATI DAN SALING MEMBANTU

    ReplyDelete
  3. Cantik aturan takdir yg Allah susun. Rezeki masing-masing, ada yg susah dulu, akhirnya Allah bagi kesenangan. Semuanya ada hikmah tersendiri.

    Seronok baca cerita Kakak mama nak dapatkan tauliah mengajak. Moga dipermudahkan aamiin.

    Selamat berpuasa mama.

    ReplyDelete
  4. Mesti seronokkan ada adik beradik pompuan ramai, dah tu satu kepala pulak tu.... Agaknya itulah hikmah disebalik takdir Allah. Diambil mak digantikan dengan kakak yg baik dan bertanggungjawab.
    Nampak betul kegigihan ibu tu ye Azra. Bukan calang calang orang nak belajar bila dah semakin berusia kan....

    ReplyDelete
  5. Begitu lah lumrah bg anak yg lebih tua.
    Sentiasa berkorban utk keluarga.
    Alhamdulillah.. Perancangan Allah itu sgt indah kan. Tak dpt belajar masa usia muda, dpt smbg belajar diusia 44tahun.
    Hebat kakak kak lah.

    Adik2 juga ada pengorbanan mereka dlm keluarga kan. Setiap org tu Allah da tentukan jalan hidup masing2 kan..
    Contohnya, Mcm yg bujang2.. Lmbt kawen Allah lebihkan rezekinya utk membantu adk beradik yg lain,ada juga yg bujang, diberi kelapangan utk menjaga org tua dan ada juga yg rezeki lebih bg bantuan dr segi kewangan, yg susah juga ada pengorbanannya, jika tdk membantu dgn wang ringgit, mereka membantu dgn masa dan tenaga serta doa.

    ReplyDelete
  6. Eh sama la Kita.. mama adik beradik 6 org semua perempuan alhamdulillah hubungan kami erat wpun mk ayah dah xde

    ReplyDelete
  7. seronok bila ikatan adik beradik rapat camnie.. semoga ikatannya dibawa sampai ke syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...