Wednesday, 6 June 2018

Berbuka bersama

Assalamualaikum...

Untuk entri maaf mama hulurkan ye sebab ada gambar makanan, manalah tahu tetiba ada yang menitik ailio tengok makanan yang mama post ni ekekeke..macamkan sedap sangat tengok makanan yang mama post ni kan, aiii mana la tahu tetiba ada yang terliur tengok, jangan kecam mama hokey

Minggu lepas plan nak berbuka bersama dengan adik-beradik mama, post biasa dekat rumah ibu la senang sikitkan. bincang nak makan apa? sekali abg awisy (anak buah mama) cakap nak makan shell out, okeh bincang2 beli barang, ibu abah beli barang. bila tiba hari kejadian semua tak boleh sampai awal, mommy nak tunggu perabot sampai, makdak pulak, pakdak keje separuh hari hari tu, makngah pulak tunggu makdak ambik, jadinya mamalah yang kena pergi awal masak.

Lepas zohor mama pergi dulu tinggal anak2 dengan en.azmi dekat rumah, awal lagi kan nanti ada pulak yang riuh rendah dekat rumah ibu tu tak senang mama nak masak hehehe, sampai je teruslah memasak, dah kata shell out kita masak seafood je la kan, lagipun seafood tak elok bercampur dengan makanan darat, dah tua2 ni kononnya nak follow la macam tu kan, moga dipermudahkan.


Menu pertama cili crab, terpaksa masak 2 kali sebab takde kuali besar. Bahan2 Cili kering, bawang merah, bawang putih,halia dikisar semua, lepas tu bawang merah, bawang putih halia dihiris untuk tumis, serai 3 batang, cara2nya, ketam tu rebus dulu, air rebusan ketam tu kisar bersama bahan untuk kisar tadi. Tumis bahan yang dihiris tadi, dah naik wangi masukkan bahan kisar, lepas tu mama tambah lagi dengan air rebusan ketam tadi bagi berkuah sikit, perisakan dengan garam, bolehlah hidangkan..


Menu ke 2 Kepah masak sos tiram. Bawang merah, bawah putih, halia, serai Hiris dan tumis, kemudian tambah sos tiram dan sos cili, senang sangatkan, tapi sajalah nak share resepi, garam tak perlu letak sebab sos tiram tu dah masin


Menu ke 3 Butter Prawn. Udang tu basuh dan toskan kemudian gaul dengan tepung jagung/ tepung bistari, goreng separuh masak. Bahan lain Butter, bawang putih dicincang, daun kari, susu full cream. Cairkan butter kemudian tumis bawang putih, masukkan daun kari, dah naik bau tuang susu full cream akhir sekali masukkan udang, kacau sebati..perghhh mabelles..giteeeww mabeles sangatkan.


Menu 4 , Sotong goreng tepung, hanya salut dengan tepung bestari dan goreng


Menu 5 Baby crab goreng, beli kat member ofis mama ni, eh sedap pulak baby crab ni, kalau buat masak cili mesti lagi sedap, tak sangka semua suka.


Menu 6 sayur-sayuran, ini mestilah adakan, brocolli, cauliflower,karot dan jagung - rebus je dengan sedikit garam dan sesudu butter.


Ini menu special untuk orang mengidam, rendang kerang all time feveret lah sangatkannn, memang feveretlah ye ini resepi arwah mak mama ni taktahu lah sedap sangat ke apa sampai ada adik kat ofis nih siap suruh mama buat untuk dia sebab masa mama buat bawa ofis dulu dia bercuti tapi tak buat2 lagi..inshaAllah nanti mama buatkan lepas puasa ni

Meriahlah berbuka hari tu, mama 9 beradik pakjang je takde hari tu, sedih jugaklah kan sebab pakjang takde sebab pakjang dah balik kampung, alhamdulillah kaki pakjang dah ok simen pun dah buka, moga2 pakjang terus diberi kesembuhan.

InshaAllah lepas ni berbuka dengan family en.azmi pulaklah mungkin rabu balik kampung jadi sempatlah berbuka bersama-sama nanti di kampung.

Sedih pulak rasa bila tiba di hujung2 ramadhan ni, moga kita semua dapat tingkatkan amalan, inshaAllah kita semua akan dapat lailatul qadr jadi isilah malam2 terakhir ini dengan solat2 sunat, baca quran dan bersedekah, kata ustaz jika tak mampu buat semua pilihlah salah satu tapi seeloknya buatlah semua sebab kita tak tahu tahun depan dapat tak kita bertemu dengan ramadhan lagi.

Wassalam

Tuesday, 5 June 2018

Terharu

Assalamualikum...

Rezeki sangat nih. Pernah terdetik dekat hati mama nih, rasa macam raya nak beli handbeg baru je sebab yang ada sekarang ni semuanya ok lagi cumanya ada la terkoyak sana sini sikitkan. Tapi bila kira2 bajet macam takut tak cukup pulak sebab gaji dapat awal untuk bulan jun, kalau boros berbelanja nak tunggu hujung julai mau sesak napas nanti kan, jadi kita pendamkan je la hasrat hati tu kan.

Hajat nak tambah telekung pun disimpan juga, apa taknya tengok orang post gambar telekung cantik2 teringin nak beli tapi tu la semua pun fikir tentang bajet juga apa yang perlu dan apa yang tak perlu. lagipun telekung mama ada lagi yang baru beli tapi mama beli yang murah je la yang mama tengok tu mahal sikit heheh, ye lah konon teringin beli untuk dipakai solat dihari rayakan, tapi macam biasa kupendamkan hasrat dihati kekdahnya kuikuikui.

Tapi kalau dah dinamakan rezeki Allah nak bagi walaupun bukan keluar duit sendiri barang yang mama nak tu dapat juga, Ya Allah syukur sangat2, dah la tu dapat pulak barang yang memang mama tak pernah berangan nak beli pun sebab bagi mama ni dapat yang biasa2 pun dah syukur sangat tapi apa yang mama dapat ni memang lebih dari apa yang mama bayangkanlah, kalau keluar duit sendiri memang tak beli la gamaknya kan, tengok harga pun dah terbuntang bijik mataπŸ‘€ mama ni dibuatnya.

Bukan itu je, telekung pun mama dapat juga, ini memang diluar jangkaan betullah, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat. Jika kita bersedekah Allah akan gantikan lebih dari apa yang kita beri tu, dari sini mama sedar semua tu memang betul, mama ada beli telekung untuk diberikan pada seseorang, telekung mama beli tu murah je, disamping nak menolong jiran meniaga mama beli telekung tu untuk dihadiahkan pada seseorang, tak sangka la mama dapat balik telekung juga dengan harga yang lebih dari yang mama beli tu, satu lagi mama ada belikan handbeg raya hello kitty untuk anak2 buah, saja beli sebab comel bukan sebab untuk dapat balasan ke apakan tapi tak sangka betul mama dapat handbeg πŸ‘œ yang harganya berganda dari itu.


Rezeki ramadhan dari Allah untuk mama melalui seorang kakak..Allah terharu sangat2 dibuatnya. Sesungguhnya setiap sesuatu itu datang pada waktu yang tepatkan dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Pada hal barang yang mama beli untuk diberi pada anak buah tak dapat pun lagi, barang mama yang dapat dulu heheh. Moga terus dimurahkan rezeki makngah dan kita semua...inshaAllah

Wassalam

Friday, 1 June 2018

#KuliahZuhur Ustazah nurul Iman

Assalamualaikum...

4 perkara yang Nabi saw sebut jika seseorang wanita itu buat maka masuklah dia melalui mana2 pintu syurga yang dia kehendaki.

1. Solat 5 waktu - solat 5 waktu ini jika dia solat pada awal waktu. Bagaimana yang disebut dengan awal waktu itu? adakah jika tengah makan,  tengah basuh pinggan, tengah mandi terdengar azan maka dia tinggalkan apa yang dia buat tadi dan terus bersolat? tidak begitu, jika tengah makan habiskan dulu sepinggan makan itu minum air dan pergilah solat, janganlah selepas habis sepinggan tu kita tambah berpinggan-pinggan lagi baru solat. Dalam majlis ilmu jika tengah majlis azan, maka habiskan dulu majlis ilmu tu kemudian solatlah berjemaah.

2. Puasa di bulan ramadhan - ini tak termasuk puasa sunat ye sebab orang perempuan ni memang rajin kalau berpuasa kan. rugilah bagi sesiapa yang bilamana masuk bulan ramadhan Allah tidak ampunkan dosa2nya. Bagaimana tu? jika kita tidak tinggalkan maksiat disekeliling kita, mulut memang tak membawang (istilah sekarangkan) tapi tangan yang membawang pula bergosip dalam wasap. Bagaimana kita nak tahu jika kita dah diampunkan dalam ramadhan itu. Kalau kita nak tahu bila kita istiqomah melakukan apa yang kita buat masa ramadhan, khatam quran dalam sebulan jadi lepas ramadhan juga macam tu, bersedekah setiap hari dibulan ramadhan selepas ramadhan pun kita bersedekah setiap hari. pendek kata apa saja kebaikan yang kita buat berterusan selepas ramadhan.

3. Jaga maruah diri sebaiknya - jaga maruah diri dari segi aurat, cara percakapan, cara berpakaian, pergaulan dengan lelaki ajnabi. pegang sungguh2 apa yang Allah suruh. Orang perempuan jika dia keluar syaitan akan memperindahkan dirinya, jika tak jaga pergaulan dengan kawan2 lelaki bergaul berlebihan panggil sayang, lama2 mungkin akan terjadi sesuatu yang lebih teruk jika ianya berterusan.

4. Taat pada suami - Nabi saw pernah berkata " jika diizinkan seorang manusia itu sujud kepada manusia yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya". yang ini susah dak puan2 kadang2 benda kecik pun dah muncung sedepa dengan suami, muncung boleh diikat2 pulak tu kan..hehehe nak2 pulak dekat nak raya ni berebut pilih tema baju raya pun dah muncung. tapi muncung manja2 takpe la sekali sekala, gaduh2 manja bukan bermakna kita tak taat suamikan.

Sekadar itu catatan perkongsian mama untuk kuliah hari ini.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...